Showing posts with label Abg Bad. Show all posts
Showing posts with label Abg Bad. Show all posts

Journey 2014.


2014 akan pergi melabuhkan tirai. banyak kenangan sudah tentu. suka duka pahit manis hempedu. 

sedikit coretan sepanjang 2014. 

nah. memang awalnya kita rasakan dan sentiasa mendoakan sepanjang 2014 akan berlalu pergi dengan tenang dan penuh keriangan. 

genap juga setahun berumah tangga. Alhamdulillah. semoga bahagia yang di pinjamkan Allah berkekalan hingga akhir hayat kami. Di sini, saya coretkan juga perasaan saya sepanjang 2014. 

mohon jangan ada sesiapa tersentap, ini sekadar berkongsi perasaan saya. bukan bermaksud saya cemburu dan iri hati dengan keadaan tersebut. perasaan mana boleh paksa, dia lahir sendiri tanpa di pinta. 

January 
  • 14 Januari. Sambutan kecil-kecilan hari jadi suami yang ke 33. pertama kali sambut sebagai suami isteri. agak manis buat kami. Birthdaynya kali ni saya belikan kek sebijik sejiban macam kek perkahwinan kami. cuma corak ditukar sama sekali. flavornya saya order sama mcm kek perkahwinan. sebabnya, rasa ralat tak dapat rasa kek kahwin sendiri. HIHI. 

Februaru
  • Masih berdua dan menunggu perkabaran org ke 3. masa ini, saya belum period lg. memang sebelum kahwin lagi period saya tunggang langgang. cuma tetap akan keluar sebulan sekali wlaupun lewat. HIHI

March
  • Berbulan madu ke Pulau Langkawi. actually tak laa bulan madu sgt. lebih kepada melawat mak ndak saya di sana. Alhamudlillah. peginapan kami di Eco Resort yang berdekatan dengan kereta Kabel Langkawi di taja sepenuhnya oleh Mak ndak dan Pak ndak. Syukur.. Malam terakhir, kami menginap di rumah Mak ndak dan adakan sedikit sessi makan2 dan BBQ. 
  • Period datang buat pertama kali di awal bulan March. mengharapkan ada sirna. kononnya. tapi siapa tahu rezeki yang Allah rahsiakan kan?

April
  • Hidup berjalan seperti biasa. 
  • Period tetap lewat. Tiada period. hmm
  • Berkira-kira ke Perth bersama atol dan suami. sedang berkira-kira juga tarikh dan bajet yang sesuai. selepas perbincangan, tarikh sekitar october telah dipilih. tiket juga dibeli dengan segera. sementara murah kan. huhu
  • Suami bercuti hampir sebulan selepas melepaskan jawatannya sebagai designer di tempat lama. Allah know best. mungkin rezeki kami selepas kahwin. walaupun gaji d tempat baru agak rendah, tapi kami tetap bersyukur. janji kami happy, suami kurang stress. kurang gugur rambutnya. hehe

May
  • awal tahun di jalani penuh kegembiraan, suami membuat kejutan kekononnya, belikan kek sewaktu hari jadi saya. tapi dah terkantoi dulu sebab saya jumpa resit dalam beg plastik. HIHI
  • suami mula bekerja di tempat baru. Alhamdulillah.
  • sekitar hujung bulan, mendapat perkabaran duka. Rumah pakcik kepada suami terbakar di kampung. doa saja yang dapat kami mengiringi. 
  • Period kembali di hujung bulan. 
  • Sekitar hari ahad di hujung bulan May, sehari selepas kebakaran, saya mengikut suami pulang melawat kesan kebakaran. semua adik-beradik ipar termasuk emak dan abah mertua turut datang. sewaktu ini juga, kakak dan adik ipar saya berkongsi berita gembira. Mereka serentak sedang hamil dalam minggu ke 3 dan 4. Saya juga turut tumpang gembira dan berdoa, semoga ada juga rezeki kami nanti. :)

