Belum rezeki saya.

Ya, belum rezeki saya untuk menjadi seorang pelajar, dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. Yg baik itu semua adalah ketentuanNya, dan yang buruk pula datang dari kelemahan saya.  2 minggu lepas, seperti yang dicatatkan dalam entry ini, keesokkan harinya adalah hari saya mendaftarkan diri. Namun, lain yang dirancang, lain pula rezeki yang datang.
Setelah persiapan keseluruhan hampir siap, ayah tiba-tiba cakap “Along, esok tak payah pergi daftar lah.  Sebab keputusan rasmi dah di buat.  Along kena tolong ayah jaga gudang tepung, jaga bahagian akaun.”  Korang tahukah mcmana perasaan saya masa tuh?  Saya macam nak menangis pun ada, sbb hati dah bekobar-kobar nak sambung belajar.  Kalau ikutkan hati masa tu, macam nak buat dua-dua sekali.  Tapi saya tak nak jadi macam tamak, takut nnt yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir di tengah jalan. Saya tahu keupayaan saya setakat mana, jadi kita lakukan perkara satu persatu. (more)



More stories?

Do visit my official blog

2 comments:

  1. xpe..sabar...nnti ada rezeki confrom dpt...sy tunggu 3 tahun untuk smbung degree...semua org ada rezeki masing2..cuma cepat atau lambat..

    ReplyDelete
  2. black_mel: InsyaAllah, moga2 ada peluang mcm tu utk sy.

    ReplyDelete

Kata Anda?