Showing posts with label KonGsi-MenGongsI... =). Show all posts
Showing posts with label KonGsi-MenGongsI... =). Show all posts

Short entry from short finger.

//maaf, tajuk kurang berkualiti :D
Assalamualaikum.  Selamat pagi.
Err, rasa kekok pulak nk letak entry dekat sini.  Bukan kata letak saja, nak taip pun bersimpang siur sudah jalan dia.  Walaupun baru 2 hari 1/2 saya tak dapat nak mengonlinekan diri, rasa macam 2bulan setengah dah. HAHA.. tak lawak. (more)

More stories?

Do visit my official blog

The end of May. New life, new mood, new focus!

Assalamualaikum..

Gambar hiasan.
Tajuk dah gempak.. HAHA.. konon laa tuh.. 

Hey, Selamat berhujung minggu semua.  Selamat bercuti sakan, Selamat juga bershopping sakan.. Sbb dah gaji kn? hahaha..

hurmm, nak cakap apa? saja jek nak bikin 1 entry pendek pada hujung minggu.  Sebab saya jarang sangat merajenkan diri menaip pada hujung minggu.  Kecualilah dekat FB..  Konon hujung minggu kena bercuti dari segala-galanya.. HAHAHAHAMPAS.

Esok, saya akan bertukar rupa.  Dari seorang cantik berkerjaya, kepada rupa seorang pelajar yang skema.. HAHA.. bestnya kalau dapat berlakon masuk kelas ala² skema macam dalam drama tuh.  Konfem kena buli.  Nak-nak dengan student lelaki yang handsome.. Weh.. haha.. Orang suruh belajar lah, bukan menggatal.  Okay-okay.. Fokus!!

Perkataan fokus tu saya selalu sangat saya sebut-sebut sekarang.  Sampai kawan-kawan Getzzone tergelak-gelak sbb saya tak berhenti sebut perkataan fokus.  Saya kena lebih fokus, sebab sewaktu kerja dulu, kau pergi kerja lepas tu kau stress waktu kerja saja.  Balik rumah lepas tu kau dah boleh huuuuhaaaa dah.  Tak payah susah-susah nak fikir kerja apa kena buat lagi lepas tu melainkan kerja rumah seperti membasuh, mengemas, memasak, menyusukan anak.. :D

Sekarang, bila diri bertukar macam oltromen taro bertukar nak selamat kan bumi  menjadi student, kepala otak mmg kena aktif 28 jam.  Tiap-tiap pagi bangun kena pergi kelas, masuk kelas, jumpa pensyarah, prepare for kuiz, tutorial, assignment, kelab lagi.. Adoiii..  Haha.. tapi tak tipu, kehidupan sebagai pelajar adalah satu perkara yang paling enak di dunia.  Tak perlu fikir macamana nak cari kaedah sara hidup yang berkesan.. Macamana nak bagi hidup senang lenang, nak bayar bil itu ini, nak beli barang dapor utk rumah, dan sebagainya.  Itu semua cabaran lepas study lah. 

So, bagi saya mana-mana kehidupan dekat atas ada pro and conts dia.  Kau dah belajar, kena lebih fokus utk score seberapa baik yang kau boleh.  Sebab kena ingat, kau study ada orang tanggung.  Bukan duit sendiri.  Jangan nanti ada orang kecewa sbb selalu sangat main-main.  Dari tadika sampai ke universitas kau nak main-main.  Bila masa kau nak serious dalam hidup.  Bila masa nak happykan parent engkau?  Ini kata-kata cabaran utk diri sendiri.

Esok adalah hari pendaftaran.  Seminggu sessi orientasi dijalankan.  Harap-harap dapat jugak laa saya mencoretkan serba sedikit catatan pada minggu hadapan.. Kalau masa mengizinkanlah.. 

Saya akan merindukan rakan-rakan blog, twitter, FB saya kelak.. Kalau utk kawan-kawan dekat dunia realiti, dorang langsung tak rasa nak rindu, sbb dorang kata "eleh, macamlaa kau nak belajar dekat Penang ke, Sabah ke, Cyber tu macam jauh sangat laa kn dari sini."  Hehe..

Okay, tadi kata nak buat entry pendek, skrg nahhh.. rasakan pendek tak pendek. 

[FeezMior] Ingin BroFramestone Bersara Dari Berblog

Entry ini entry khas. 

Selamat Hari Jadi Bro Framestone. Semoga panjang umor, murah rezeki, diberikan kebahagiaan dan keredhaan dari Allah. Semoga cepat bertemu jodoh... Feez not sure yg keberape, err ke berape eh bro? HAHAHA meh laa kongsi sini :D

Oklah, bersempena dengan hari ulangtahun Bro Framestone, Feez nak kasi hadiah dekat bro lah. Hadiah dia ialah, Feez akan join contest yg bro anjurkan. Lagipun bersempena dengan kita punya tarikh hari jadi jatuh pada bulan yg sama, Feez pun rasa bro mmg patut kasi Feez hadiah.. HAHA.. Harap-harap boleh menang utk dapatkan hadiah hari jadi Feez.. **Ceh, belum apa-apa dah fikir nak menang..

Eh, korang tak nak join ke, tak bestlaa kalau saya sorang je join.. nnt hadiah semua dpt dekat saya.. rugi tahu.. HAHA.  Banyak juga hadiah yang bro nak kasi, mana tahu untung badan korang menang kan.. Mehlaa.. Tak rugi beybeh..

Antara Syarat-syarat yang bro tetapkan utk melayakkan diri korang join contest dia ialah:

errr, korang leh refer dekat Blog Bro Framestone sendiri laa yer. =D Dari syarat-syarat pertandingan sampai laa hadiah pertandingan semua complete Bro kasi tahu ikut blog dia.