June
  • awal june, says amat sibuk dengan urusan saya di universiti. sedang berkira-kira mahu teruskan semester atau mulakan latikan praktikal. sebab subjek yang hanya tinggal 3 ini sepatutnya dihabiskan dulu, tetapi bila dah dok clashing, jadi tunggang langgang dah schedule. jadi selepas perbincangan dengan lecturer, saya berkeputusan untuk meneruskan latihan praktikal. walaupun agak tergesa2 tetapi Alhamdulillah, berkat pertolongan biras saya, Kak Ina, saya dapat tempat di Karangkraf Network. it such a good opportunity for me. indeed.
  • Atul berkongsi berita gembira. hamil lebih kurang 2 bulan masa tu. syukur ya Allah. penantian Atul sudah berjawab. saya masih menanti. 

July
  • Puasa dan akan menyambut hari raya. persiapan raya kami cuba sedaya upaya usahakan. sesungguhnya suami sgt di uji. dari segi kewangan terutamanya. waktu ini kami sedang cuba serasiakn aliran tunai dengan kehidupan kami yang agak sedikit berubah. ye la, saya baru praktikal, jadinya kewangan keluar agak laju masa tu. dari puchong ke shah alam sememangnya terasa jauh bagi saya selepas beberapa minggu berulang alik. di tambah dengan jammed dan tol. 
  • Sambutan raya juga kami sekat sama sekali. tiada baju baru yang berplastik2. kami lebihkan kepada aliran tunai untuk pulang ke kampung terutamanya bila ulang alik dari Penang ke Negeri Sembilan. phewww..
  • waktu ini, suami velum confirmed lagi untuk jawatannya. faham-fahamlah kalau dikira gaji hari mcmana. memang terasa sebenarnya. 

Aug
  • saya agak sibuk dengan praktikal. preparation report dan presentation juga. 
  • period kembali di penghujung aug.
  • Selepas raya, kami mula berpindah ke rumah sewa. Alhamdulillah. banyak jasa umi ayah dan adik2 bagi kami tumpang bertedung sementara. sekarang belajar hidup sendiri.

September
  • oleh kerana saya rasa agak stress memikirkan masalah period saya, saya membuat keputusan untuk mencari klinik yang sesuai dan boleh berkongsi perasaan saya. akhirnya, setelah google saya membaca beberapa review mengenai Pusat Rawatan Mesra. walaupun agak jauh dari rumah, saya cuba juga ke sana. Dari puchong ke serdang, sekurang-kurangnya ambil masa 20 minit. huuu
  • Di pertengahan september, saya menamatkan latihan praktikal saya. sesungguhnya saya tidak sukakan perpisahan. hubungan baru mulai rapat dan mesra. 3 bulan, macam-macam perkara saya belajar dan di ajar. 

October
  • mula bercuti. bertenangkan diri. 
  • Period datang awal october. rasa macam cepat pulak cycle kali ni. mungkin berkat saya amalkan Jus Delima Gulsan.
  • Bercuti ke Perth, Alhamdulillah. kalau sebelum ni mcm bermimpi jejak kaki ke negara orang. sekarang dah jadi realiti. memang rasa bersyukur sgt2. semoga ada lagi peluang dan rezeki kami di kemudian hari. insyaAllah

November
  • Di hujung november, saya mendapat khabar gembira dari sepupu yang baru saja berkahwin pada penghujung october. Isterinya hamil hampir sebulan. ya, sapa tak gembira. tetapi, berita tersebut umpama menyentap perasaan saya juga. mungkin terlalu sensitif. rezeki manusia kan berbeza2. itu saya pegang. Allah sebaik-baik perancang.
  • Penghujung November saya kembali ke Pusat Rawatan Mesra. mungkin akibat tersentap dengan perkabaran dari sepupu. saya rasa macam tak boleh berlenggah lagi. risau dan mcm2 perasaan bersarang. risau kalau2 ada penyakit yang tidak nampak dengan mata kasar.
  • kali ini doktor Rahaya scan perut saya. beliau mengatakan rahim saya dalam keadaan cantik. tidak nampak ada cyst atau pun sedang membengkak. dan sememangnya "kosong".
  • Doktor Rahaya membekalkan ubat turun period dan juga pil hormon Diane 35. secara mata kasar dari seorang doktor, badan saya mengalami gangguan hormon, jadi Doktor cadangkan saya membuat rawatan hormon dlu. InsyaAllah kita usaha dulu dengan cara begini. Alhamdulillah. mujur jumpa doktor Rahaya, yang lemah lembut, setiap perkataan yang dikeluarkan sangat lembut. memang senang berurusan dengannya.

