Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips: Persediaan perkahwinan untuk bakal pengantin yang masih belajar

Assalamualaikum.

Buat adik-adik yang masih belajar, tapi bila jodoh dah sampai, Allah dan tentukan, kita buat mcmana pun jodoh tu tetap dah sampai. So that, kita as a student yg full time yang takde income harian dan bulanan, yang masih mak ayah support kena get ready, physically mentally.

First thing akak nak cakap dan nasihat, kita tak payah laa buat grand grand. Cukup ala kadar. Melainkan kalau mak ayah yang nak grand, kita ucapkan syukur Alhamdulillah saja. tapi jangan melebih, apa mak ayah nak bagi kita terima. Semoga makin murah rezeki mak ayah kita.

Tapiii, kalau adik-adik kategori berada, akak pun tak kisah. :)

Macamana nak start untuk preparation?

First of all, sila list down segala nama kawan-kawan yang kita nak jemput. Menjemput ni biasanya org akan jemput selewat2nya sebulan awal, tapi kita list down je dlu kawan-kawan kita. Jujur akak cakap, akak sendiri ada tertinggal jemputan kawan2 yang tak dijemput. Sadissss sgt. haihh
List down awal. Bila teringat, terus catat dalam buku khas. Kalau rajin terlebih2 boleh mintak alamat sesiap utk jemputan yang jauh. Save dalam word.doc untuk print nnt. senang!

Kad tak payah print banyak-banyak. Sebabnya, dah ada FB events invitation kan? kalau orang nak kad baru kita bagi. Bukan bermakna kita tak ikhlas menjemput. Tapi ada sesetengah orang dah x berapa gemar nak kad sebab nanti sayang nak buang. HUHU

List down keperluan antara nikah dan sanding. Cari contoh-contoh gambar untuk kesemua keperluan kita. so that, kita senang nak refer. Contohnya, design pelamin, baju, warna tema dan semuanya.










Seperti contoh untuk nikah. Apa yang penting:

- Tarikh nikah (make sure tak bertindan dengan waktu exam ye)
- Baju nikah both (Laki Perempuan)




- Duit Mas kahwin & Hantaran
- Dulang hantaran (Discuss awal-awal berapa dulang termampu)
- Bantal nikah
- Warna tema
- booking tok kadi dan saksi
- borang nikah (kena settle awal bagi pihak lelaki, lepastu pihak lelaki akan past ke perempuan utk urusan booking tok kadi dan wali bersama 2 orang saksi akan tandatanggan borang depan tok kadi sewaktu booking nnt)
- Makanan untuk jemputan (make sure jemputan dah ditetapkan berapa ramai, nnt takut makanan tak cukup. huhu)
- Bahagikan tugas sesama ahli keluarga yang lain. Jangan buat semua sorang-sorang. Kita tak mampu dik nonn. nanti kita yang stress.


dan, secara jujurnya, kebanyakkan pengantin perempuan laa yg akan menguruskan semuanya. HAHAHAHA. nasib laaa.

Keperluan hari persandingan:
- Pelamin, mak andam, baju pengantin,
Credit to owner pict
                                     
- Warna tema
- Bunga tangan
- Goodies bag
- Pengapit, bridesmaid, baju atau kain utk bridesmaind (kalau ada budget ye)
- Baju-baju keluarga (biasa parents laa yang akan keluarkan duit utk ini)
- Baju-baju saudara mara
- kompang
- DJ
- Katering
- Bilik pengantin. Untuk yang tak nak hias bilik pengantin, korang boleh gunakan resolusi lain. Contohnya seperti, boleh sewa hotel or budget hotel untuk bersiap. Cari yang berdekatan dengan tempat yang akan berlangsungnya kenduri nanti.
- Kad kahwin
- Kek Kahwin



Cuba amik masa waktu cuti semester sebelum berlangsungnya majlis untuk buat sikit-sikit preparation ni. Jangan buat semua serentak dan last minit. Macam kalau kita nak exam esoknya, baru study hari ini. Silap-silap tak jadi amik exam esok, pergi cari MC. hehehe.

Nanti hakak list down segala belanja akak untuk majlis akak yang lepas ye. InsyaAllah masih ingat lagi. dan akak akan ajar, mcmana nak buat majlis dalam keadaan budget tapi meriah dan tak membazir.

