Showing posts with label Student Life. Show all posts
Showing posts with label Student Life. Show all posts

3rd Class.

Assalamualaikum wbt and good day.

Hari rabu kan hari ni??? Which means my 1st class for morning.  Hari lain kelas semua start tengahari.  Hari ni saja yang pagi.  Habis kelas sekitar pukul 11 then ada pulak kelas bersambung pukul 3 nanti.  But my lect said nak gabungkan kelas dengan lagi satu kelas.

Bila dah bergabung, terlebih ramai pulak dan bilik yang sejuk pun tak rasa mcm sejuk.  Wuuu, my lect mcm menyesal jgk laa gabungkan kelas hari ini, and she said "next class will be a normal"  HEHE.. CUTE.

Kelas pagi yang pertama ni memerlukan kudrat yang lebih untuk bangun pagi.  Bukan tak biasa pun nak bangun pagi, biasa bangun pagi tapiii mandi tengahari..  HAHA, tapi hari ni totally changed.  Bangun pagi, tapi terus mandi.  Then siap2 g kelas pulak tu.

Pegi kelas satu hal, kena jalan kaki and ambil masa kurang-kurang pun 15 minit nak sampai fakulti.  Oh mennn..  My friend, Tirah dah berjalan huyung hayang.  Masing-masing berjalan sambil tidur.  Anda pernah lakukan??  


Wuuu, mcm-mcm dah rasa sekarang.  For this short semester we have only 8 weeks to capture all the ilmu.  I feel like, excited jugak laa..  Ye laa, sblm ni mana pernah rasa uni life kan?  Dah tua-tua ni baru dapat rasa.

Alhamdulillah, semoga di permudahkan segala-galanya.  Amin.

Day 1 - MMU Cyber Registration day.

Alhamdulillah, evertyhing going smooth and the time going so faster than berfore.  Tiba-tiba je dah habis hari pendaftaran dan Orientation day 1.

Banyak benda tahu hari ni.  Dan harap-harap dapat belajar banyak perkara lagi pada masa mendatang.

Rasa sedikit "sakit rumah" atau sgt familiar dgn perkataan Home Sick.  Ahakss..  Saja haku nak rasa home sick even study tak berapa nak jauh beribu batu dari rumah.

Roomate best.  Walaupun aku antara paling tua yg register hari ini..  But is sokayyy, caused ada orang ingat aku budak baru umur 23 tahun..  Wahhhh, itu umur 2 tahun lepas kot.  HIHI

Fasilitator pun okayy, aku dpt group num 5.  Agak slow punya group..  AHAAHAHA..  Selamber kutuk group sendiri.  Tapi we alls do very the best.  

Malam jumaat nanti ada persembahan drama.  And tell you what, i'm going to be gang ster.  Wakaka..  Ehhh, jgn pandangku sebelah mata..  Nnt ku letak video lakonan ku di sini.  HIHI.

Esookkkk, kena bangun awal caused kena berkumpul sangat awal untuk solat subuh.  Biasalaaaa, dah nama orientasi, kena jd budak2 sangat2.  Kena jd riang lebih kanak-kanak..

TATA, till then.  Mwaxxxx

The end of May. New life, new mood, new focus!

Assalamualaikum..

Gambar hiasan.
Tajuk dah gempak.. HAHA.. konon laa tuh.. 

Hey, Selamat berhujung minggu semua.  Selamat bercuti sakan, Selamat juga bershopping sakan.. Sbb dah gaji kn? hahaha..

hurmm, nak cakap apa? saja jek nak bikin 1 entry pendek pada hujung minggu.  Sebab saya jarang sangat merajenkan diri menaip pada hujung minggu.  Kecualilah dekat FB..  Konon hujung minggu kena bercuti dari segala-galanya.. HAHAHAHAMPAS.

Esok, saya akan bertukar rupa.  Dari seorang cantik berkerjaya, kepada rupa seorang pelajar yang skema.. HAHA.. bestnya kalau dapat berlakon masuk kelas ala² skema macam dalam drama tuh.  Konfem kena buli.  Nak-nak dengan student lelaki yang handsome.. Weh.. haha.. Orang suruh belajar lah, bukan menggatal.  Okay-okay.. Fokus!!

Perkataan fokus tu saya selalu sangat saya sebut-sebut sekarang.  Sampai kawan-kawan Getzzone tergelak-gelak sbb saya tak berhenti sebut perkataan fokus.  Saya kena lebih fokus, sebab sewaktu kerja dulu, kau pergi kerja lepas tu kau stress waktu kerja saja.  Balik rumah lepas tu kau dah boleh huuuuhaaaa dah.  Tak payah susah-susah nak fikir kerja apa kena buat lagi lepas tu melainkan kerja rumah seperti membasuh, mengemas, memasak, menyusukan anak.. :D

Sekarang, bila diri bertukar macam oltromen taro bertukar nak selamat kan bumi  menjadi student, kepala otak mmg kena aktif 28 jam.  Tiap-tiap pagi bangun kena pergi kelas, masuk kelas, jumpa pensyarah, prepare for kuiz, tutorial, assignment, kelab lagi.. Adoiii..  Haha.. tapi tak tipu, kehidupan sebagai pelajar adalah satu perkara yang paling enak di dunia.  Tak perlu fikir macamana nak cari kaedah sara hidup yang berkesan.. Macamana nak bagi hidup senang lenang, nak bayar bil itu ini, nak beli barang dapor utk rumah, dan sebagainya.  Itu semua cabaran lepas study lah. 

So, bagi saya mana-mana kehidupan dekat atas ada pro and conts dia.  Kau dah belajar, kena lebih fokus utk score seberapa baik yang kau boleh.  Sebab kena ingat, kau study ada orang tanggung.  Bukan duit sendiri.  Jangan nanti ada orang kecewa sbb selalu sangat main-main.  Dari tadika sampai ke universitas kau nak main-main.  Bila masa kau nak serious dalam hidup.  Bila masa nak happykan parent engkau?  Ini kata-kata cabaran utk diri sendiri.

Esok adalah hari pendaftaran.  Seminggu sessi orientasi dijalankan.  Harap-harap dapat jugak laa saya mencoretkan serba sedikit catatan pada minggu hadapan.. Kalau masa mengizinkanlah.. 

Saya akan merindukan rakan-rakan blog, twitter, FB saya kelak.. Kalau utk kawan-kawan dekat dunia realiti, dorang langsung tak rasa nak rindu, sbb dorang kata "eleh, macamlaa kau nak belajar dekat Penang ke, Sabah ke, Cyber tu macam jauh sangat laa kn dari sini."  Hehe..

Okay, tadi kata nak buat entry pendek, skrg nahhh.. rasakan pendek tak pendek.