Catatan Terakhir #23

Hari ini hari Jumaat, Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yg manis skali. Hari ini saya pergi kerja dengan berkain batik, berbaju kurung Riau kuning cair, bertudung hitam ala² tudung Ekin. Eceh, lama sangat tak berbaju kurung, biasa hari² pakai uniform Merah Putih (sebijik macam mak guard T___T).

Ini bukan entry nak promot baju kurung okeh. Kakak Saudara En Jebard ada membuka tempahan baju kurung, pembaca di sekitar Seremban yg mahukan tempahan dengan harga berpatutan boleh hubungi saya segera. oppps, terlebih sudah.HAHA. 

Eh, sebenarnya ini entry khas sempena hari terakhir saya berumur 23 Tahun.. Sob..Sob.. Dah tua aku T__T, tp Alhamdulillah, masih bernafas.

Marilah layan gambar dibwh, rasa sungguh lama tak menampal potret sendiri di ruangan entry. Bila dah lama, tak tahu pulak perubahan ketara dekat muka sendiri. Sekarang rasa macam berbelah bahagi nak letak ke tak.. Oh men, gemuk sgt. T__T

Ini dia muka 23 tahun, nnt hari terakhir 24 tahun, kita tengok beza tak beza.. Tu tunggu tahun depan lah okeh.

 Ada lagi satu kat bawah.  Sure korang mst tak puas tengok.. HAHA.. 


Banyak sebenarnya wishlist sempena birthday tahun ini.  Tp saya nak simpan dalam hati, sbb saya nak usahakan sendiri, nnt bila betul-betul dah dapat, baru boleh buat tayangan amal dekat sini.. Bukan nak menunjuk atau meninggi diri, tapi nak buktikan saya boleh dapat sendri. HEHE. 

Nantikan saja entry bila-bila dari sekarang.

Marilah saya letak satu lagi gambar yang lebih membuatkan saya berazam mahu kecikkan sedikit saiz pipi.. Sob sob.. 
Sebab tu kalau bergambar saya lebih gemar mengiringkan muka saya ke sebelah kanan. kalau depan² macam ni. haiyooo. kalah Sin Chan, tapi comel macam Mia Sarah Nasuha (Amani) pulak.. Okeh, dia dah setat perasan.. HEHE..

Ok, beransur ke meja kerja dahulu. 

Happy weekend ya. Minggu ini ada aktiviti berjalan ke JB.  Doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang.  Blogger di JB yg ternampak saya bersama konvoi Getzzone.com sila lah tegur² ya.. :D Jaga diri korang, jgn nakal².  Tolong jaga belog oren ini ya..

4 comments:

  1. Selamat hari jadi
    Semoga panjang umur dan murah rezeki :)
    Cutenya dia senyum..

    ReplyDelete
  2. syafiqah safri: tenkiu yang..

    Syafrizal: tenkiu.. InsyaAllah.. Owh, tenkiu *blush**

    ReplyDelete

Kata Anda?