Referring to gambar-gambar kat atas, semua ni akak cari kat google. tema macam mana, nak tema color apa, nak buat goodies macamana, nak buat deco macamana. So, sebenarnya senangnya. Idea dah ada sesiap. Esok-esok tinggal nak explain kat bridal je. Bagi gambar mcmni senang je dorang faham.

thanks for reading this. InsyaAllah, doakan kerajinan akak berterusan sehingga bila bila.

Info : Khasiat Pisang dan kegunaannya.

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa peeps..

How ya doing?  Happy, sedih, celaru? HIHI, saya sudah kembali pulih dari migrain.  Dah diberi ubat oleh Cik Abg Manis. :D terus baik ooo..

Well, today nak kongsi sesuatu pasal khasiat buah.  Bukan buah durian, buah manggis or buah yang sedap-sedap lagi menggiurkan.  Buah ni mmg sentiasa ada, sampai orang naik muak dah tengok dia.  Sampai orang tak lalu nak makan dia.  Kesian dia.  Heh, buah yang kita selalu guna untuk buat cekodok pisang.  Tak payah nak pusing-pusing, beritahu sajalah buah apa weh.. Okay-okay!!  Nama buah ini buah Pisang.  Weheee..  Kalau dekat kampung, merata-rata pokok pisang kita nampak, tapi kalau dekat bandar, agak susah laa..  Nak cari pisang pergi kedai. (more)

New entry update.

Do visit my official blog

Coretan Trafik Minggu Lepas

Assalamualaikum. Hey korang. Selamat hari Isnin.. Ada yang terkena penangan Isnin Biru tak? kalau ada boleh kita jadi kawan baik, sbb saya pun alamai perkara yang sama..  Semalam tidur pukul 3.30 pagi.  Ini semua kerana penangan menonton cerita seram (Puaka tebing biru & Telaga kontang) adusss..  Sampai nak tidur pun terbayang hantu tu bergayut dekat tingkap.  Apa kes?? sapa suruh pergi menonton cerita tu kalau tak penakut? mmg kau cari nahas.  HEHE..  Saya bukan penakut, tapi imaginasi ni terlampau kuat lah..  Nah, skrg rasakan semua serba tak kena kerana mata direhatkan selama 3 jam saja malam tadi.

Err, hari ni nak buat pertunjukkan jumlah trafik yang blog ini terima sepanjang minggu lepas boleh tak??.  Saya rasa mcm, hemm.. hemm.. teruja sangat dowh..  Mana tak nya, lebih dari pada 500 unik trafik yang blog ini terima. 

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.
Walaupun kedudukan graf tak brapa nak stabil :D.  Saya tetap rasa gembira.  Semoga peningkatan ini akan berterusan..  Bila tengok ranking dekat Alexa lagi lah tak percaya.. HEHE..  Sekarang kena percaya lah kot.

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.

Terima kasih kepada yang byk membantu.  Terutama Geng Blogger, Liyanaa.com dan Ailyl.. Yang klik iku SB pun ramai jugak :D Wallaweh.. Tochee.. Tochee..

Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.
Tak dinafikan, perujuk ada juga datang dari home blogger.  Itu dinamakan tuan tanah yang klik sendri .. Hakhak.. tak ape, tak effect pun kan pada unik click.


Klik gambar ke new tab kalau kurang jelas yer.

Shahir menjadi permintaan paling tinggi untuk kata kunci bagi blog ini.. sebanyak 18 link telah disalurkan.   Wahwah.. Tahniah Shahir ats kejayaan kamu tempoh hari.  Seterusnya untuk Gambar gubahan hantaran antara kata kunci juga sangat popular dari dulu lagi.  Ramai orang nak kahwin kot.. Ok, skrg baru saya tahu macamana nak bermain dengan keywords :D.

Kalau mengikut rekod di entry Alahai trafikku dan Alahai Trafikku (Edisi Timbang tara)
nampaknya dekat 200 jgk peningkatan trafik yang blog ini terima.  Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada korang yang sudi datang blog ini..  Walau pun tak sebest blog korang.. I Lap u'olls lah!


Sehingga bertemu kembali guys.. TATA

Sakit Leher Akibat Salah Bantal - Tips & Punca

:s::a::l::a::m:

Sudah 2 hari saya mengalami sakit di bahagian belakang leher. Orang kata akibat salah bantal atau dalam erti kata yang lain, akibat kedudukan tidur yang salah. Mungkin juga salah satu sebab jenis bantal yang saya gunakan adalah jenis tinggi dan keras. Hurm, biasanya saya tidur mengiring sebelah kiri, tapi 2 hari ini bila sedar jek, badan saya berubah ke arah kedudukan meniarap.. *Apa kes??
Kedudukan badan meniarap, tapi kepala dah teleng ke kanan. Gila saket owh. Nak gerak bukan main susah. Kena bangun secara perlahan. Tak boleh agresif sangat..

