Cuaca terik, tidak menjadi masalah utk shopping.

Semalam pening kepala seharian.  Dibawa hingga ke malam.  Tidur awl hingga mendapat satu mimpi yang mempunyai maksud saya rasa.. Wallahualam.  Semoga itu yang terbaik.

Pagi ini pula bangun awal.  Dengan semangat yang baru.  Azam nak buat kek untuk ummi juga satu hal.

Menjengah pukul 11 pagi baru keluar rumah, okay fikir-fikir juga nak buat kek apa.  Tapi kek yg simple sajalaa.  Mana ada cukup bajet nak buat kek bertingkat-tingkat.  Makan sekeluarga saja pun (tanpa OA).

Dan atas kerajinan dan semangat yang jitu, saya sanggup round satu Bandar Puteri untuk mencari pembekal bahan-bahan bakery.  Sebab apa tidak beli dekat kedai biasa?? Sebab kebiasaannya kedai-kedai menjual barang dan bahan untuk membuat kek adalah jauh lebih murah dari kedai-kedai yang lain.  Dan cakap saja bahan apa yang kamu mahu, pasti ada.  Tidak perlu cari ke satu-satu kedai.

Katakanlah, kamu mahu membeli baking pouder, tepung gandum, whipped cream, dan ovallete.  Kamu ke kedai runcit biasa.  Saya pasti hanya beberapa saja yang kamu peroleh di sana.  Ngeee..  Sbb selalu saja terjadi begini pada diri saya.  HAHA (Gelakkan diri sendiri).

Tapi saya belajar dan tak mahu mengulang kesilapan yg sama.  Saya sanggup cari kedai bakery.

Cuaca panas di luar, tapi dalam kedai tersebut sejuk saja saya rasa.  Macam peel baru laa juga shopping kali ini.  Mujur tidak banyak duit.  Kalau tidakkk..

Okaylah, harap-harap azam saya untuk hari ini tercapai.  Bukan harap-harap, tapi mmg mahu capai.
Semoga ummi suka, saya nak buat surprise.  Tapi family saya tak biasa sambut-sambut birthday ini. So, saya hidangkan sebagai minum petang sajalah nnt.

Doakan saya okay!

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?