//oklah lets cekidaut apa Feez nak jawab utk soalan-soalan bro yang gempak gila tu k.. (sorry kalau byk mengarut. bagi tahu awal2 tak nak kasi bro pening kepala :D)

[FeezMior] Ingin BroFramestone Bersara Dari Berblog  :
Tak sanggup pulak rasanya nak buat tajuk entry mcm ni bro.. Ye laa, kita baru sekejap cuma berjumpa dekat blogging.  Last-last bro nak berhenti.. Janganlah bro, nnt sapa nak teman feez dekat twitter?  Eh, dekat twitter pun bro nak berhenti ke? Jangan lah. Pleaseeee (ni merayu sampai terguling2 taw)

Macamana kenal BroFramestone dan Tempoh perkenalan:

Err, tak silap Feez kita masih baru berkenalan kan.. Baru sangat laa rasanya dalam 2 3 bulan jugak.  Tengok, orang kata kalau bercinta dalam tempoh macam ni lepas tu putus, tu orang panggil Cinta Monyet.  Takkan laa kita nak panggil diri kita kawan blogging monyet. Teheee..  Perkenalan pertama bukan ikut blog rasanya, ikut twitter, lepas tu baru laa Feez usha blog bro.. Usha-usha, komen2 dekat blog. last-last Bro kantoikan juga Feez dekat FB. Dekat FB pun baru 2 3 hari je kan? Perkenalan kita boleh di klasifikasikan suam-suam kuku lagi Bro. tak habis ramah tamah lagi. Perkenalan yang hanya cuma bertahan 2 3 bulan.. Uhuk, tiba-tiba jadi sedih.  Bro ada kata dia nak pindah tempat kerja dekat area Kelana Jaya, konon nak berjumpalah satu hari nanti, sebab tempat kerja kami macam berdekatan.  Tapi malangnya, Feez pun resign juga.  Wah, byk persamaan kita.  Dah laa resign bulan yang sama, Birthday pun bulan yang sama juga. :D
Siapa BroFramestone dalam diri anda? :
Secara terus terang, saya anggap bro umpama seorang abang dalam blogging ni.  walaupun Feez tak tahu umur bro brapa kan, sebab panggil pun bro, lepas tu badan bro nampak besar macam abang-abang, so Feez anggap bro mcm Abg Besar :D lagipun Feez tak de abg, sudi tak bro jadi abg Feez? HAHA.. melalut sudah.  Lagipun bro memang layak di panggil abg blogging.  Bro lebih lama blogging dari Feez, Bro da Seniour dah.  Kira macam Bro nak graduate dah dari Universiti Blogging. erkkk..

Hadiah terbaik untuk birthday bro dari anda: 

Feez baru resign bro, soo Feez tak mampu nak beli atau bagi apa-apa dekat bro.  Duit gaji kali ni pun nak buat modal bayar hutang-hutang yang banyak (sedih tak?).  Oklah, kan dah cakap dekat atas tadi, Feez join Contest anjuran Bro ni sebagai tanda hadiah sempena hari jadi Bro.  Feez karang entry ni pun pada hari jadi bro juga, setelah lama dok bermonolog dengan diri Feez sendiri, nak join ke tak, nak ke tak, nak ke tak? huh.. Cuma andai kata kita dapat berjumpa satu hari nanti, Feez akan cuba belanja ABC utk bro okeh :D


Buh gambar yang hensem dan tercomey + gambar bro:

Tarrraaaaa!!!!

Yeah bro, gambar ber3 boleh kn? haha.. saja je nak letak bertiga..
Ok ke gambar ni bro? Feez tengok bila bro and GF bro, muka bro tambah2 hensem.. HEHE. so, Feez amik gmbar ni laa. Pastu tempek gambar Feez sebelah, konon2 kita amik gambar bertiga laa yer :D  kalau tak boleh inform okeh, nnt Feez tukar gambar okay? Harap2 tak langgar syarat dan terma :D

Oklah bro, cukuplah setakat ini Feez mengarut untuk kontest bro.  Kalau bro terpaksa reject sbb tak menepati intipati yang bro mahu, inform Feez kay, nnt Feez karang lagi satu entry.. HAHA.. Semoga Bro semakin berjaya dan dimurahkan rezeki di tempat kerja yang baru nnt :D

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan.

Assalamualaikum, Salam Satu Islam, Salam Satu Malaysia.

Entry ini ada sedikit rasa kesedihan bersama.

Kalau korang tak tahu lagi, siang tadi tepat jam 5.30 petang adalah hari terakhir saya bekerja dengan bekas majikan saya.  Sekarang perasaan tak tahu nak bagitahu macamana.. Suka ada, sedih pun ada.

Ini merupakan gambar terakhir begaya dengan uniform.

Setiap tempat bekerja dekat mana-mana pun pasti ada rasa tidak puas hati dengan majikan bukan? macam tu jugalah dengan saya.  Tapi saya resign bukan atas sebab ketidakpuasanhati dengan majikan, tapi saya ada satu plan yang mungkin akan membuat dan membantu kehidupan saya bertambah cemerlang dan baik pada masa akan datang.. InsyaAllah.

Sebelum pulang tadi, saya sempat menerima amanat terakhir (eceh), dari manager saya merangkap GM dekat syarikat tu dan juga merangkap Manager bahagian Admin serta Akaun (bahagian saya). Sempat lah beliau berpesan utk belajar elok-elok.  Maklumlah, pangkat pun macam emak saya, amanat pun berbaur ke'emak'kan juga lah. Ada sikit pesanan utk Puan (harap dia tak bacalah)

Saya sangat berterima kasih kepada Puan Mastura, kerana Puan, saya banyak belajar dari sudut negatif mahupun positif tentang perkara-perkara yang saya rasa agak remeh satu ketika dahulu.  Input yang saya terima sepanjang saya membanting tulang di Syarikat milik Dato juga banyak saya perolehi. Semoga Syarikat akan terus maju (InsyaAllah) dengan berkat usaha staf-staf yg masih tinggal, pasti akan lebih maju =D 
 
Untuk kakak-kakak dekat bahagian saya yang kini tinggal seramai dua (2) orang saja,  dekat sini fizah titipkan sebaris dua kata.

Jagalah bahagian kita elok-elok.  Dan jagalah juga syarikat pakwe korang elok-elok. HAHAHA.. Semoga kalian success di sana atau di mana-mana.  Kita masih boleh berjumpa dan berjimba bersama.  Jangan risau, kalau korang lupakan fizah, fizah pasti akan lupakan korang.  HAHAHA.. ini ugutan!! tapi sekadar gurauan okeh.

Gambar diambil sewaktu makan malam hari tuh. gambar terakhir ber3. skrg tinggal ber2.