December
  • awal december period mula turun selepas makan ubat turun period 5 hari berturut-turut
  • hari ke 2, saya mula amalkan diane 35 tepat pukul 10 setiap malam. kadang2 terlewat juga 10-20 minit. hehe..
  • 20/12/2014 setahun sudah menjalani hidup berumahtangga. suami seorang yang sgt bertanggungjawab. tempat saya menumpang kasih, tempat saya tumpang bahu bersandar, tempat berkongsi suka dan duka, menangis ketawa. setahun bersama, suami mula tahu gerak geri saya. bila saya akan menangis, bila saya tiada mood. Alhamdulillah ya Allah. 

Bergaduh beberapa kali itu perkara biasa. tapi suami seorang yang tidak suka panjang-panjangkan cerita. walaupun saya salah, dia yang akan datang memujuk. walaupun dia salah, dia juga yang akan datang pujuk. hehe. 

membebel bukan sifat saya, mungkin dari kecil saya banyak memendam. kadang-kadang terbebel juga. hihi.

semoga 2015 datang dengan membawakan perkabaran yang indah buat kami. kami tunggu ya Allah, jika rezeki kami pada tahun2 akan datang. semoga ada rezeki buat kami untuk merasakan perasaan menjadi ibu dan ayah.

mungkin betul, jika ada sesiapa terbaca post ini, yang belum menimang cahaya mata lagi. 3 atau 4 tahun masih menunggu. semoga kita sama2 sabar dan tabah menanti. jangan berhenti berusaha. insyaAllah di setiap kesulitan pasti ada kegembiraan dan kesenangan Allah akan lahirkan. 

Best ke kahwin?

Assalamualaikum.

Have a blast Friday everyone.

Hmm.. hampir setahun menjalani kehidupan berumah tangga. Orang tua-tua bilang baru setahun jaggung.

Alhamdulillah, we ended our love story journey with 1 ikatan yg halal. 4 tahun bercinta melalui pelbagai onak duri dan dugaan yg tak seberapa.

Berkahwin dan dalam masa yg sama masih meneruskan usaha menamatkan pembelajaran di Multimedia Universiti Cyberjaya. Ramai orang tanya, tak nak tunggu habis belajar dulu ke? Tak nak simpan duit ke? Tak nak tunggu kerja dulu ke? Well, bak kata Sam Bunkface "when its time its time babe". Semua ni aturan Allah.

Bila masih belajar, walaupun umur dah nak hujung 20an. Saya masih lagi dikelilingi oleh kawan-kawan yang kebanyakkannya di awal 20-an. Bila berjumpa ramai yang tanya. Best tak kahwin? Dan kebanyakkan jawapan yg keluar dari mulut saya. Best!

Best tak best tu sgt laa general ye adik-adik. Bila dah kahwin ni, memang kehidupan kita totally berpindah ke satu suasana yang lain. Kalau dulu kita sorang-sorang je. Tidur pun sorang-sorang. Sekarang tidur berteman. Hihi.

Apa yang best?

Terus terang, di awal perkahwinan, tahap stamina saya tidak kuat. Maksud saya, dulu kalau nak sidai baju waktu duduk bujang, sidai untuk sorang je, sekarang baju jadi double. Dari sidai, lipat, susunatur, kekemasan. Semua double. Nampak senang kan? Tapi awal2 kan, memang belum biasa. Sekarang dah pakar tau.