Terima kasih abg google

Semalam, ummi sempat juga mengurut sikit². Saya mmg tak boleh tahan kalau berurut dengan ummi. Ummi punya urutan terlampau kuat. Kdg² kalau dah sakit sangat boleh ternangis. Ingatkan lepas di urut, lega lah. Mmg betul jadi lega kejap. Dah boleh buat "break dance", pergi main twitter sambil goyang² kepala pun dah boleh.. Tapi, pagi tadi, saket tu jadi balik.. Aduh! Sekarang kalau nak gerakkan kepala, kena jadi robot. Dengan badan² sekali turut tertoleh, I mean.. ikut bergerak. Jarang sangat kena sakit macam ni, sebab tu agak confius apa petua yang perlu guna. Kalau sehari tak apa, boleh tahan. Bila dah masuk hari ke2 ni macam tak tahan pulak.

Pagi tadi, bayar toll pun 1st time tak pandang muka akak penjaga toll yang manis tu. HUHU.. mesti dia ingat saya sombong. Errr.. Kakak, saya tak sombong lah, saya sakit leher, tak boleh pandang kiri kanan. Kena pandang depan saja.. T_T


Sampai saja dekat meja bekerja pagi tadi, terus minta bantuan abg google. Kot² dia boleh tolong kasi kurang kan.. Ehem.. terus panggil abang nak mintak tolong punya pasal.. HAHA..

Oklah, marilah saya kongsikan sedikit tips yang abg google bagi.. Saya rasa byk kaedah yg boleh digunakan. Ada kaedah traditional, mahupun moden. Kalau moden pergi jumpa doktor saja. Habis cerita. Ehem..

Ini pula adalah salah satu jenis rawatan yang di ambil dari sudut pandang agama Islam. Senang jek rupanya eh.

Merawat
Sakit leher/tengkuk ketika bangun tidur(salah bantal)

1-Baca Bismillah….
2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih. Source: intro2u.net



Kalau ikut petua nenek, moyang, cucu, cicit pula, nak² kalau yang duduk dekat kampung, dorang suruh jemur bantal yang kita guna kan tu. Esok pagi kalau sakit lagi saya nak cubalah. Kot² mujarab kn.

Dekat sini, saya letakkan beberapa faktor punca kesakitan ini terjadi:


  1. Bekerja dan duduk terlalu lama di hadapan komputer tanpa ada pergerakan badan.
  2. Berat badan yang tak seimbang. Contoh: kepala seberat 16 paun adalah bahagian tubuh yang tergantung sepanjang hayat manusia. Jika seorang individu berjalan atau berdiri secara bongkok, ia akan mengganggu postur.
  3. Kedudukan tidur yang salah
  4. Kurang amalkan senaman.
  5. Elakkan tidur di atas tilam yang lembut.



Hurm, melalui punca dekat atas ni, saya rasa semua faktor di atas adalah punca kepada sakit leher saya ni. Oleh yang demikian, kerja keras dalam amalan diet perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan senaman. :pandacloud_21:

Majulah kesihatan demi kesejahteraan hidup yang sihat. Jom kongsi petua yang korang ada. Jgn segan² ok.

Tips Putus Cinta. Jangan mengalah pada cinta.

Salam to all readers.
:pandacloud_45:Siapa tak pernah alami perasaan putus cinta, sila angkat siku? mungkin ada sebilangan dari kita semua tak pernah pun mengenali apa itu cinta. Tapi ada jugak kebanyakkan dari kita pernah mengalami kekecewaan dalam sesuatu perhubungan. Saya juga pernah alami nasib yang sama dengan korang yang sedang putus cinta. Tapi masa tu saya rasa tahap permikiran saya belum matang dengan secukup rasa. Jadi, masa tu, hanya air mata menjadi peneman setia. T_T itu waktu muda belia dulu lah. Kalau situasi itu berlaku sekarang, mungkin saya jadi kuat sikit kot. Sikit sajalah mungkin.. Tak tahu lagi mcmana.