Apa yang saya rasa sedih adalah meninggalkan kerja-kerja yang saya buat dulu. Semua dah jadi kenangan dan sejarah.  Yang boleh disimpan hanya pengalaman saja.  Banyak perkara yang saya belajar dan terima dekat sini.  Dari tak berapa nak fasih buat akaun secara full set walaupun di waktu belajar dahulu saya ambil Kos Akauntasi, sekarang dah boleh buat. Walaupun ada satu dua perkara yang saya masih kurang tahu. Saya sangat lemah dengan akaun okeh.  Sbb tu saya cabar diri saya untuk mencari kerja dalam bidang akaun.

Selepas saya tamat belajar dahulu, pekerjaan saya yang pertama adalah dalam Marketing cumm Customer Service Officer.. Lihat, lari bukan? hanya 10 bulan saja saya mampu bertahan lepas tu terus kedek-kedek pergi cari kerja utk bahagian akaun.  Bila dapat kerja bahagian akaun, terus kena handle full set..  Hamikkk!!

Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal sebab masa cari kerja dulu, tak siasat latar belakang syarikat. Bila dah masuk baru lah kita tahu macamana situasi dia.  Kata perpatah, Tak kenal maka tak cinta.  Bila dah mula bekerja, hamik lagi sekali penangan Tonggang terbalik akaun.  Punyalah banyak back log.  Dengan anak syarikat dia yang banyak! Tapi anggap itu semua pengalaman kita.  Mana tahu lepas ni cari kerja, kita boleh berfikir secara lama sikit.  Tak lah membuat keputusan melulu kan.

Sehingga hari terakhir saya ini, sepanjang 1 tahun 2 bulan saya bekerja, Alhamdulillah saya dapat siapkan sebanyak 2 akaun syarikat untuk 2 tahun (tak banyak, tp saya bangga kerana itu back log yang berlaku ketika saya belum wujud lg).  Ini semua atas tunjuk ajar sifu saya iaitu Kak Syikin.. Tochee Sist.



Ada orang nak buat farewell party utk saya tak?okay fine. Takde. Larik masuk tidur.


Apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada satu titik penamatan.  Apa jua yang bermula, pasti akan ada pengakhiran.  Kehidupan perlu di teruskan.  Kita yang perlu pandai mencorak kehidupan kita sendiri, jika mahukan perubahan positif, risiko perlu diambil.  Jadi, andai peluang itu datang, jangan kita lengahkan.  Teruskan saja jika memberi kita seribu manfaat dan keutungan.  

Ahad ini, InsyaAllah bermulalah kembali kehidupan saya sebagai seorang pelajar.  Namun, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.  Mana tahu, tak jadi belajar pulak.  Siapa yang tahu kan.  So, jawapan seterusnya kita tunggu entry selepas 30 May ini okeh.

Nota Tangan Kecik: Semoga segala usaha dan kejayaan yang sedang atau bakal di kecapi kita dapat kongsikan bersama.  Jangan biarkan ada jurang pemisah antara kita umat ciptaanNya.  Kejayaan dan kecemerlangan yang sedang dinikmati waktu ini pasti akan ada juga pengakhiran.  Bersiap sedia lah untuk utk masa mendatang :D.  Kerana takdir Tuhan adalah penentu segalanya.


Coretan Trafik Minggu Lepas

Assalamualaikum. Hey korang. Selamat hari Isnin.. Ada yang terkena penangan Isnin Biru tak? kalau ada boleh kita jadi kawan baik, sbb saya pun alamai perkara yang sama..  Semalam tidur pukul 3.30 pagi.  Ini semua kerana penangan menonton cerita seram (Puaka tebing biru & Telaga kontang) adusss..  Sampai nak tidur pun terbayang hantu tu bergayut dekat tingkap.  Apa kes?? sapa suruh pergi menonton cerita tu kalau tak penakut? mmg kau cari nahas.  HEHE..  Saya bukan penakut, tapi imaginasi ni terlampau kuat lah..  Nah, skrg rasakan semua serba tak kena kerana mata direhatkan selama 3 jam saja malam tadi.

Err, hari ni nak buat pertunjukkan jumlah trafik yang blog ini terima sepanjang minggu lepas boleh tak??.  Saya rasa mcm, hemm.. hemm.. teruja sangat dowh..  Mana tak nya, lebih dari pada 500 unik trafik yang blog ini terima. 

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.
Walaupun kedudukan graf tak brapa nak stabil :D.  Saya tetap rasa gembira.  Semoga peningkatan ini akan berterusan..  Bila tengok ranking dekat Alexa lagi lah tak percaya.. HEHE..  Sekarang kena percaya lah kot.

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.

Terima kasih kepada yang byk membantu.  Terutama Geng Blogger, Liyanaa.com dan Ailyl.. Yang klik iku SB pun ramai jugak :D Wallaweh.. Tochee.. Tochee..

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.
Tak dinafikan, perujuk ada juga datang dari home blogger.  Itu dinamakan tuan tanah yang klik sendri .. Hakhak.. tak ape, tak effect pun kan pada unik click.


Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.

Shahir menjadi permintaan paling tinggi untuk kata kunci bagi blog ini.. sebanyak 18 link telah disalurkan.   Wahwah.. Tahniah Shahir ats kejayaan kamu tempoh hari.  Seterusnya untuk Gambar gubahan hantaran antara kata kunci juga sangat popular dari dulu lagi.  Ramai orang nak kahwin kot.. Ok, skrg baru saya tahu macamana nak bermain dengan keywords :D.

Kalau mengikut rekod di entry Alahai trafikku dan Alahai Trafikku (Edisi Timbang tara)
nampaknya dekat 200 jgk peningkatan trafik yang blog ini terima.  Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada korang yang sudi datang blog ini..  Walau pun tak sebest blog korang.. I Lap u'olls lah!


Sehingga bertemu kembali guys.. TATA

Renungan - Perempuan Tua Penjual Tempe

Assalamualaikum, Salam Hari Jumaat.  Hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita mengenai seorang perempuan tua yang mencari rezeki melalui jualan tempe.  Cerita ini saya ambil dari Forum GZ.  Agak panjang, namun banyak iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ini.  Okay, enjoy read guys.. :D

//
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyarahidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah
kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe. Amin."


Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya
berfikir mungkin doanya masih belum dimakbulkan oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu. Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. 

Dia percaya mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah tempe ini. Amin."
Lebih kurang mcm ni laa nenek tu punya tempe.. Tenkiu abg Goo


Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak putus-putus membaca doa di dalam hatinya. Sampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. MasyaAllah, tempenya masih belum menjadi. Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana menganggap doanya tidak dikabulkan oleh Allah. Dengan perasaan sedih, dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Walaupun dia tahu bahawa hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia ditegur oleh seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin." (aik, sudah tukar doa kaa...???)

