2 Catatan Malam Hari.

Assalamualaikum.

Satu :
Malam dah tiba, tiba-tiba teringat mimpi malam tadi.  Mimpi yang membuat saya terbangun, lalu memberi kesedaran pada diri.  Dan saya tidak bisa lena kembali.

Ya Allah, jika aku di beri peluang untuk mendapatkan petunjukmu, ku mohon ya Allah, berikanlah dengan cara yang mudah ku fahami. 

Semoga semuanya baik-baik belaka.  InsyaAllah.

Dua:
Oreo Cheesecake sudah siap.  Tapi terlebih rasa lemon pulak dah.  Alhamdulillah.  Ummi  pun gembira.  Hanya saya dan mija yang menjadi kanak-kanak riang menyambut hari kelahiran ummi di dapur.  Sederhana saja semestinya.  Tiada lilin.  Spontan saja pun tindakan saya, nak tahu mcmana?  Saya keluarkan kek dari peti ais, lalu merapati ummi yang sedang membasuh sayur, mija pula tiba datang ke dapur dan kami menyanyi macam dekat tadika.  HAHA

Yang tak boleh belah, saya menyanyi versi Melayu, Mija menyanyi versi English.  Serentak pulak tu.  Mmg riuh rendah.

Tiga:
Cerita esok, ada 3 perkara mahu lakukan.  Semoga Allah memberi kelapangan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya esok hari.  Amin..

1 comment:

Kata Anda?