Hello, marshimellow.
Assalamualaikum.
Tajuk kemain kau. Ye la, dah tua bangka baru laa berpeluang masuk universiti. Tapi tu laa makin tua makin malas pulak.
Waktu dan ketika ini, saya berada di 2nd Semester of final year. Dari tahun lepas kemain kauu final year, tapi dah kantoi 2 subject. Padanlaa muka. So sem ni, just retake 2 subject ni je laa. Semoga berpeluang lulus dengan jayanya. Target for A for both subject. InsyaAllah. Impian haruslaa besar.
Untuk semester ini, saya akan memasuk peringkat umur 29 tahun. ternyata umur memainkan peranan yg sangat penting ye hadek hadek. Aku peratiii je anak-anak, adik-adik zaman sekarang masuk universiti. Macam-macam peel dan ragam, dan boleh nampak sangat korang ni kategori freshie. HIHI..
Takpe laa, akk tak kisah lagi. Sejak sambung belajar waktu usia 25 tahun sampai sekarang, saya dapat merasakan perubahan yang teramat berubah. Mungkin hormon selepas berkahwin kot. Effect juga perangai kat universiti. HIHI.
Sejujurnya (lagiii) waktu umur yg begini, saya lebih memikirkan ekonomi rumah tangga yg perlu di perbetulkan. kalau dulu, merata ajak kwn2 makan sana sini dan merata juga saya ikut mereka makan di sana sini. tapi selepas berkahwin, kalau pergi makan tempat best2 sikit, mula laa teringat2 dekat suami.. yang bertungkus-lumus bekerja, aku pulak habiskan duit, HAHAHA.
Ye laa, suami kerja siang malam pagi petang, weekend pun kadang-kadang kerja, cuti sekolah apa ntah lagi kan. Rasa mcm tak sanggup pulak nak berjimba mcm dulu.
Selain daripada itu, factor yg banyak effect kehidupan universiti saya sekarang adalah campuran kerja rumah dan kerja sekolah. Kerja rumah tu takde laa banyak sangat, tapi bila dah terbiar lama-lama jadi banyak laa. Contohnya, lipat kain. Huahua.. paaaling malas sekali.
Agaknya, sebab tu Allah tak beri rezeki anak buat kami lagi. Tanggungjawab saya dan suami sesama sendiri belum dapat catch up lagi. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala hajat kami.
- Nak habiskan belajar on time (InysaAllah on May 2015, grad Aug 2015)
- Nak cari kerja sebelum final exam last semester (kalau boleh nak start kerja on 1st June)
- Nak grad
- Nak itu ini. dan macam-macam lg.
Showing posts with label MMU. Show all posts
Showing posts with label MMU. Show all posts
3rd Class.
Cik Puan menaip
Feeza Mior @ Eteqcute
Assalamualaikum wbt and good day.
Hari rabu kan hari ni??? Which means my 1st class for morning. Hari lain kelas semua start tengahari. Hari ni saja yang pagi. Habis kelas sekitar pukul 11 then ada pulak kelas bersambung pukul 3 nanti. But my lect said nak gabungkan kelas dengan lagi satu kelas.
Bila dah bergabung, terlebih ramai pulak dan bilik yang sejuk pun tak rasa mcm sejuk. Wuuu, my lect mcm menyesal jgk laa gabungkan kelas hari ini, and she said "next class will be a normal" HEHE.. CUTE.
Kelas pagi yang pertama ni memerlukan kudrat yang lebih untuk bangun pagi. Bukan tak biasa pun nak bangun pagi, biasa bangun pagi tapiii mandi tengahari.. HAHA, tapi hari ni totally changed. Bangun pagi, tapi terus mandi. Then siap2 g kelas pulak tu.
Pegi kelas satu hal, kena jalan kaki and ambil masa kurang-kurang pun 15 minit nak sampai fakulti. Oh mennn.. My friend, Tirah dah berjalan huyung hayang. Masing-masing berjalan sambil tidur. Anda pernah lakukan??