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang tempenya masih belum menjadi. Dia pun rasa betapa bersyukurnya pada Allah. Wanita itu pun borong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang
sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.



MORAL

1. Kita sering memaksa kehendak kita supaya dimakbulkan Allah, sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Redhalah apa jua yang berlaku dalam hidup kita kerana setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” ( Al Baqarah : 216 )

Doa umum yang terbaik untuk diamalkan: "Ya, Allah, Ya Tuhanku, kurniakanlah apa jua yang terbaik untuk diriku, ibubapaku dan keluargaku di sisiMu. Sesungguhnya, berilah kami kebaikan dunia dan di akhirat.”

2. Jangan sekali-kali berputus asa untuk berdoa kepada Allah. Kita kena percaya dan yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan keperluan kita.

3. Kita sering ingin Allah memenuhi kehendak kita tetapi kita tidak mahu memenuhi hak Allah seperti menunaikan SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA, berkata-kata perkara yang baik dan berpesan ke arah kebaikan...

SEKIAN. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang2 yang beruntung di akhirat kelak. Sharing is Caring.


Gambar Barbie Doll - Edisi Real.

Salam Hari Khamis korang.

Hari ini saya nak mengimbas kembali ke zaman kanak².  Waktu zaman kanak² dahulu kala, mesti semua orang pernah merasa pegang atau main Barbie Doll kn? Tipulah kalau waktu kecik², korang tak pernah main barbie doll.. Tak kesah lah jenis murah ke mahal.  Ada orang kalau dah terlalu gilakan barbie, sampai sanggup beli rumah dan accessories utk barbie yang harga dia ratus² tuh..  Saya dulu mmg adalah main barbie jugak, tapi tak mampu nak beli jenama Barbie.  Nak² saya niseorang sulung, byk kena bekorban utk adik²-adik  Biasa kalau beli pun, beli mainan masak² atau doktor².  Boleh berkongsi main dan dalam masa yang sama berkongsi permainan jugak.

Eh, macam dah terlebih-lebih pulak perenggan pembukaan.  Saya bukan nak cerita pasal permainan di waktu lampau..  Apa yang saya nak kongsi dengan korang semua adalah, gambar barbie in a real life..  Pernah tengok tak? hmm, setakat ni saya belum pernah tengok barbie yang betul².  Kalau tengok anak patung dia dan cerita kartun dia dekat tv3 tu pernah lah.


Contoh Anak Patung Barbie, Abg Kumbang pn nak tersentil jugak.  Credit pict to Abg Google.

Saya tak tahu lah kalau korang pernah tengok ke tak.  Gambar ini saya terima menerusi gmail saya yang dihantar oleh seorang rakan. Email dia bertajuk The Real Barbie doll &  Husband - superman.  Gila kentang tajuk dia kn.  Sebelum bukak email, saya ingatkan Cik Barbie Doll kahwin dengan Abg Superman edisi anak patung.  Rupa-rupanya tidak sama sekali.. Lepas tu fikir balik, ini mesti patung lilin.  Rupa-rupanya tidak jugak.  Sbb Cik Barbie dan Abg Superman dok posing maut.  Gila kentang beybeh!

//  Mari lah cuci mata..  Lebih cantik dari Paris Hilton kot!

Abg Superman: Sayang, dorang amik gmbr kite lah..


Cik Barbie: Eh, ye ke syg? Alamak, kantoi lah kita dah kawen.

Abg Superman: tak pe, peminat u tak kan lari sbb dorang kecik² lg. lepas ni mst org tak nak mintak tlng dekat I dah.


Cik Barbie: Kejap syg, posing dlu.. ramai pulak cameraman. :D


Cik Barbie: Ala syg, tak pe. Lps ni u jd bodyguard I je laa ok.. :D I love u

Dari pandangan mata korang, sama ke muka dia dengan anak patung barbie?  Abg Superman tu adalah jgk sikit².

Hee, kesahihan gambar tak dpt di pastikan.  Saya sendiri tak pasti gambar dekat atas tu betul ke tak Cik Barbie dan Abg Superman. Anggap je laa sebagai bahan cuci mata ok..

Credit to kwn baik, Nida sbb sudi bg Fizah gmbr2 ni. Teheee... :D

Have a great day guyss..

Gambar Shahir AF8 di Festival Addin Polisas

//Dari atas sampai ke bwh cerita pasal Shahir.  Suka tak suka kena baca (Paksaan) HAHAHA


Hari Sabtu malam Ahad yang lalu, saya menjadi suri rumah bujang.  Tinggal berseorangan dalam rumah sambil mendengar AF8 dan melayan blog, FB & Twitterland.  Saya tak pernah lagi update pasal AF kn? HEHE... masa mendengar AF sambil menonton lappy (sbb mata pandang lappy, telinga pegi dengar AF).  Sapa ntah, antara Sarimah atau Jimmy panggil Shahir suruh nyanyi.. Serious, terkedu saya dengar dia menyanyi (mata tak pandang tv lagi) masa dia nyanyi lagu Tak Mungkin Berpaling (Mawi & Zamani) terus saya rasa meremang dekat area bulu mata ni.. Dah laa saya tengok Shahir makin handsome HAHA.. saya rasa tarikan utama dia adalah dekat gigi besi dia laa.. Suka tengok gaya cakapan dia. Malu2 miawoooo.  hmmm... maka, terjadi lah status di bawah ini :D


Tak cukup besar? Klik gambar mst jadi besar. teeheee
Hmm, adik saya dekat blog merangkap x boyfriend Junior masa dekat POLISAS dulu ada cakap Si Shahir pernah buat persembahan sempena Festival Ad-Din di Polisas sekitar tahun 2008 dulu..

Saya macam tak percaya sbb mmg tak ingat dah.  Lalu meminta Zikri emailkan gambar2 yang beliau simpan.  Zikri dulu juga adalah salah seorang ahli nasyid di bawah naugan JPP POLISAS.  Nah, Zikri lantas mengambil gambar melalui video (screen shoot).  Maaflah jika tak jelas.  Dah cuba sehabis daya dah nak bagi kelihatan jelas.



Comel Shahir zaman muda-muda dulu :D..  Hmm, adengan ketip mulut tu mmg tak hilang sampai skrg yer :D.

