Cerita si Kecik syawal bersendirian.

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, Ini cerita bukan pasal cik blogger seorang ini. Tapi cerita pasal haiwan peliharaan cik blogger. Haiwan ini di beri nama ACOT. Eja betul-betul A.C.O.T. singkatan dari perkataan Kasut bila disebut secara pelat, jadilah ACOT.

Ok, got it? Siapa tak kenal, mmg tak pernah jejakki mata ke sini laa jawabnya.

Sehari sebelum keluarga Cik Blogger pulang ke kampung, kami telah bersepakat mahu meletakkan Acot ke hotel. Hotel bajet je laa ya, sbb mmg kami sekeluarga tak mampu nak menyediakan hotel 5 bintang.

Masalahnya, masa kami bincang-bincang hari tu, mmg sembunyi-sembunyi. Tak nak bagi langsung Acot dengar. Tapi, ntah bila masa ntah dia boleh pegi pasang telinga pegi curi-curi dengar perbualan kami. Amboiiii, biasa dia!!

Dan bila dah tahu plan rahsia kami sekeluarga, maka terjadi laa muka-muka comel mintak dikasihani dekat bawah. Mintak di bawak pulang ke kampung tempat kelahiran Acot. Alasan dia mahu tahu apa? Acot rindu mak ngah. Lagi sekali dah pandai menipu, padahal macamlaa orang tak tahu dia nak pergi merayau dengan ex girl dia dekat kampung.

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?