Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Sakit Leher Akibat Salah Bantal - Tips & Punca

:s::a::l::a::m:

Sudah 2 hari saya mengalami sakit di bahagian belakang leher. Orang kata akibat salah bantal atau dalam erti kata yang lain, akibat kedudukan tidur yang salah. Mungkin juga salah satu sebab jenis bantal yang saya gunakan adalah jenis tinggi dan keras. Hurm, biasanya saya tidur mengiring sebelah kiri, tapi 2 hari ini bila sedar jek, badan saya berubah ke arah kedudukan meniarap.. *Apa kes??
Kedudukan badan meniarap, tapi kepala dah teleng ke kanan. Gila saket owh. Nak gerak bukan main susah. Kena bangun secara perlahan. Tak boleh agresif sangat..

Terima kasih abg google

Semalam, ummi sempat juga mengurut sikit². Saya mmg tak boleh tahan kalau berurut dengan ummi. Ummi punya urutan terlampau kuat. Kdg² kalau dah sakit sangat boleh ternangis. Ingatkan lepas di urut, lega lah. Mmg betul jadi lega kejap. Dah boleh buat "break dance", pergi main twitter sambil goyang² kepala pun dah boleh.. Tapi, pagi tadi, saket tu jadi balik.. Aduh! Sekarang kalau nak gerakkan kepala, kena jadi robot. Dengan badan² sekali turut tertoleh, I mean.. ikut bergerak. Jarang sangat kena sakit macam ni, sebab tu agak confius apa petua yang perlu guna. Kalau sehari tak apa, boleh tahan. Bila dah masuk hari ke2 ni macam tak tahan pulak.

Pagi tadi, bayar toll pun 1st time tak pandang muka akak penjaga toll yang manis tu. HUHU.. mesti dia ingat saya sombong. Errr.. Kakak, saya tak sombong lah, saya sakit leher, tak boleh pandang kiri kanan. Kena pandang depan saja.. T_T


Sampai saja dekat meja bekerja pagi tadi, terus minta bantuan abg google. Kot² dia boleh tolong kasi kurang kan.. Ehem.. terus panggil abang nak mintak tolong punya pasal.. HAHA..

Oklah, marilah saya kongsikan sedikit tips yang abg google bagi.. Saya rasa byk kaedah yg boleh digunakan. Ada kaedah traditional, mahupun moden. Kalau moden pergi jumpa doktor saja. Habis cerita. Ehem..

Ini pula adalah salah satu jenis rawatan yang di ambil dari sudut pandang agama Islam. Senang jek rupanya eh.

Merawat
Sakit leher/tengkuk ketika bangun tidur(salah bantal)

1-Baca Bismillah….
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih. Source: intro2u.net



Kalau ikut petua nenek, moyang, cucu, cicit pula, nak² kalau yang duduk dekat kampung, dorang suruh jemur bantal yang kita guna kan tu. Esok pagi kalau sakit lagi saya nak cubalah. Kot² mujarab kn.

Dekat sini, saya letakkan beberapa faktor punca kesakitan ini terjadi:


  1. Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan.
  2. Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.
  3. Kedudukan tidur yang salah
  4. Kurang amalkan senaman.
  5. Elakkan tidur di atas tilam yang lembut.



Hurm, melalui punca dekat atas ni, saya rasa semua faktor di atas adalah punca kepada sakit leher saya ni. Oleh yang demikian, kerja keras dalam amalan diet perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan senaman. :pandacloud_21:

Majulah kesihatan demi kesejahteraan hidup yang sihat. Jom kongsi petua yang korang ada. Jgn segan² ok.

Kapsul Habbatussauda Baraka

Salam Petang rakan².
Hari ini merupakan hari pertama saya mencuba untuk makan dan mencuba juga untuk jadikan suppliment ini sebagai satu amalan harian.
Hari ini juga saya mahu berkongsi serba sedikit info yang saya ambil dari beberapa web pengedar suppliment Habbatussauda mengenai kelebihannya.  Nama Habbatussauda dalam Bahasa Malaysia "Jintan Hitam" bukan Jintan Manis ok.

Banyak kelebihan yang terdapat dalam suppliment Habbatussauda ini, antara seperti dalam petikan dibawah.  Ayah saya sendiri menggalakkan kami anak-beranak untuk jadikan sebagai satu amalan. Cuma saya saja yang macam agak berat kerana saya mmg tak suka ubat. Tak suka! Tapi kena suka jugak lepas ni, sbb saya ada masalah kolestrol dalam darah. So, ini mungkin cara terbaik saya untuk menggurangkan masalah ini selain daripada proses Cucuk Vitamin C yang sudah agak lama saya tak buat. HAHA.. Kena tunggu balik kampung laa..