Ok, sila beri perhatian dekat gambar atas dan bawah ini.  Mari saya kenalkan, yang saya bulat orenkan itu adalah tuan punya gambar ini.  Dia juga seorang blogger, tapi blog dia lama dah tak update.. HAHA.. zik, cpt update sekarang.. sila lah jenguk sini ya :D Nama dia Zikri Alias.. hmm, tak silap masa ni 2 group ini sedang berkumpul di dataran sebelum persembahan dimulakan.

Yang saya petak orenkan pula adalah Shahir. Heh, menurut Zikri, dulu Shahir lebih kurus berbanding sekarang yang agak berisi.  Nak2 bila duduk dekat Akademi yang nampak macam 24jam kena makan.  Siap ada kelas masak-memasak lagi.


Nak tengok lebih gambar Shahir yang kurus dahulu? (matilaa kalau Shahir baca).. Dekat bawah ni saya letak gambar Shahir berseorangan ok.  Bila tengok gaya dia dalam gambar dekat bawah ni, masa Shahir masih lagi bersama kumpulan Saujana dulu tak byk beza mcm skrg dalam Akademi.  Mungkin  perberbezaan  dari segi  kehidupan sosial sikit lah kot.  HEHE.. 


Handsome gila kamu Shahir, hmmm baik kuruskan badan cepat sebelum terlambat macam saya .. HEHE.

Nampak ciri2 ustaz dalam diri Shahir. HEHE.. pujian menggunung tinggi nampak.. Ok, dah laa.. Sessi memuja Shahir dah tamat..  Last but not least.. Cuba korang buat perbandingan (kalau nak buatlah), byk tak beza Shahir dulu dan sekarang?

Kalau tengok ikut gambar dekat bawah yang di ambil dekat Murai.com.my ni, dia macam agak stylo laa.. HIKHIK.. hmmm, bila kau nk berenti puji Shahir nih?


Ok, enjoy read. papai..

Nota Cinta utk Shahir : Hmmm, berisi macam ni ok kot.  Tapi jgn laa jadi berisi sangat eh, Kurang cute.. HAHA.. ni gila angau macam ni.. bak kata an, dulu AKIM, skrg SHAHIR.. Dua2 tetap dekat hati.

http://emo.huhiho.com

5 Kategori pekerjaan yang mendapat bayaran tinggi, tetapi...

Rendah tahap tekanannya.. (sambungan tajuk)

Hi, selamat petang semua. Hari Isnin ramai benar yang kena penangan Isnin Biru.. nak-nak utk orang yang kurang tidur mlm td. Hari ini nak berkongsi sedikit info mengenai tahap pekerjaan yang kurang tahap tekanan tapi mendapat bayarang gaji yang lumayan.. huh, jeles saya.

Macam biasa pagi2 bukak firefox automatik akan masuk ke finance.yahoo.com. hmm, byk info berguna boleh dapat dari situ. Info mengenai pekerjaan² yang mempunyai tahap risiko tekanan yang rendah namun mendapat bayaran yang tinggi ini juga saya curi dari sana. Tapi lepas saya curi, saya olah laa sikit² supaya tak terlalu ikut dengan Bahasa Inggeris mereka.
I'll bet, sapa yang bekerja macam ini dekat Malaysia mst tak rasa stress langsung.. Sbb apa saya ckp mcmtu, sbb orang dekat US sana pn ckp tak stress.. jgn nk tipu eh. HAHA

Mari kita tinjau ke pekerjaan yang pertama :
  • Physical Therapist -
    Walaupun bekerja di bidang perubatan terkenal dengan stres, PT menikmati keuntungan unik dari jururawat dan doktor ER. Pertama, PTS mempunyai jam kerja yang fleksibel dan mereka tidak diharapkan untuk bekerja pada malam hari. Kedua, kebanyakkan ahli terapi fizikal bekerja sendiri dan bererti mereka tidak perlu berurusan dengan bos yang boleh menyebabkan stres yang berlebihan.

    Hmm, pendapatan ahli terapis fizikal boleh menjangkau antara $ 50,000-105,000 setahun. Nah, itu adalah terapiutik (kata google translate) =D
  • Computer Software Engineer -
    yang ni macam tak percaya pulak. selalunya orang² yang bersengkokol dengan software mahupun komputer secara harian sangat stressful. hmm, mgkn di sana ramai yang meminati bidang sebegini. :D Kemungkinan juga faktor yang menyebabkan kurang tekanan adalah mereka boleh bekerja di mana saja. Kebanyakkan mereka bekerja secara sendiri juga. Pendapatan Computer Software Engineer pula adalah sekitar antara $ 4,000-130,000 setahun.. phewwww.. Lumayan..
  • Civil Engineer -
    Pekerjaan Jurutera Awam secara amnya adalah membina dan merancang infranstruktur negara. Sebab apa kurang stress? mereka hanya merancang, tapi yang membina kemungkinan besar adalah pekerja² yang di import dari luar. HEHE.. Gaji yang dorang dapat pula sekitar 50,000-115,000 setahun. Ini menurut statistik di US eh. :D
  • Massage Therapist -
    kalau pergi mengurut kat mana² pernah ke nampak tukang urut tu kelihatan sangat stress?? mungkin dia akan stress kalau tengok muka org yg dia kena urut tu kurang handsome ataupun dekat badan orang yang dia kena urut tu byk panau.. HAHA.. geli okeh! Fakta yang mempengaruhi pekerjaan tukang urut ni kurang stress mungkin hari² dok p cium wangian aromatherapy yg boleh pening kepala kalau bau kuat gila. Tapi pekerjaan ini juga sangat bergantung berapa ramai pelanggan yang datang dalam sebulan. Jadi, gaji dorang tak lah sebyk seperti pekerjaan² diatas, iaitu sekitar $ 45,000 atau lebih.
  • Technical Writer -
    Err, saya tak berapa nak pasti pulak pekerjaan Penulis Teknikal ini macamana.. Hmm.. tapi adalah kot berkaitan dengan gadjet² semasa yang berteknoly gamma spt Blackberry, IPhone dan sebagainya. Penulis Teknikal umumnya menerima pendapatan antara $ 47,000-98,000 setahun.


hmmmm,cpt2 lah pilih pekerjaan yg sesuai utk korang.. harap2 bkn indah kabar dari berita.. dan jgn salahkan saya kalau salah satu pekerjaan yg dipilih ada disini, tapi stress nya tak sama dari kabar ok.. :D Pilihan di tangan anda. :D jangan engkau stdy bidang Kimia, pergi kerja jadi Penulis teknikal. Rugi babe!

oklah, ckp sampai disini.. Esok2 kita cerita lagi.. :pandacloud_19:

source: Finance.yahoo.com
ditokok tambah sesuka hati: Diri sendiri..

