Di Sebalik Poco-Poco

Assalamualaikum.. w.b.t.
Salam Jumaat minggu petama di bln Ramadhan yg mulia ini..
Masuk hari neh hari ke 7 kte sumer berpose..
bermaksud sudah seminggu berlalu bln pose neh..
tp hari neh juge hari ke 2 aku bercuti dr berpose..
di beri cuti ok.. halal.. kehkeh..

Orait, bersempena dgn hari Jumaat neh feez ingin berkongsi sedikit ilmu dgn kwn² sumer..
feez ade terime 1 email berkenaan dgn Tarian Poco-Poco yg semakin glamer lately neh..
of kos aku x penah menari tarian tuh walaupn kdg2 teringin juge..

Tp, ble aku bce email tuh membuatkn rase xteringin lgsng laa..hehe..
ape² pn korang bce je laa eh..
kesahihan ttp tu xtaw laa mcmane..

"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn
keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika
mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan."

"Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu

dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang
kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu
semua.Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya
mengambilinisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon
keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelumini.Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah
Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam
tidakberterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...." (neh ayat dr kriman email tuh)

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?