Dari segi kesefahaman. Yg ni mmg kena dalami betul-betul. Walaupun bercinta lama mana, once dah duduk sama-sama memang kena bina kesefahaman yang baru. Dulu belum dapat, kalau merajuk pun, kenalah pujuk diri sendiri. Lepas kahwin, kalau merajuk memang kena pujuk betul-betul.. kalau tak, dapur tak berasap.. hahahhaa.

Rezeki juga. Memang betul, bila berkahwin ni rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah. Walaupun bukan lah sampai tahap tiba-tiba terus jadi kaya raya. Tapi bila dapat rasa nikmat satu perhubungan yg halal dan bahagia yg dipinjam kan Allah ni, itu sudah cukup. Ada orang jaga kita, didik kita, peluk kita, tenangkan kita tanpa perlu rasa takut dengan dosa. Bila dah jadi isteri ni, nak elak dosa senang je. Jangan melawan cakap suami selagi segala arahan dia tak bertentangan dengan agama. Bila jadi isteri amatlah mudah dapat pahala sehinggakan kalau buatkan air pun, free2 pahala di tambah. Alhamdulillah.

Kesimpulan best tak kahwin.

Tentulah best. Kalau kita tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul. Tanggungjawab terhadap keluar dan mertua. Adik beradik.
Tanggungjawab terhadap kehidupan mendatang.

Hari Ini nak senyum saja.


Pagi ini saja nak sampai lewat ke tempat kerja. Sebab si dia tak de hari ni kn. uhuks..
tapi saya agak peliklah, biasa tiap2 pagi harung jammed sakan dekat toll puchong menghala ke sunway, mst mulut tak henti² mencarut.. HAHA.. hari ini, segala benda yang saya buat even terpaksa harung jammed yg sama jgk, saya senyum saja. :D Cuma, ada sorang pak cik cina yg agak tua memandu di hadapan saya terkena tempias sikit saja sebab lembs sangat nak masuk lane kanan. HUH

//Terimbas kembali hari Sabtu di LCCT..

Saya hampir2 menangis tahu tak? menghantar En Jebard sekeluarga utk bercuti ke Medan. Dalam hati terselit sedikit cemburu. Sbb tak dapat nk ikut pergi bersama.. (bukan ahli keluarga lagi). Saya hanya membantu dari segi penghantaran si dia bersama keluarga saja. Sewaktu bersalam dengan mak En Jebard pn mcm tu jgk. Entah kenapa sebak di hati terasa. Lambaian terakhir saya layangan sebelum berlari keluar dari LCCT. Malu seyh kalau orang nampak menangis nnt. T_T


//Hari ini

kemungkinan senyuman yg terukir pagi2 mcm ni kerana disebabkan menanti kepulangan dia. Mungkin lah.. Moga² semuanya selamat, dari segi penerbangan dan juga ketibaan.. InsyaAllah..
//Pagi tadi sempat titipkan SMS kepada En Jebard.

Syg, bby rindu sgt² kt by. 2 laa, bila dkt asyik gaduh je. Bila jauh baru lah nak rindu². HUHU..


Korang pun doakn laa yer. :D semoga dia sekeluarga selamat kembali ke tanah air. hmm, kami jarang jauh2 mcm ni. sbb tu menggila jd tak tentu arah. Dia best ah, beronggeng dekat sana. T_T. Nasib baik dia rasuah nk bagi hadiah dari sana.. HAHA.. terus senyap.

Nota tangan:
1. baru sedar tinggal lagi 8 hari (tolak cuti sabtu ahad) bekerja dekat sini. =D
2. Semalam saya tidur sangat awal utk hilangkan perasaan rindu dkt En Jebard. :D
3. Sorry lah kalau entry ni mcm tak kena dengan mood korang.. Mst ramai yg Isnin Biru :D

Kredit Pict: Flickr.com

Chili's Dan Mr IronMan 2.

Yeaayy, sudah dpt tengok IronMan 2. Hasil usaha Nida beberapa kali mencoba utk booking tiket hari selasa lepas. Ok hari ini hari khamis, baru dapat bikin entry setelah entry ini dibengkalai dlm folder draft.. pheewww...