Sedikit Info dari web ini



Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)


Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Info lanjut klik sini dan sini.

Catatan Hari Pertama:

Selepas menelan sebiji kapsul pagi tadi, badan rasa macam agak panas. Sampai sekarang pun rasa panas. Lepas tu,sikit-sikit sendawa buang angin. Dah tu time sendawa rasa pulak ubat tu. Adeh laa.. Rasa macam nak keluar balik. Even dah makan nasik, tetap sendawa rasa ubat ni. Tak ape, tunggu pulak esok macammana.. :D Harap2 beterusan laa saya makan ubat nie. Tinggallg 23 bijik kena habiskan.

Oklah, sekian dulu. Selamat Petang.

KTM memperkenalkan gerabak khas utk wanita.


KERETAPI Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Laluan Pelabuhan Klang - Sentul - Pelabuhan Klang bermula hari ini. Manakala laluan Rawang - Seremban - Rawang akan dilaksana pada 15 Mei 2010. - Foto Effendy Rashid

Wow, saya rasa ini satu pembaharuan yang bagus. sangat ke depan. Kelak, berkurangan sikit masalah meraba-raba dan selokan dalam train. Ish, mintak simpang okeh. Walaupun saya sendiri pernah alami. Teringat masa pergi interview dekat bangunan Bursa, KL. Interview utk astro awani. :D tp tak dpt pun. Pegi balek saya naik Star LRT. Masa balik petang tu, saya di usha oleh seorang pakcik yang berserban. Kira kalau utk org perempuan habis tutup laa aurat dia. Tapi saya pelik, kenapa dia asyik pandang². Bila dia pandang macam tu pun saya da rasa takut sangat.. Gila ah. Ingatkan dia turun dekat destinasi awal dari saya, rupa²nya sama.. Aisehh.. macam mana ntah saya nak lari masa tuh. Risau sangat if dia follow saya sampai ke kereta. Tapi nasib baik. Saya jalan habis laju. Boleh dikategorikan sebagai larik juga laaa.. T__T


Lepas ni kalau da ada Gerabak khas utk wanita, Alhamdulillah. Rasa selamat sikit. Mintak-mintak dekat semua pengangkutan awam macam Star LRT dan Putra LRT pun buat service macam ni. Jangan laa dekat komuter KTM saja eh. :D


Sumber: Facebook Berita Harian

Tips: Atasi masalah berhadapan dengan boss

Assalamualaikum.. Mcmne nk setat tulis neh, ok laa.. direct to da point.. sedang enak melayari FB dan menjaga hasil ternakan.. tibe2 jari neh laju jek menekan key words "Tips jaga bos".. ahha, bkn jaga tepi kain taw.. ini ada laa tips mcmna nk handle bos yg ntah hape2.. oppss.. sorry terkasar bahasa.. bahasa yg sopan adalah, seorang bos yg cerewet.. Secara tipunya, saya belum pernah hadapi situasi ini lg.. =)
Kepada kawan2 yg mempunyai bos yg sporting dan giler best, hargai laa mereka.. jgn di pijak kepala.. mmg best ouh dapat bos mcm tuh.. tetapi, pada sesiapa yg duduk di bawah ketiak bos yg kurang paham bahasa, sgt laa strees.. tipulaa kalo korang kata korang suke duduk bawah bos jenis mcmneh..

Oklaa.. setelah menjump
ai carian yg diingini, terjumpelaa satu web yg sgt bgs utk berkongsi ngn korang.. sila klik sini utk melawati blog yg superb ini.. name pn sedap.. pakarhowto.. mmg yg bercirikan menjawab masalah dan motivasi.. aku suka!! Ok,antara tips yg di berikan oleh pakarhowto.com adalah, marilaa kita lihat tips secara copy and paste dr blog tersebut..

1. Rileks kan diri dan tenangkan hati
Pakarhowto says: Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kepala otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu. Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!

2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss Pakarhowto says: Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya. Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya. Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.

3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan Pakarhowto says: Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.

4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
Pakarhowto says: Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja.Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya. Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita. So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.

5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss
Pakarhowto says: Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Kita pun banyak juga perangai buruk.Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.

P/s Penaja: Kita semua hanya insan biasa.. perlu dan akan lalui situasi begini.. pengalaman mcm neh juga mematangkan dan memberi kita pengajaran.. dalam erti kata laen, andaikan saja kita berada di tempat spt mana boss kita berada skrg .. harus juga kita berkelakuan begitu bukan?
tapi, sejauh mana kita perlu cerewet pada kerja? itu bergantung sendiri bagaimana kita menyusun kerja kita.. hehe..x yah laa demand sgt.. ok.. entry ini hanya utk memberi kesedaran pada diri sendri saja.. namun saya suka utk berkongsi dengan anda semua..
=)
Source: Pakarhowto.com