Kapsul Habbatussauda Baraka

Salam Petang rakan².
Hari ini merupakan hari pertama saya mencuba untuk makan dan mencuba juga untuk jadikan suppliment ini sebagai satu amalan harian.
Hari ini juga saya mahu berkongsi serba sedikit info yang saya ambil dari beberapa web pengedar suppliment Habbatussauda mengenai kelebihannya.  Nama Habbatussauda dalam Bahasa Malaysia "Jintan Hitam" bukan Jintan Manis ok.

Banyak kelebihan yang terdapat dalam suppliment Habbatussauda ini, antara seperti dalam petikan dibawah.  Ayah saya sendiri menggalakkan kami anak-beranak untuk jadikan sebagai satu amalan. Cuma saya saja yang macam agak berat kerana saya mmg tak suka ubat. Tak suka! Tapi kena suka jugak lepas ni, sbb saya ada masalah kolestrol dalam darah. So, ini mungkin cara terbaik saya untuk menggurangkan masalah ini selain daripada proses Cucuk Vitamin C yang sudah agak lama saya tak buat. HAHA.. Kena tunggu balik kampung laa..

Sedikit Info dari web ini



Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Info lanjut klik sini dan sini.

Catatan Hari Pertama:

Selepas menelan sebiji kapsul pagi tadi, badan rasa macam agak panas. Sampai sekarang pun rasa panas. Lepas tu,sikit-sikit sendawa buang angin. Dah tu time sendawa rasa pulak ubat tu. Adeh laa.. Rasa macam nak keluar balik. Even dah makan nasik, tetap sendawa rasa ubat ni. Tak ape, tunggu pulak esok macammana.. :D Harap2 beterusan laa saya makan ubat nie. Tinggallg 23 bijik kena habiskan.

Oklah, sekian dulu. Selamat Petang.

2 comments:

  1. Kami menawarkan baraka dgn harga yg istimewa. serendah rm5..sila hubungi saya untuk tempahan. baraka_gel@yahoo.com atau
    http://baraka-gel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kami ada menjual Pil Baraka secara bundle dgn harga yg murah. sila hubungi saya +20145654709 ataupun http://baraka-gel.blogspot.com/

    baraka_gel@yahoo.co,

    ReplyDelete

Kata Anda?