Jangan kata putus cinta, putus tak bercinta pun saya pernah rasa. Tapi rasa tuh saya simpan sajalah dan biarkan kenangan itu berlalu bersama masa. Namun, saya kerap termimpikan dia pulak sekarang. Tak tahu kenapa. (By syg, by tahu kan sapa, jgn terasa okeh kalau baca) =D

Putus cinta atau dalam bahasa pasar couple adalah "clash" atau "break up". Eh, ada beza jugak antara dua perkataan tersebut. Bagi saya lah, perbezaan dia adalah:

:pandacloud_10:"Clash" = Korang putuskan hubungan terus. Tak dak sambung² lagi.
:pandacloud_10:"Break up" = Korang macam rehatkan hubungan. Kiranya, lepas masing² cool, baru sambung balik. Ini mmg kerap sangat terjadi di kalangan pasangan bercinta yang serious tapi bergaduh. eheh.. :D


Apa yang penting, kita jangan mengalah dengan perasaan, andai kata hubungan itu masih baru tapi dah nak putus, percayalah itu bukan lah cinta sejati yang korang cari. Tapi andai kata hubungan tu dah dibina bertahun², selamatkanlah selagi rasa masih mampu untuk diselamatkan. Cuma, jgnlah sampai maruah dan ego korang di pijak². Ada batas jugak macamana hendak control situasi macam ni. Kalau terpaksa putuskan juga, perlu diINGATkan disini, kawalan minda dan perasaan sangat penting. Jangan pulak kau pergi serang bekas kekasih kau dekat asid. Atau terhegeh² macam Dani kejar Maya. HAHA. ok².Ini Serious.

Di sini ingin saya kongsikan cara-cara rawatan kesembuhan cinta yang mungkin boleh diaplikasikan suatu masa kelak :D


  • Berdoa, solat jangan tinggal (itukan memang wajib), berzikir dan mengaji. Tak di nafikan, kita mungkin cepat lalai dan leka ketika melalui saat² gembira dan bahagia. Sebenarnya kita sering terlupa tentang kekuasaan Allah yang telah mentakdirkan setiap Jodoh, pertemuan dan perpisahan. janganlah lupa kita titipkan doa untuk bekas kekasih kita, tak kira berapa jahat sekali dia. Doakan kebahagiaan dia. Mengaji dan berzikir adalah salah satu aromatherapy jiwa kita sendiri. InsyaAllah, kita akan tenang untuk hadapi ujian jiwa ini.
  • Sertai kegiatan yang mengembirakan diri Sendiri. Buatlah apa sekali pun, tapi masih berlandaskan akal fikiran manusia. Mungkin utk perempuan, korang boleh pergi shopping ke, bercuti ke, atau buat drift dekat trek yang dibenarkan. Jangan buat dekat jalan raya ya, boleh membahayakan orang ramai :D. Untuk lelaki pulak, korang tak yah susah² pergi terus ngorat awek lain.. HIHI.. atau nak lebih gah lagi, pergi main flying roller coaster dekat Genting Highland, atau pergi panjat gunung kinabalu. Okeh, dah setat makan kerepek.

  • Pergi jumpa member kamcing korang yang dilupakan semasa hangit bercinta. Perasan tak, ada jugak sesetengah org tak ingat langsung member masa tengah hangit bercinta. Member ajak lepak, mentah² di tolak. Sian member. Hah, lepas ni pergi cari balik member² geng main guli dulu tuh, pergi mintak ampun maap. Lepastu, anjurkan satu doa selamat sebab kau dah sedar atas kesilapan yang lalu sbb lupakan member. Kiranya doa selamat tu macam ko belanja member yang telah lama ko lupakan.

Itu adalah serba sedikit rawatan sebenarnya ada byk lagi rawatan yang korang sendri boleh cari dari dalam dlm diri sendri. Janganlah ingat bila dah putus cinta, dunia korang pun dah berakhir. Tidak ok, fikirkan keadaan sekeliling korang. Korang masih ada ibu, ayah, abg, kakak, adik kawan². Gunakan masa yang ada untuk perbaiki hubungan korang dengan keluarga.

Sewaktu bercinta dulu mungkin pernah korang lakukan kesilapan yang membuat pasangan korang rasa macam nak hentak² kepala dekat dinding (Stress). Jadi, pelajarilah kesilapan² yang pernah dilakukan. Pelajari dan perbaiki setiap kesalahan. Jangan ulangi andainya korang bertemu cinta seterusnya. Dan kita kena buang ayat ini "lelaki semuanya sama saja" atau "perempuan semuanya macam tuh". Tak semua ok.. Kalau putus cinta tu jangan laa salah kan satu pihak saja, kita gali balik salah silap kita sebelum ni. Jangan sesekali ingat diri kita terlalu perfect. Tak ada manusia yang perfect dekat dunia. Cuma kesilapan lalu, boleh diperbaiki utk masa depan. Itu yang penting.

