Assalamualaikum.
Satu :
Malam dah tiba, tiba-tiba teringat mimpi malam tadi. Mimpi yang membuat saya terbangun, lalu memberi kesedaran pada diri. Dan saya tidak bisa lena kembali.
Ya Allah, jika aku di beri peluang untuk mendapatkan petunjukmu, ku mohon ya Allah, berikanlah dengan cara yang mudah ku fahami.
Semoga semuanya baik-baik belaka. InsyaAllah.
Dua:
Oreo Cheesecake sudah siap. Tapi terlebih rasa lemon pulak dah. Alhamdulillah. Ummi pun gembira. Hanya saya dan mija yang menjadi kanak-kanak riang menyambut hari kelahiran ummi di dapur. Sederhana saja semestinya. Tiada lilin. Spontan saja pun tindakan saya, nak tahu mcmana? Saya keluarkan kek dari peti ais, lalu merapati ummi yang sedang membasuh sayur, mija pula tiba datang ke dapur dan kami menyanyi macam dekat tadika. HAHA
Yang tak boleh belah, saya menyanyi versi Melayu, Mija menyanyi versi English. Serentak pulak tu. Mmg riuh rendah.
Tiga:
Cerita esok, ada 3 perkara mahu lakukan. Semoga Allah memberi kelapangan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya esok hari. Amin..
Showing posts with label contengan. Show all posts
Showing posts with label contengan. Show all posts
Cuaca terik, tidak menjadi masalah utk shopping.
Cik Puan menaip
Feeza Mior @ Eteqcute
Semalam pening kepala seharian. Dibawa hingga ke malam. Tidur awl hingga mendapat satu mimpi yang mempunyai maksud saya rasa.. Wallahualam. Semoga itu yang terbaik.
Pagi ini pula bangun awal. Dengan semangat yang baru. Azam nak buat kek untuk ummi juga satu hal.
Menjengah pukul 11 pagi baru keluar rumah, okay fikir-fikir juga nak buat kek apa. Tapi kek yg simple sajalaa. Mana ada cukup bajet nak buat kek bertingkat-tingkat. Makan sekeluarga saja pun (tanpa OA).
Dan atas kerajinan dan semangat yang jitu, saya sanggup round satu Bandar Puteri untuk mencari pembekal bahan-bahan bakery. Sebab apa tidak beli dekat kedai biasa?? Sebab kebiasaannya kedai-kedai menjual barang dan bahan untuk membuat kek adalah jauh lebih murah dari kedai-kedai yang lain. Dan cakap saja bahan apa yang kamu mahu, pasti ada. Tidak perlu cari ke satu-satu kedai.
Katakanlah, kamu mahu membeli baking pouder, tepung gandum, whipped cream, dan ovallete. Kamu ke kedai runcit biasa. Saya pasti hanya beberapa saja yang kamu peroleh di sana. Ngeee.. Sbb selalu saja terjadi begini pada diri saya. HAHA (Gelakkan diri sendiri).
Tapi saya belajar dan tak mahu mengulang kesilapan yg sama. Saya sanggup cari kedai bakery.
Cuaca panas di luar, tapi dalam kedai tersebut sejuk saja saya rasa. Macam peel baru laa juga shopping kali ini. Mujur tidak banyak duit. Kalau tidakkk..
Okaylah, harap-harap azam saya untuk hari ini tercapai. Bukan harap-harap, tapi mmg mahu capai.
Semoga ummi suka, saya nak buat surprise. Tapi family saya tak biasa sambut-sambut birthday ini. So, saya hidangkan sebagai minum petang sajalah nnt.
Doakan saya okay!
Hari Rabu.
Cik Puan menaip
Feeza Mior @ Eteqcute
Assalamualaikum.
Rutin saya untuk hari ini (hari kurang sehat).
Rutin saya untuk hari ini (hari kurang sehat).
- Bangun pagi - Pening kepala, pegi mandi tapi kepala masih pening.
- Rehat depan FB - pening kepala masih tak hilang. Kepala rasa mcm dah goyang-goyang.
- Makan tengahari - kepala masih pening, tapi ku gagahkan buat house work. Nanti siapa nak buat kalau bukan aku yang buat kan? Gagahkan saja.
- Lepas zohor - Pening kepala lagi. Duduk tgk berita tapi akhirnya terlelap hampir 5 jam. Superb. Tidur lena tanpa gangguan.
- Petang - terjaga pun sebab Acot ngiau mintak masuk rumah. Masih pening kepala.. Tapi Alhamdulillah, ada pengurangan sikit.
- Aktiviti petang, buat minum petang, lepas minum nescafe Alhamdulillah, makin pulih pening kepala ni. Adakah pengaruh kafein mampu memulihkan sakit kepala? Ada kekeliruan di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)