Hari Ini nak senyum saja.


Pagi ini saja nak sampai lewat ke tempat kerja. Sebab si dia tak de hari ni kn. uhuks..
tapi saya agak peliklah, biasa tiap2 pagi harung jammed sakan dekat toll puchong menghala ke sunway, mst mulut tak henti² mencarut.. HAHA.. hari ini, segala benda yang saya buat even terpaksa harung jammed yg sama jgk, saya senyum saja. :D Cuma, ada sorang pak cik cina yg agak tua memandu di hadapan saya terkena tempias sikit saja sebab lembs sangat nak masuk lane kanan. HUH

//Terimbas kembali hari Sabtu di LCCT..

Saya hampir2 menangis tahu tak? menghantar En Jebard sekeluarga utk bercuti ke Medan. Dalam hati terselit sedikit cemburu. Sbb tak dapat nk ikut pergi bersama.. (bukan ahli keluarga lagi). Saya hanya membantu dari segi penghantaran si dia bersama keluarga saja. Sewaktu bersalam dengan mak En Jebard pn mcm tu jgk. Entah kenapa sebak di hati terasa. Lambaian terakhir saya layangan sebelum berlari keluar dari LCCT. Malu seyh kalau orang nampak menangis nnt. T_T


//Hari ini

kemungkinan senyuman yg terukir pagi2 mcm ni kerana disebabkan menanti kepulangan dia. Mungkin lah.. Moga² semuanya selamat, dari segi penerbangan dan juga ketibaan.. InsyaAllah..
//Pagi tadi sempat titipkan SMS kepada En Jebard.

Syg, bby rindu sgt² kt by. 2 laa, bila dkt asyik gaduh je. Bila jauh baru lah nak rindu². HUHU..


Korang pun doakn laa yer. :D semoga dia sekeluarga selamat kembali ke tanah air. hmm, kami jarang jauh2 mcm ni. sbb tu menggila jd tak tentu arah. Dia best ah, beronggeng dekat sana. T_T. Nasib baik dia rasuah nk bagi hadiah dari sana.. HAHA.. terus senyap.

Nota tangan:
1. baru sedar tinggal lagi 8 hari (tolak cuti sabtu ahad) bekerja dekat sini. =D
2. Semalam saya tidur sangat awal utk hilangkan perasaan rindu dkt En Jebard. :D
3. Sorry lah kalau entry ni mcm tak kena dengan mood korang.. Mst ramai yg Isnin Biru :D

Kredit Pict: Flickr.com

Selamat Hari Guru Cikgu-cikgu


Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu rakan2..
Justify Full
Di kesempatan ini, sempena Ahad yg penuh bermakna, dan byk jgk jemputan perkahwinan yang ku terima, cikgu2 tetap tak ku lupakan.. Selamat hari guru cikgu-cikgu yang pernah mengajarku khasnya dan cikgu-cikgu yang berada di seluruh Malaysia secara Am nya.

Untuk rakan-rakan yang bergelar guru, Cikgu boboy (Getzzone) dan Cik Zura Zamani (adik En Jebard), Selamat Hari Cikgu.

Kpd rakan2 blogger juga yang bergelar pendidik, Cik Zara dan juga Aku x-po. Happy Teacher's day utk kalian. "utk yg lain juga. Maaf andai tak disebut. saya tak berupaya utk flash back ingatan di hari minggu ini.
Jasa, pengorbanan, ilmu didikan, sokongan moral, tak pernah saya lupakan. Semoga guru-guruku selalu di rahmati dan di lindungi oleh Allah s.w.t. Aminn.


Okie dokie, cukup sampai disini.. Jumpa di next entry ya! TATA


Nota tangan: Ok tak header saya? boleh bg komen? menawan tak menawan? cute tak cute?

ADAMAYA dah habis!

Assalamualaikum, Selamat Pagi, Selamat Hari Jumaat..

yeayyy, smlm adalah episod terakhir drama ADAMAYA.. tak yah nak story panjang² ah.. Semua pasti dah taw apa dia punya pengakhiran ceritera :D. Semalam saya bekerjaran balik rumah semata2 tak nak terlepas tengok ending dia. Walaupun kerja melambak T_T.

Pagi tadi macam biasa, bukak account FB.. Nampak laa kuiz watak Adamaya ni.. Then, saja mahu try laa, kot² dapat watak cik Mia Sarah Amani yg cute tuh.. Nak jgk chomel mcm dia..

Sekali, jawapan yang saya dapat adalah watak Adam. Huh, handsome. tak apa.. HAHA..



Tapii, En Jebard sudi ke jadi Maya saya?? En Jebard, jgn laa menduakan saya pergi cari Dani pulak eh.. :D

Eh, cakap pasal Dani, kesian semalam dia jadi macam sewel.. Sesuai lak watak sewel utk dia. KAHKAH.. jgn marah Faizal.. Ko mmg terbaik belakon sbb org semua menyampah dekat engkau..

Oklah, saja nak merepek meraban pagi Jumaat ini.. Semoga semua ceria ya!:pandacloud_16:

Nota mulut:
//hari ini leher sakit lagi.. Uhuks..
//esok pagi dah nak pergi hantar En Jebard sekeluarga ke KLIA.. dia sudah mahu tinggalkan saya.. uhuks lagi T_T
//Preparation for audit next week.. waaaa, byk lg nak kena kejar..

Sehingga berjumpa lagi TATA!!

Sakit Leher Akibat Salah Bantal - Tips & Punca

:s::a::l::a::m:

Sudah 2 hari saya mengalami sakit di bahagian belakang leher. Orang kata akibat salah bantal atau dalam erti kata yang lain, akibat kedudukan tidur yang salah. Mungkin juga salah satu sebab jenis bantal yang saya gunakan adalah jenis tinggi dan keras. Hurm, biasanya saya tidur mengiring sebelah kiri, tapi 2 hari ini bila sedar jek, badan saya berubah ke arah kedudukan meniarap.. *Apa kes??
Kedudukan badan meniarap, tapi kepala dah teleng ke kanan. Gila saket owh. Nak gerak bukan main susah. Kena bangun secara perlahan. Tak boleh agresif sangat..