Hari tu dok meroyan bagai kat entry ni. Lepas tu semua suruh buat online booking. Sapa kata online booking senang? Nida cuba dekat 5 kali tahu nak booking ni. Itu pun dapat tengok pukul 11 punya tayangan. Org dah nak masuk tidur, kami pergi tengok wayang. Nasib baik cinema tidak menjadi bilik tidur kami.

Eh, apa kena mengena dengan tidur sambil nonton wayang? Mana tak mengantok, sblm tayangan bermula, kami telah serbu Chili's.. Masuk cinema, perut boroi di penuhi makanan bercirikan barat.

Pukul 9 dah tunjuk muka dekat OU tuh, pukul 11 tayangan. Habis nak buat apa 2 jam tunggu situ kn? setelah Nida pergi tuntut tiket, kami terjah laa restaurant yg berdekatan.. Kedai apa lg yg dekat yg betul² dekat bwh cinema kalau bukan CHILI's kn? hehe

Honestly, ini adalah pertama kali saya dan En Jebard cuba makan dekat sini.. Maklum sajalah, kalau tempat² mcm ni, harga menu dia org berduit saja mampu makan hari². HEH, saya kalau dapat makan kt situ hari², habislah kolestrol saya mencanak naik.

Maaf, gambar dibawah tidak disertakan dengan tajuk menu. Saya tak ingat pulak apa nama menu dia sebab pertama kali kn, tapi marilah cuci mata ya..



Burger ni En Jebard punya, En Jebard mintak medium well cook (kalau tak silap, mcmni la istilah yg digunakan). Sedap jugak. Kongsi dua orang pun cukup kenyang.

Menu yang tiba² datang membuatkan meja hampir separuh penuh ini dipilih oleh Cik Nida kita, byk betul dia punya side order.. HAHA.. style macam arab saja.. Macam dekat SABA' Cyberjaya punya roti pun ada.. bak kata hasyir "roti pratha dia beli dekat Giant":pandacloud_26: Saya rasa menu ini lebih bercirikan arab lah.

Ok, cepat teka sapa punya lamb grill neh? Ok, yg ini boleh diberi thumbs up. Walaupun harga dia lebih murah dr menu² di atas, tapi sgt menyayat hati bila dijamah. Super best! Feez like dis.

Ada lagi satu menu, hasyir punya. Tapi tak sempat disnap oleh kerana bateri kamera tengah semput. Hehe, sbb tu gmbr tak elok sgt. Sbb kena cpt² snap gambar sblm kamera mati kesemputan.. Menu Hasyir sampai lambat, tak dak rezeki laa aku nk tayang kt sini eh Hasyiaq. Oleh sebab kekurangan satu lagi menu, jd marilah saya letak satu tambahan gambar sebagai syarat cukupkan quota ya. Kalau ikut sunnah Nabi, lelaki boleh kawen 4. haha, takdak kena mengena.

Ini juga adalah sebahagian dari kesukaan saya.. Kadang² jadi peneman setia terutama dikala trafik jammed melanda. Walaupun kurang berkhasiat, tapi saya tetap suka.. hiks..

Ini lah dia, memperkenalkan Mr Mamee monster dan coklat. :pandacloud_27:  Ada janjy dekat Kak yan nak kongsi aritu, sorry la sist, dah habis 1 paket besar :D

Nota Hati:
  1. Air dekat Chili's boleh direfill byk kali.  Tapi air tak boleh kongsilah. Kira perperson. Saya suka perisa Lemonade.  Sedap!
  2. Abg IronMan makin hensem dengan uniform baru dia.  Tapi, kenapa cerita dia tak berapa nak handsome. byk sungguh petanyaan yg bermain diminda saya sewaktu menonton.  Tp dia punya teknology mmg terbaik.  Guna system komputer dekat udara.  Perghhh..  Mmg adakah teknology mcmtuh?  Mcm guna IPhone, tp versi komputer.
  3. Lepas ini, nak kena pergi tengok cerita Hooperz pulak.  Ada pass percuma yang tak digunakan lagi.  Seminggu di tangan, di beri free oleh Kakak & Abg Hot FM Viva Zoomers last week.

pstt, korang dah lunch? makan apa??

