Showing posts with label berkahwin tapi masih belajar. Show all posts
Showing posts with label berkahwin tapi masih belajar. Show all posts

Tips: Persediaan perkahwinan untuk bakal pengantin yang masih belajar

Assalamualaikum.

Buat adik-adik yang masih belajar, tapi bila jodoh dah sampai, Allah dan tentukan, kita buat mcmana pun jodoh tu tetap dah sampai. So that, kita as a student yg full time yang takde income harian dan bulanan, yang masih mak ayah support kena get ready, physically mentally.

First thing akak nak cakap dan nasihat, kita tak payah laa buat grand grand. Cukup ala kadar. Melainkan kalau mak ayah yang nak grand, kita ucapkan syukur Alhamdulillah saja. tapi jangan melebih, apa mak ayah nak bagi kita terima. Semoga makin murah rezeki mak ayah kita.

Tapiii, kalau adik-adik kategori berada, akak pun tak kisah. :)

Macamana nak start untuk preparation?

First of all, sila list down segala nama kawan-kawan yang kita nak jemput. Menjemput ni biasanya org akan jemput selewat2nya sebulan awal, tapi kita list down je dlu kawan-kawan kita. Jujur akak cakap, akak sendiri ada tertinggal jemputan kawan2 yang tak dijemput. Sadissss sgt. haihh
List down awal. Bila teringat, terus catat dalam buku khas. Kalau rajin terlebih2 boleh mintak alamat sesiap utk jemputan yang jauh. Save dalam word.doc untuk print nnt. senang!

Kad tak payah print banyak-banyak. Sebabnya, dah ada FB events invitation kan? kalau orang nak kad baru kita bagi. Bukan bermakna kita tak ikhlas menjemput. Tapi ada sesetengah orang dah x berapa gemar nak kad sebab nanti sayang nak buang. HUHU

List down keperluan antara nikah dan sanding. Cari contoh-contoh gambar untuk kesemua keperluan kita. so that, kita senang nak refer. Contohnya, design pelamin, baju, warna tema dan semuanya.










Seperti contoh untuk nikah. Apa yang penting:

- Tarikh nikah (make sure tak bertindan dengan waktu exam ye)
- Baju nikah both (Laki Perempuan)




- Duit Mas kahwin & Hantaran
- Dulang hantaran (Discuss awal-awal berapa dulang termampu)
- Bantal nikah
- Warna tema
- booking tok kadi dan saksi
- borang nikah (kena settle awal bagi pihak lelaki, lepastu pihak lelaki akan past ke perempuan utk urusan booking tok kadi dan wali bersama 2 orang saksi akan tandatanggan borang depan tok kadi sewaktu booking nnt)
- Makanan untuk jemputan (make sure jemputan dah ditetapkan berapa ramai, nnt takut makanan tak cukup. huhu)
- Bahagikan tugas sesama ahli keluarga yang lain. Jangan buat semua sorang-sorang. Kita tak mampu dik nonn. nanti kita yang stress.


dan, secara jujurnya, kebanyakkan pengantin perempuan laa yg akan menguruskan semuanya. HAHAHAHA. nasib laaa.

Keperluan hari persandingan:
- Pelamin, mak andam, baju pengantin,
Credit to owner pict
                                     
- Warna tema
- Bunga tangan
- Goodies bag
- Pengapit, bridesmaid, baju atau kain utk bridesmaind (kalau ada budget ye)
- Baju-baju keluarga (biasa parents laa yang akan keluarkan duit utk ini)
- Baju-baju saudara mara
- kompang
- DJ
- Katering
- Bilik pengantin. Untuk yang tak nak hias bilik pengantin, korang boleh gunakan resolusi lain. Contohnya seperti, boleh sewa hotel or budget hotel untuk bersiap. Cari yang berdekatan dengan tempat yang akan berlangsungnya kenduri nanti.
- Kad kahwin
- Kek Kahwin



Cuba amik masa waktu cuti semester sebelum berlangsungnya majlis untuk buat sikit-sikit preparation ni. Jangan buat semua serentak dan last minit. Macam kalau kita nak exam esoknya, baru study hari ini. Silap-silap tak jadi amik exam esok, pergi cari MC. hehehe.