Terima kasih abg google

Semalam, ummi sempat juga mengurut sikit². Saya mmg tak boleh tahan kalau berurut dengan ummi. Ummi punya urutan terlampau kuat. Kdg² kalau dah sakit sangat boleh ternangis. Ingatkan lepas di urut, lega lah. Mmg betul jadi lega kejap. Dah boleh buat "break dance", pergi main twitter sambil goyang² kepala pun dah boleh.. Tapi, pagi tadi, saket tu jadi balik.. Aduh! Sekarang kalau nak gerakkan kepala, kena jadi robot. Dengan badan² sekali turut tertoleh, I mean.. ikut bergerak. Jarang sangat kena sakit macam ni, sebab tu agak confius apa petua yang perlu guna. Kalau sehari tak apa, boleh tahan. Bila dah masuk hari ke2 ni macam tak tahan pulak.

Pagi tadi, bayar toll pun 1st time tak pandang muka akak penjaga toll yang manis tu. HUHU.. mesti dia ingat saya sombong. Errr.. Kakak, saya tak sombong lah, saya sakit leher, tak boleh pandang kiri kanan. Kena pandang depan saja.. T_T


Sampai saja dekat meja bekerja pagi tadi, terus minta bantuan abg google. Kot² dia boleh tolong kasi kurang kan.. Ehem.. terus panggil abang nak mintak tolong punya pasal.. HAHA..

Oklah, marilah saya kongsikan sedikit tips yang abg google bagi.. Saya rasa byk kaedah yg boleh digunakan. Ada kaedah traditional, mahupun moden. Kalau moden pergi jumpa doktor saja. Habis cerita. Ehem..

Ini pula adalah salah satu jenis rawatan yang di ambil dari sudut pandang agama Islam. Senang jek rupanya eh.

Merawat
Sakit leher/tengkuk ketika bangun tidur(salah bantal)

1-Baca Bismillah….
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih. Source: intro2u.net



Kalau ikut petua nenek, moyang, cucu, cicit pula, nak² kalau yang duduk dekat kampung, dorang suruh jemur bantal yang kita guna kan tu. Esok pagi kalau sakit lagi saya nak cubalah. Kot² mujarab kn.

Dekat sini, saya letakkan beberapa faktor punca kesakitan ini terjadi:


  1. Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan.
  2. Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.
  3. Kedudukan tidur yang salah
  4. Kurang amalkan senaman.
  5. Elakkan tidur di atas tilam yang lembut.



Hurm, melalui punca dekat atas ni, saya rasa semua faktor di atas adalah punca kepada sakit leher saya ni. Oleh yang demikian, kerja keras dalam amalan diet perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan senaman. :pandacloud_21:

Majulah kesihatan demi kesejahteraan hidup yang sihat. Jom kongsi petua yang korang ada. Jgn segan² ok.

Jom Menari Chicken Dance

Assalamualaikum, selamat petang, sudah Hi tea?? Eh, baru jek lepas lunch. Dah makan tengah hari?

Saya nak kongsi dengan korang. Tarian terbaru yang bakal meletup. HEHE.. bukan tarian laa, lagu dia chicken dance=Ayam menari. Tapi ini juga adalah gabungan sebahagian gambar² pergi JB hari tuh.. Tengok lah kalau sudi. Gambar saya pun banyak kwn saya bernama Shaznemo letak :D

Meh laa riang kan mata korang dengan tengok video simple ni.. Mari menari kalau rajen :D




Info tambahan:

Getzzone is an online community from Malaysia that gathers owners of Hyundai Getz. The primary objective of Getzzone is to serve as a base for all Getz owners to get to know each other better, share ideas, knowledge & information on Hyundai Getz, more to experience the fun & joy of convoys & gatherings.

Siapa² yang berminat, kunjungi lah www.getzzone.com utk lebih info ya.. InsyaAllah, tak akan sia2 kalau join. Ehem, selain getzzone. kepada pengguna kereta jenama Hyundai, leh jgk join komuniti TeamHyundaiMalaysia.. Search dekat google okeh :D

Selamat menjamu mata.

Catatan Terakhir #23

Hari ini hari Jumaat, Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yg manis skali. Hari ini saya pergi kerja dengan berkain batik, berbaju kurung Riau kuning cair, bertudung hitam ala² tudung Ekin. Eceh, lama sangat tak berbaju kurung, biasa hari² pakai uniform Merah Putih (sebijik macam mak guard T___T).

Ini bukan entry nak promot baju kurung okeh. Kakak Saudara En Jebard ada membuka tempahan baju kurung, pembaca di sekitar Seremban yg mahukan tempahan dengan harga berpatutan boleh hubungi saya segera. oppps, terlebih sudah.HAHA. 

Eh, sebenarnya ini entry khas sempena hari terakhir saya berumur 23 Tahun.. Sob..Sob.. Dah tua aku T__T, tp Alhamdulillah, masih bernafas.

Marilah layan gambar dibwh, rasa sungguh lama tak menampal potret sendiri di ruangan entry. Bila dah lama, tak tahu pulak perubahan ketara dekat muka sendiri. Sekarang rasa macam berbelah bahagi nak letak ke tak.. Oh men, gemuk sgt. T__T

Ini dia muka 23 tahun, nnt hari terakhir 24 tahun, kita tengok beza tak beza.. Tu tunggu tahun depan lah okeh.

 Ada lagi satu kat bawah.  Sure korang mst tak puas tengok.. HAHA.. 


Banyak sebenarnya wishlist sempena birthday tahun ini.  Tp saya nak simpan dalam hati, sbb saya nak usahakan sendiri, nnt bila betul-betul dah dapat, baru boleh buat tayangan amal dekat sini.. Bukan nak menunjuk atau meninggi diri, tapi nak buktikan saya boleh dapat sendri. HEHE. 

Nantikan saja entry bila-bila dari sekarang.

Marilah saya letak satu lagi gambar yang lebih membuatkan saya berazam mahu kecikkan sedikit saiz pipi.. Sob sob.. 
Sebab tu kalau bergambar saya lebih gemar mengiringkan muka saya ke sebelah kanan. kalau depan² macam ni. haiyooo. kalah Sin Chan, tapi comel macam Mia Sarah Nasuha (Amani) pulak.. Okeh, dia dah setat perasan.. HEHE..