Psssstttt, Meh laa kongsi dekat sini macamana korang handle perasaan perit semasa melalui masa-masa putus cinta? Senang kah nak terima kenyataan korang direject??


Oklah, habis membebel. Selamat tengahari.

Bioglo| ClearPore Deep Cleansing Mask

Maaf kualiti gambar sgt kurang memuaskan.
ClearPore Deep Cleansing Mask ini sudah lama saya beli.. Tak silap saya, cuma sekali dua saja sempat saya gunakan mask ini. Bukan sebab apa, muka saya agak sensitif dengan mask jenis tarik-tarik. Macam Bioglo mask ni laa..

Entry ini terbina setelah saya membaca sebuah entry yang dihasilkan oleh raracandyfloss.com. hurmm, seperti gambarajah diatas, rara meminta saya utk menggunakan semula mask ini. Utk sama-sama kita lihat hasil. Ok ke tidak.

//heh rara, akak guna balek.. nnt kita tengok hasil sama-sama okeh. :D

Oklaa, atas pujukan itu juga, saya telah memujuk diri sendri guna balek mask ini malam td. Bayangkan laa, saya tempek mask ini sekitar pukul 2 pg mlm td.. Saya sendiri takut tengok muka saya.. haha.. ok², korang nak tengok muka saya hitam legam?? mahu..mahu?? tunggu sampai akhir entry okeh..

Punyalaa lama saya tak bukak botol mask tuh, bila buka saya tengok habis mask jd keras. yaa, keras tataw kenapa.. tapi usaha nak guna tu tetap berterusan.. sehabis tenaga saya memicit sampai keluar cecair mask. Hampir keras juga, tp tetap saya tempek. masa tempek tu baru la mcm lembut sikit..

Habis jek tempek sana-sini, saya konon-konon buat-buat tido.. Bukan konon-konon okeh, sambil bermain msj dengan En Jebard, saya tertido juga akhirnya.. pheuuw.. nasib baek tak tdow nyenyak. Kalau tak mahu sampai ke pagi muka hitam legam.

Cukup sentengah jam berbaring, dan rasa masker kat muka pn sudah kering.. saya dengan sedaya usaha membuka mask tuh.. Mak aihh.. sbb tu saya tak suka guna masker jenis tarik². Sampai meleleh air mata juga laa nak tarik sampai hbs masker tuh. Hurmm, paleng saya risau bila ada sikit² mask yang terlekat pada bulu kening tuh.. Risau tercabut bulu kening, nanti jadi OKU pula kening saya..

Hampir setengah jam saya membuka mask, mana tak setengah jam.. Tarik-tarik, berhenti ambil nafas, baru tarik balek.. T___T muka saya mmg jenis sesitif kot.

Hurmm, tapi hasilnya mmg sangat-sangat puas hati. Sebabnya habis segala black and white head hilang.. haha.. Tak di nafikan mmg bgus masker jenis mcm ini. Cuma lepas ini kalau mahu gunakan lagi, kenalaa tahan jangan sampai menanges.. T__T



harap-harap uoll tak takut lihat hitam wajah ini. T___T hitam itu menawan apa..
Feez's Note: Lepas ini kena beli baru laa. Tak larat nak picit-picit mask yang hampir keras itu.

Penangan teh halia

Samat petang, sudah minum petang? saya sudah. heh. kebetulan hari ini macam biasa stay back dekat office sampai malam menjelma. kebetulan malam ini ada aktiviti malam Jumaat. heh, kau ingat apa? selepas baca yassin bergegas pergi berbesminton bersama² rakan di USJ 23.. Kebiasaan macam tu laa.. aktiviti besminton tak luput dalam ingatan.

Seperti biasa juga, jikalau saya stay back, mesti ada aktiviti minum bersama atau dalam erti kata laen, keluar minum petang di restoran kegemaran kami iaitu Bidara, bukan bidadari okeh..