Bilalah dapat tengok agaknya kalau hari² pun Full Booked!

Haa, hamik sekali arung panjang tajuk kan saya bagi.

Excited gila oh saya nak tengok cerita ini. Sambungan edisi kedua Filem IronMan 2.. Maaf, saya tak pandai guna istilah bahasa filem. =)
..

Minggu ini macam nak pergi jugak tengok. Rasa tak senang duduk ok. Rasa ada benda tak kena.. Rasa ada orang rindu kat saya pulak.. HAHA.. Gila perasan. Tak sbr nk tengok baju baru beliau. Sapalah designer dia agak-agaknya kan??


Kalau En Jebard setuju, hari ini mahu bergegas ke Sunway Pyramid untuk membeli tiket tayangan hari rabu. Itu kalau single dating. Tapi kalau plan selasa jadi pulak, akan ada double date besok metonton cerita ini.. Wahh, mana satu nih. huhu..

Ok, sabar² berdoalah kalau kau pergi terjah kaunter tiket, masih ada lagi tiket utk esok atau rabu. Tak nak metonton dalam keadaan kepala mendongak okeh. Silap-silap, esok harinya terPAKSA amik MC sbb kepala tak boleh kembali ke bentuk asal.. Ngeh =D

Nota tangan: utk menghilangkan rasa keciwa tak dapat tengok edisi pembukaan, marilah sama² kita tonton trailer Ironman 2 disini.. :D

To my dearie, Happy Birthday..

Dis entry ai dedicate to only my heart, Mohd Fuhamy Zamani..

For his birthday wishes,

Selamat Hari Jadi By, semoga panjang umor, di murahkan rezeki.. kehidupan di berkati..
Semoga jalinan hubungan kita ini kekal abadi hendaknya.. Kerahmatan dan keredhaan Allah itu paling utama.. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat, teman, kawan dan kekasih yang terbaik di dalam hidup sy.. Dan semoga tahun ini dan seterusnya tahun yang memberikan seribu erti buat by. Moga, kita dapat harungi susah senang bersama di tiap ketika..

Maaf utk sambutan pertama birthday by, tiada apa-apa yg dpt diberikan.
hanya ucapan ikhlas dr hati ke entry.. =)


Haisshh.. nk letak lebih² ayat kang org kata nk menjiwang lak kn? hehe.. anyway.. dont noty²..
kalo noty kena babab baru tawu.. huhu.. ilebiu aahh..

Selamat Ulang Tahun Sayang yang ke 29 Tahun

Menonton wayang secara free..

Hari Isnin di waktu kala sedang ralit bekerja dan melayan FB..
tbe² Incik Bard menginterkom aku..

"bby, mlm neh nk tngok wayang x?? abg apai nk kasi tiket free tngok cter Surrogates.."
ouh.. tket free?? huh.. sape xnak kn?lalala..~~~
aku pn ape lg.. dengan senang hati trus stuju ..x toleh kiri kanan depan belakang da..
:p



mlm Isnin arituh, kami ber2 together pegi ke TGV One Utama utk menebus tiket free
atas nama Apai iaitu, abg kepada Incik bard..
aku xtaw laa nk sebut event ke ape..
tp xtvt neh anjuran Majalah Klik..
hehe.. aku jarang pn beli majalah yg berunsur komik tuh..
besa aku baca G3 jek.. tu pn ble abg Apai kasi free..kekee..
sekali jek aku penah terbeli.. |terbeli.. matilaa xnak ngaku :p|

actually, at the 1st time aku dgr dpt tket free, aku x sure pn citer ape yg dimaksudkan..
rupe²nye citer ini..



citer neh bleh dikatekan gempak hbs laa.. penuh ngn teknology canggih malah manggih pn turut serta sekali..
dan x rugi pn anda pegi tngok berkali2..ape tah lg beli dpt tiket free..
aku nk tulis review pn maleh laa..
nnt korang p laa tngok sndri eh..




ouh, sblm terlupe.. once kteorg da redeem tket yg di booking td..
wartawan magazine tu ckp derang nk amik gmbr kteorg berlatar belakang kn banting Surrogates tuh..
means, nnt gmbr kteorg akn kuar dlm majalah klik..
yeahuuuuu... glamer sekejap.. | huh.. gler glamer betui minah neh :p |



Buka Posa 2 Hari Lepas..