Ok, beransur ke meja kerja dahulu. 

Happy weekend ya. Minggu ini ada aktiviti berjalan ke JB.  Doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang.  Blogger di JB yg ternampak saya bersama konvoi Getzzone.com sila lah tegur² ya.. :D Jaga diri korang, jgn nakal².  Tolong jaga belog oren ini ya..

Tips Putus Cinta. Jangan mengalah pada cinta.

Salam to all readers.
:pandacloud_45:Siapa tak pernah alami perasaan putus cinta, sila angkat siku? mungkin ada sebilangan dari kita semua tak pernah pun mengenali apa itu cinta. Tapi ada jugak kebanyakkan dari kita pernah mengalami kekecewaan dalam sesuatu perhubungan. Saya juga pernah alami nasib yang sama dengan korang yang sedang putus cinta. Tapi masa tu saya rasa tahap permikiran saya belum matang dengan secukup rasa. Jadi, masa tu, hanya air mata menjadi peneman setia. T_T itu waktu muda belia dulu lah. Kalau situasi itu berlaku sekarang, mungkin saya jadi kuat sikit kot. Sikit sajalah mungkin.. Tak tahu lagi mcmana.


Jangan kata putus cinta, putus tak bercinta pun saya pernah rasa. Tapi rasa tuh saya simpan sajalah dan biarkan kenangan itu berlalu bersama masa. Namun, saya kerap termimpikan dia pulak sekarang. Tak tahu kenapa. (By syg, by tahu kan sapa, jgn terasa okeh kalau baca) =D

Putus cinta atau dalam bahasa pasar couple adalah "clash" atau "break up". Eh, ada beza jugak antara dua perkataan tersebut. Bagi saya lah, perbezaan dia adalah:

:pandacloud_10:"Clash" = Korang putuskan hubungan terus. Tak dak sambung² lagi.
:pandacloud_10:"Break up" = Korang macam rehatkan hubungan. Kiranya, lepas masing² cool, baru sambung balik. Ini mmg kerap sangat terjadi di kalangan pasangan bercinta yang serious tapi bergaduh. eheh.. :D


Apa yang penting, kita jangan mengalah dengan perasaan, andai kata hubungan itu masih baru tapi dah nak putus, percayalah itu bukan lah cinta sejati yang korang cari. Tapi andai kata hubungan tu dah dibina bertahun², selamatkanlah selagi rasa masih mampu untuk diselamatkan. Cuma, jgnlah sampai maruah dan ego korang di pijak². Ada batas jugak macamana hendak control situasi macam ni. Kalau terpaksa putuskan juga, perlu diINGATkan disini, kawalan minda dan perasaan sangat penting. Jangan pulak kau pergi serang bekas kekasih kau dekat asid. Atau terhegeh² macam Dani kejar Maya. HAHA. ok².Ini Serious.

Di sini ingin saya kongsikan cara-cara rawatan kesembuhan cinta yang mungkin boleh diaplikasikan suatu masa kelak :D


  • Berdoa, solat jangan tinggal (itukan memang wajib), berzikir dan mengaji. Tak di nafikan, kita mungkin cepat lalai dan leka ketika melalui saat² gembira dan bahagia. Sebenarnya kita sering terlupa tentang kekuasaan Allah yang telah mentakdirkan setiap Jodoh, pertemuan dan perpisahan. janganlah lupa kita titipkan doa untuk bekas kekasih kita, tak kira berapa jahat sekali dia. Doakan kebahagiaan dia. Mengaji dan berzikir adalah salah satu aromatherapy jiwa kita sendiri. InsyaAllah, kita akan tenang untuk hadapi ujian jiwa ini.
  • Sertai kegiatan yang mengembirakan diri Sendiri. Buatlah apa sekali pun, tapi masih berlandaskan akal fikiran manusia. Mungkin utk perempuan, korang boleh pergi shopping ke, bercuti ke, atau buat drift dekat trek yang dibenarkan. Jangan buat dekat jalan raya ya, boleh membahayakan orang ramai :D. Untuk lelaki pulak, korang tak yah susah² pergi terus ngorat awek lain.. HIHI.. atau nak lebih gah lagi, pergi main flying roller coaster dekat Genting Highland, atau pergi panjat gunung kinabalu. Okeh, dah setat makan kerepek.

  • Pergi jumpa member kamcing korang yang dilupakan semasa hangit bercinta. Perasan tak, ada jugak sesetengah org tak ingat langsung member masa tengah hangit bercinta. Member ajak lepak, mentah² di tolak. Sian member. Hah, lepas ni pergi cari balik member² geng main guli dulu tuh, pergi mintak ampun maap. Lepastu, anjurkan satu doa selamat sebab kau dah sedar atas kesilapan yang lalu sbb lupakan member. Kiranya doa selamat tu macam ko belanja member yang telah lama ko lupakan.

Itu adalah serba sedikit rawatan sebenarnya ada byk lagi rawatan yang korang sendri boleh cari dari dalam dlm diri sendri. Janganlah ingat bila dah putus cinta, dunia korang pun dah berakhir. Tidak ok, fikirkan keadaan sekeliling korang. Korang masih ada ibu, ayah, abg, kakak, adik kawan². Gunakan masa yang ada untuk perbaiki hubungan korang dengan keluarga.

Sewaktu bercinta dulu mungkin pernah korang lakukan kesilapan yang membuat pasangan korang rasa macam nak hentak² kepala dekat dinding (Stress). Jadi, pelajarilah kesilapan² yang pernah dilakukan. Pelajari dan perbaiki setiap kesalahan. Jangan ulangi andainya korang bertemu cinta seterusnya. Dan kita kena buang ayat ini "lelaki semuanya sama saja" atau "perempuan semuanya macam tuh". Tak semua ok.. Kalau putus cinta tu jangan laa salah kan satu pihak saja, kita gali balik salah silap kita sebelum ni. Jangan sesekali ingat diri kita terlalu perfect. Tak ada manusia yang perfect dekat dunia. Cuma kesilapan lalu, boleh diperbaiki utk masa depan. Itu yang penting.

Psssstttt, Meh laa kongsi dekat sini macamana korang handle perasaan perit semasa melalui masa-masa putus cinta? Senang kah nak terima kenyataan korang direject??


Oklah, habis membebel. Selamat tengahari.