Hari ini saya mencipta sejarah awal dan belum tentu akhirnya.. oleh kerana perut seperti berbaur angin, angin kus-kus berbunyi-bunyi.. saya memberanikan diri utk bermain memesan minuman teh halia.. 
Rupanya seakan yang ini, tapi yang ini bukan orignality.. ini Mr Google yang beri

ouuuhh.. sedangkan bila tergigit halia kau dah macam hape, ini kan pula meminumnya.. En Botak cakap minuman itu sedap, saya rasa sangat was-was.. sesampai saja minuman yang di pesan, saya mencuba utk menghirup sedikit.. lepas sedikit lama² bukan maen ko hirup sampai habis.. ngeh :D

Dan sekarang, selesai dan tamat sudah hirupan terakhir, hehe.. macam biasa, terkentut-kentut tak henggat oleh kerana penangan sang halia.. sendawa plak gila ya amppuuunn.. hampir-hampir terkeluar balek.. ko mmg x sekawan ngn badan aku ke halia? baru masuk nak keluar..

Harapan saya, semoga angin kus-kus badan cepat hilang dan tiada berangin lagi sampai bila-bila.. tapi macam kena amalkan gaya hidup meminum teh halia setiap hari pulak kn? 

Errr, anda sumua pembaca budiman, ada tak tips laen utk hilangkan angin dalam badan??

Jgn Sedut kalo x mampu beli..

Assalamualaikum.. sebelum meneruskan bacaan ini, terlebih dahulu feez nk mintak maap kot2 ade yg terase hati kn.. hehe.. x berniat pn taw..

haih.. rase2 nye entry kali neh agak panas, sepanas sedutan die.. hehe.. jgn salah sangka, feez bkn nk menghentam org yg merokok.. bkn.. bkn.. mmg x de niat.. bg feez merokok adalah hak milik peribadi individu.. Incik bard ♥ sendiri menyedut asap x sihat neh.. tp tu sume tolak ketepi laa.. sape isap sape x isap.. cume feez teringin nk meluahkan sesuatu..

Luahan yg x terluah.. rase mcm nk hampuk kepala org yg jenis mcm neh.. tajuk pn da menerang segalanya.. oklaa.. straight to da point.. Soalan yg pertama, kenapa perlu merokok kalo suka pow rokok org laen? alahaaaiii, lemah laa weih.. setiap kali jmpe, mst nk pow.. cube laa consider sikit.. ingt rokok tu beli pakai daun ke.. takat sebatang tu kre ok laa.. tp kalo dua, tiga, empat, lima pastu kira sendiri laa.. hehe.. mane laa nk cekau weih.. cm kena tanggung rokok dia plak kn? alaa.. kalo mmg time tu rokok die da abis, xpelaa.. mmg ptt kwn tlng kwn.. tp, xkan everytime jmpe.. rokok ko hbs eh? pelik jgk kn?

ouchhh... ada yg terasa ke neh? sorry laa beb.. feez xde laa nk ngutuk atau mengata sesape..
tp tpu laa kalo antara di antara kwn2 kita x pernah berkelakuan mcm neh..

dan pertanyaan feez, mcmane korang handle perangai kwn yg jenis gini?
tlng tinggalkan jwpn kt kotak komen yg cun tuh..

kita semua sedia maklum, keburukkan merokok mcmna kn? tp kalo dah menghisap rokok pn senang mendapat penyakit, jgn laa mencari penyakit laen dengan member sendiri lak kn?

ok, kt sini ade la sikit info setelah penat lelah diri ini mengoogle td.. =)
Info-info mcm neh pn da byk kali dikeluarkan oleh jabatan kesihatan dan kementerian.. =)
tp hari ini biar laa feez plak jd klinik kesihatan lak eh? haha.. jm tngok =)

Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Hehe, semoga anda2 yg merokok terbuka hati laa nk berhenti.. oppss.. entry ini jgk khas utk Incik Bard ♥ hati saya.. feez xleh nk pakse.. kalo hati dah terbuka nk benti, teruskan niat anda.. jgn mudah putus asa..

dan kepada sahabat yg berkelakuan ganjil-suka-mintak-rokok-dekat-sahabat dia.. ubah laa sikap anda.. kalo x mampu beli, senang citer benti jek.. xyah merokok.. bdn pn sehat.. ;p
jgn terasa weih.. aku x mengata sesape.. sape mkn petai, mulut dia yg bau busuk taw..
haha.. peace bebeh..

sebelum berundur diri, mari laa saksikan poster kt bwh neh..


tarra, katakan xnak pada incik rokok.. =)
p/s: sorry sgt2 ya.. ini bkn serangan peribadi.. kalo ada antara kwn2 yg nk beri komen, feez sedia menerima.. thanks..