Assalamualaikum..
gler lame baru nk update kn?
haha.. lantak laa..

aku kn jarang mengupdate menu buka posa..
so, ape laa salahnye kn?
hari selasa arituh, aku ke USJ utk berbuke posa bersama teman..
aku turut mengheret Abg♥ sbb kesian kt die kalo dibiarkan berbuka sorang²..

Aku kesana ade tujuan..
nk amik brooch terbaru ngn order kueh raya dr opis lama aku dlu..
Alhamdulillah, order yg amat memberangsangkan..
syukur²..

ok, xnak bebel².. harineh agak lemah sedikit.. tataw nape..
mari laa lihat menu berbuke aritu..




kueh yg dibeli kak jimah, dan menu kami berdua.. sup sayur, kailan ikan masin dan telo dadar..
xlupe juge tehoaislimau dan nescafe suam..

hee.. **burpp..tbe² telioq tngok gmbr mkanan neh..
kteorg mkn kt gerai besa jaa...
jalan jem, so, mls nk kuar dr area itu..

dan antara yg terlibat pada hari tuh..


My ♥ bro.. yup abg ♥ aku.. sibuk dgn PSP dia..

dan

Kak jimah.. Alhamdulillah, sampai laa neh kami contact..
lg pn umah x jauh mana kn.. senang lepak²..

dan

ade lg sorang.. kak era.. tp lupe lak nk snap gmbr die..hehe.. mse neh die ngah sibuk p amik smbl belacan..



Feez aka fizah: x sbr menunggu hari neh berakhir.. ape dia?? tnggu nnt k..

Weekend wift My Besties..




Pada hari ahad yg lalu..
sblm saye mendapat kesakitan tekak,
saye telah keluar melampiaskn rindu ke atas kwn saye.
kwn yg saye anggap baek dan rapat..
walaupn kdg2 dirimu pernah menguris hatiku...

haha.. ckp pasal menguris, terguris dan dihiris..
bkn ape pown.. setelah seminggu cik Atol kte neh melanjutkn pelajaran di UTHM,
baru laa nk msj aku.. bgtaw die smbg blaja..
xpe2.. raye taun neh kna kasi aku duwet raye taw..haha..
sbg ganti rugi akibat lmbt kasi taw.. ;p

alamak, cm dh larik topik lak..


ok kwn2.. kembali ke topik asal..
kami keluar bertige taw.. hehe..
taw2 ja laa sapa lg sorang tuh..
matlamat utama kami ialah mengservey gaya dan koleksi terbaru baju raya..
**citt pose pn belum lg..hahaha..

orait.. kami telah menerjah ke Kompleks PKNS S.Alam, SACC (Parking) dan juge P.A.S.
(Plaza Alam Sentral)


yg mencari brg kes laen..
yg dpt brg lak kes laen..
laen yg dicari, laen yg beli..
hahaha..
Abg♥ telah membeli 1 bijik controller PS yg baru dan juge CD OngBak 2..
Atol telah membeli... xbeli pape pown..
Aku juge begitu..
Kaki letih, tp pewut knyang..
Melahap Nandos x hengat..hehe..


Smpt amik2 gmbr kt nandos jek..
org ramai gler babeng..
da laa x pakai topeng mulot..
ape laa.. xde sensitiviti lgsng..
yg si penjual pn satu, korang laa yg patt beware hbs2an..
sbb korang hari2 bertemu dgn manusia..
yg xtaw ade pape pnyakit berjangkit..



Mase ngah jalan2 kt SACC, ade 1 band akustik neh..
best gler layan lagu dorang..
x sure lak name pe band tuh.. ;p
hensem plak tuh..hahaha..

