Pages

penHalang terjAlin KaseH sAyang

Assalamualaikum perkongsian melalui email yg aku terima.. sejak nk resign nie byk btol ms terbuang sbb aku xde keje sgt.. so, mari lyn sejenak n + pegetahuan kte same² yek..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semua orang inginkan kasih sayang. Anak-anak suka kalau mereka dikasihi
oleh ibu dan ayah.

Isteri berbahagia jika mendapat pembelaan dari suami.
Suami pula bangga mendapat layanan dari si isteri.

Kawan saling menghormati kawan yang lain. Rakyat puas hati
mendapat perhatian dari pemimpin.

Tapi terbukti dalam kehidupan manusia hari ini,sudah tandus kasih sayang. Mana perginya kasih sayang? Apa yang menjadi penghalang dari terjalinnya kasih sayang?

Antara pekara-pekara yang menjadi penghalangnya Ialah :

1) Sifat-sifat mazmumah: Misalnya sombong, membesar-besarkan diri di depan orang lain. susah untuk bermesra, tidak merendah diri kagum dengan kebolehan diri sendiri dan berbagai sifat mazmumah lain mendorong dirinya untuk berkrisis dengan orang lain.Dia susah menerima pandangan orang atau susah untuk mengalah. Sifat yang ada pada dirinya menghalang orang untuk menyayangi seterusnya menyukai dirinya. Malah menyebabkan orang semakin benci padanya.


2) Kasih sayang tidak dapat disuburkan kerana kejahilan. Masing-masing tidak tahu pentingnya kasih sayang disuburkan dan tidak tahu bagaimana cara memberi kasih sayang tersebut. Anak-anak meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu pula suka berleter dan berkasar dengan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga anak murid tidak pandai menghormati guru sementara guru tidak pandai mengambil hati anak muridnya. 3) Tidak sabar dengan ragam kawan-kawan.Semasa berkawan tentu ada kesilapan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja dilakukan oleh kawan-kawan, .. Kalau kita benar-benar hendak menjaga agar persahabatan dan kasih sayang tidak retak, maka kesilapan itu mestilah dimaafkan. Kita mesti mempunyal sikap bertolak ansur. Jika tidak sabar dengan ragam mereka dan tidak boleh berlebih kurang, sudah pasti berlakulah bermasam muka atau menjauhkan did. Lalu hilanglah kasih sayang yang terjalin sebelumnya. 4) Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan perasaan atau kepentingan orang lain. Melalui pengalaman kita sendiri walaupun kita ingin disayangi orang, kita juga sangat mementingkan diri sendiri. Kita kurang bersimpati dengan kesusahan orang lain dan tidak sibuk untuk memikirkan tentang nasib orang lain.Kita lebih memikirkan nasib diri dan keluarga kita sahaja.Kesusahan orang langsung tidak dipedulikan.Kadang-kadang ada jiran tetangga yang tidak makan,pun tidak dihiraukan.Tiada belas kasihan dan simpati terhadap keperitan yang ditanggung oleh orang lain.Masing-masing memikirkan hal sendiri.Akhirnya tidak tercetuslah kasih sayang di dalam masyarakat. 5) Rasa fanatik terhadap kaum atau kelompok sendiri dan memandang rendah pada puak yang lain. Bilamana manusia mengikutkan rasa melebihkan puak, dengan sendirinya manusia akan memandang rendah pada puak lain. Masing-masing saling berlumba-lumba untuk menaikkan puak sendiri dan sanggup menjatuhkan puak lain. Maka tertutuplah pintu-pintu yang boleh mencetuskan kasih sayang di antara sesama manusia.


Wassalam

5 comments:

  1. syg kamu jgk an..
    x sbr nk dpt mystery gift tuh..
    wahahaha

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...joahilah aku dr sifat mazmumah...Aminnn.

    Naice info yang :)

    ReplyDelete
  3. kak zie..
    insyaAllah, mane yg baik kte amalkan..
    yg buruk kte jauhkn..
    =)

    ReplyDelete

Kata Anda?