Tips Menjaga Dan Mengekalkan Persahabatan

Assalamualaikum.. Di pagi Jumaat yg mulia ini.. izin kan saya berkongsi tips bersama kalian |eceh|..
Sudah terang lg bersuluh seperti yg tertera seperti tajuk diatas.. Semoga info ini berguna dan bermanfaat utk kawan-kawan.. =)


Pembuka Bicara.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya, kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha menjadikan orang lain cemerlang sepertinya.

Pendek kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat.


Sahabat sejati adalah sahabat yang bermanfaat pada kita dan orang-orang disekeliling kita. Kita memerlukan seorang sahabat (ataupun ramai sahabat) dalam usaha kita mengejar kejayaan kerana sahabat dapat memberikan kita bantuan dalam bentuk idea, tenaga, dorongan dan panduan. Kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan ajaran Islam di bumi Arab adalah kerana bantuan sahabat-sahabat Baginda.

Dalam mencari seorang sahabat sejati, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang berperangai buruk. Sahabat sejati ni cuma ada satu dalam seribu. Mencari sahabat sejati satu cabaran, menjaga hati sahabat juga merupakan satu cabaran.

Tips Bagaimana Untuk Menjaga Dan Mengekalkan Persahabatan:-

1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuklah membelanja dia makan, sesuaikan dengan kemampuan.

2. Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai nangis-nangis gitu.

3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana dia hadir di samping anda.

4. Berkongsi kedukaannya, kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.

5. Anggap dia ahli keluarga anda sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.

6. Maafkan kesalahannya selalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja.

Dahulukan doa Anda dengan Surah Al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, moga cepat dimakbulkan Allah.

Apa yang kita doakan pada seseorang, itu yang akan berlaku dalam hidup kita, ibarat kita berdoa untuk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga jadinya!


p/s: semoga pembaca blog ini dapat menerima sedikit info berguna di hari Jumaat..
andai selama ini saya bkn sorang kwn yg baek.. maafkan salah dan silap saya..
saya ini hanya laa insan yg lemah di bumi Allah.. sering melakukan kesilapan sengaja atau tidak sengaja.. utk mencari sahabat yg baek, bknlah mudah.. jadi, kita sendiri perlu menjadi yg terbaek utk sahabat-sahabat kita.. =)

source: Getzzone.com

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?