Nanti hakak list down segala belanja akak untuk majlis akak yang lepas ye. InsyaAllah masih ingat lagi. dan akak akan ajar, mcmana nak buat majlis dalam keadaan budget tapi meriah dan tak membazir.

Referring to gambar-gambar kat atas, semua ni akak cari kat google. tema macam mana, nak tema color apa, nak buat goodies macamana, nak buat deco macamana. So, sebenarnya senangnya. Idea dah ada sesiap. Esok-esok tinggal nak explain kat bridal je. Bagi gambar mcmni senang je dorang faham.

thanks for reading this. InsyaAllah, doakan kerajinan akak berterusan sehingga bila bila.

Best ke kahwin?

Assalamualaikum.

Have a blast Friday everyone.

Hmm.. hampir setahun menjalani kehidupan berumah tangga. Orang tua-tua bilang baru setahun jaggung.

Alhamdulillah, we ended our love story journey with 1 ikatan yg halal. 4 tahun bercinta melalui pelbagai onak duri dan dugaan yg tak seberapa.

Berkahwin dan dalam masa yg sama masih meneruskan usaha menamatkan pembelajaran di Multimedia Universiti Cyberjaya. Ramai orang tanya, tak nak tunggu habis belajar dulu ke? Tak nak simpan duit ke? Tak nak tunggu kerja dulu ke? Well, bak kata Sam Bunkface "when its time its time babe". Semua ni aturan Allah.

Bila masih belajar, walaupun umur dah nak hujung 20an. Saya masih lagi dikelilingi oleh kawan-kawan yang kebanyakkannya di awal 20-an. Bila berjumpa ramai yang tanya. Best tak kahwin? Dan kebanyakkan jawapan yg keluar dari mulut saya. Best!

Best tak best tu sgt laa general ye adik-adik. Bila dah kahwin ni, memang kehidupan kita totally berpindah ke satu suasana yang lain. Kalau dulu kita sorang-sorang je. Tidur pun sorang-sorang. Sekarang tidur berteman. Hihi.

Apa yang best?

Terus terang, di awal perkahwinan, tahap stamina saya tidak kuat. Maksud saya, dulu kalau nak sidai baju waktu duduk bujang, sidai untuk sorang je, sekarang baju jadi double. Dari sidai, lipat, susunatur, kekemasan. Semua double. Nampak senang kan? Tapi awal2 kan, memang belum biasa. Sekarang dah pakar tau.

Dari segi kesefahaman. Yg ni mmg kena dalami betul-betul. Walaupun bercinta lama mana, once dah duduk sama-sama memang kena bina kesefahaman yang baru. Dulu belum dapat, kalau merajuk pun, kenalah pujuk diri sendiri. Lepas kahwin, kalau merajuk memang kena pujuk betul-betul.. kalau tak, dapur tak berasap.. hahahhaa.

Rezeki juga. Memang betul, bila berkahwin ni rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah. Walaupun bukan lah sampai tahap tiba-tiba terus jadi kaya raya. Tapi bila dapat rasa nikmat satu perhubungan yg halal dan bahagia yg dipinjam kan Allah ni, itu sudah cukup. Ada orang jaga kita, didik kita, peluk kita, tenangkan kita tanpa perlu rasa takut dengan dosa. Bila dah jadi isteri ni, nak elak dosa senang je. Jangan melawan cakap suami selagi segala arahan dia tak bertentangan dengan agama. Bila jadi isteri amatlah mudah dapat pahala sehinggakan kalau buatkan air pun, free2 pahala di tambah. Alhamdulillah.

Kesimpulan best tak kahwin.

Tentulah best. Kalau kita tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul. Tanggungjawab terhadap keluar dan mertua. Adik beradik.
Tanggungjawab terhadap kehidupan mendatang.