Tips: Atasi masalah berhadapan dengan boss

Assalamualaikum.. Mcmne nk setat tulis neh, ok laa.. direct to da point.. sedang enak melayari FB dan menjaga hasil ternakan.. tibe2 jari neh laju jek menekan key words "Tips jaga bos".. ahha, bkn jaga tepi kain taw.. ini ada laa tips mcmna nk handle bos yg ntah hape2.. oppss.. sorry terkasar bahasa.. bahasa yg sopan adalah, seorang bos yg cerewet.. Secara tipunya, saya belum pernah hadapi situasi ini lg.. =)
Kepada kawan2 yg mempunyai bos yg sporting dan giler best, hargai laa mereka.. jgn di pijak kepala.. mmg best ouh dapat bos mcm tuh.. tetapi, pada sesiapa yg duduk di bawah ketiak bos yg kurang paham bahasa, sgt laa strees.. tipulaa kalo korang kata korang suke duduk bawah bos jenis mcmneh..

Oklaa.. setelah menjump
ai carian yg diingini, terjumpelaa satu web yg sgt bgs utk berkongsi ngn korang.. sila klik sini utk melawati blog yg superb ini.. name pn sedap.. pakarhowto.. mmg yg bercirikan menjawab masalah dan motivasi.. aku suka!! Ok,antara tips yg di berikan oleh pakarhowto.com adalah, marilaa kita lihat tips secara copy and paste dr blog tersebut..

1. Rileks kan diri dan tenangkan hati
Pakarhowto says: Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kepala otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu. Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!

2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss Pakarhowto says: Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya. Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya. Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.

3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan Pakarhowto says: Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.

4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
Pakarhowto says: Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja.Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya. Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita. So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.

5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss
Pakarhowto says: Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Kita pun banyak juga perangai buruk.Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.

P/s Penaja: Kita semua hanya insan biasa.. perlu dan akan lalui situasi begini.. pengalaman mcm neh juga mematangkan dan memberi kita pengajaran.. dalam erti kata laen, andaikan saja kita berada di tempat spt mana boss kita berada skrg .. harus juga kita berkelakuan begitu bukan?
tapi, sejauh mana kita perlu cerewet pada kerja? itu bergantung sendiri bagaimana kita menyusun kerja kita.. hehe..x yah laa demand sgt.. ok.. entry ini hanya utk memberi kesedaran pada diri sendri saja.. namun saya suka utk berkongsi dengan anda semua..
=)
Source: Pakarhowto.com



1 comment:

  1. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete

Kata Anda?