Wuuu, mcm-mcm dah rasa sekarang. For this short semester we have only 8 weeks to capture all the ilmu. I feel like, excited jugak laa.. Ye laa, sblm ni mana pernah rasa uni life kan? Dah tua-tua ni baru dapat rasa.
Alhamdulillah, semoga di permudahkan segala-galanya. Amin.
The end of May. New life, new mood, new focus!
Cik Puan menaip
Feeza Mior @ Eteqcute
Assalamualaikum..
![]() |
| Gambar hiasan. |
Tajuk dah gempak.. HAHA.. konon laa tuh..
Hey, Selamat berhujung minggu semua. Selamat bercuti sakan, Selamat juga bershopping sakan.. Sbb dah gaji kn? hahaha..
hurmm, nak cakap apa? saja jek nak bikin 1 entry pendek pada hujung minggu. Sebab saya jarang sangat merajenkan diri menaip pada hujung minggu. Kecualilah dekat FB.. Konon hujung minggu kena bercuti dari segala-galanya.. HAHAHAHAMPAS.
Esok, saya akan bertukar rupa. Dari seorang cantik berkerjaya, kepada rupa seorang pelajar yang skema.. HAHA.. bestnya kalau dapat berlakon masuk kelas ala² skema macam dalam drama tuh. Konfem kena buli. Nak-nak dengan student lelaki yang handsome.. Weh.. haha.. Orang suruh belajar lah, bukan menggatal. Okay-okay.. Fokus!!
Perkataan fokus tu saya selalu sangat saya sebut-sebut sekarang. Sampai kawan-kawan Getzzone tergelak-gelak sbb saya tak berhenti sebut perkataan fokus. Saya kena lebih fokus, sebab sewaktu kerja dulu, kau pergi kerja lepas tu kau stress waktu kerja saja. Balik rumah lepas tu kau dah boleh huuuuhaaaa dah. Tak payah susah-susah nak fikir kerja apa kena buat lagi lepas tu melainkan kerja rumah seperti membasuh, mengemas, memasak, menyusukan anak.. :D
Sekarang, bila diri bertukar macam oltromen taro bertukar nak selamat kan bumi menjadi student, kepala otak mmg kena aktif 28 jam. Tiap-tiap pagi bangun kena pergi kelas, masuk kelas, jumpa pensyarah, prepare for kuiz, tutorial, assignment, kelab lagi.. Adoiii.. Haha.. tapi tak tipu, kehidupan sebagai pelajar adalah satu perkara yang paling enak di dunia. Tak perlu fikir macamana nak cari kaedah sara hidup yang berkesan.. Macamana nak bagi hidup senang lenang, nak bayar bil itu ini, nak beli barang dapor utk rumah, dan sebagainya. Itu semua cabaran lepas study lah.
So, bagi saya mana-mana kehidupan dekat atas ada pro and conts dia. Kau dah belajar, kena lebih fokus utk score seberapa baik yang kau boleh. Sebab kena ingat, kau study ada orang tanggung. Bukan duit sendiri. Jangan nanti ada orang kecewa sbb selalu sangat main-main. Dari tadika sampai ke universitas kau nak main-main. Bila masa kau nak serious dalam hidup. Bila masa nak happykan parent engkau? Ini kata-kata cabaran utk diri sendiri.
Esok adalah hari pendaftaran. Seminggu sessi orientasi dijalankan. Harap-harap dapat jugak laa saya mencoretkan serba sedikit catatan pada minggu hadapan.. Kalau masa mengizinkanlah..
Saya akan merindukan rakan-rakan blog, twitter, FB saya kelak.. Kalau utk kawan-kawan dekat dunia realiti, dorang langsung tak rasa nak rindu, sbb dorang kata "eleh, macamlaa kau nak belajar dekat Penang ke, Sabah ke, Cyber tu macam jauh sangat laa kn dari sini." Hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)