Kejadian Ari Isnin

Assalamualaikum..
selamat petang sumer..

Today mahu berbicara mengenai dia..

Ari Isnin arituh, aku wif bad g lunch same2..
everyday ble time keje, mmg kami akan lunch sesame..
Tp Isnin arituh kami lunch kt luar..
**bese bwk bekal jek..

Tngah syok² borak.. tbe² fon bad msuk 1 msj..
aku x syak sape² pn.. tp aku jeling² gak sape yg anta msj tuh..
and guess wat sape yg msj die?
his ex ok.. bername AJA.. ** xde maknenye aku nk sorok2 name lg ok..

Aja: awk, dh sehat ke??

orait, lets straight to the point..

melalui ayat yg si Aja tu bg, mstlaa ade kesinambungan msj dorang kn..
and aku pn terfikir, cmne die leh taw bad demam time tuh..
WTFF..
padahal aku baru jek tngok inbox bad.. xde pn msj dr aja tuh..
then, aku tnye laa bad..

Aku: hows she know yg u demam??
Bad: Mlm td by msj jap ngn die.. sbb by tertekan num die then ter'Call..
pastu Aja msj by, die tnye nape call.. by jwb la tercall..
Aku: hbs tu nape xde pn msj die dlm inbox by??
Bad: By dh delete coz nk jge ati bby..

weih.. geram gler aku..

aku x rase kalo die x delete, die buat aku marah.
ble jd mcm neh, lg laa aku marah..
xleh lupe laa.. ye laa.. if my ex call pn, aku akn bgtaw die..
ni plak msj, nape perlu die sorok²??

ble dh jd mcm tu, buat selera mkn aku ilang.. sib baik x hbs nasik sket je..
kalo x, membazir.. =(


For my ♥

♪♥owhh syg..
engkaulaa jejaka idaman...♥
♫

hehe..siap nyanyi bagai..
smlm, alang2 order cc utk ayah,
aku order kn jgk utk abg ♥ aku neh..
ingtkan nk wat suprise laaa..

pas aku amik jek cc tuh dr kak sue,
aku trus pecut g kilang..
abg ngah keje lg coz die kena ot until kol 10..
aku ckp laa nk jmpe jap..

hehe.. abg kna tpu ngn aku..
aku bgtaw aku g sentul amik cake ayah tuh..
die pn bajet aku kt sentul lg laa..
pas jek aku smpai..
die terkejut, pesal aku cpt sgt.. miahahahaha..
then, die nk tngok cake ayah..
aku hulur laa sekotak yg neh kt die..


By: beli byk neh jek ke utk ayh?
aku: x aaa.. neh utk by laa.. hehe.. amik g mkn..
By: aik, nape belikn utk by lak? ayah pnye xde ke?
aku: ade laaa.. kt blakang tuh.. bby belikn khas utk by..
saje, tanda kaseh ku padamu.. miahahaha
By: tenkiuuu syg.. hehe.. **senyum melebor smpai ke spek mate..

tu laa serba sket dialog aku ngn abg..
pas jek sessi bergmbr bagai ngn cc, aku pn mkn laa ngn die..
xde laa sesi suap-suapan coz aku dh terlalu xcited nk mkn cake tuh..
amik ko, 3 cuppy ilang dlm perut aku..
miahahaha.. dsyt gler.. padahal ptg tuh baru jek settlekn nasik ayam sepinggan..
fizah..ooo fizah.. kate nk diet... hampeh !☺

Steamboat??


Salam Jumaat u ollss..
hopefully di hari Jumaat yg mulia neh,
korang ceria² disamping kerja² yg menunggu eh.. ;p

erkk.. feez maw smbg crita pasal smlm..
hee..nk taw ke kami berbuka dimana?
hehe..mcm laa korang nk taw sgt kn??

tp aku x kiree..aku nk gak story kt cnie..huuu...
agak² korang, kalo tngok gmbr kt bwh neh taw ke ape santapan kami smlm??



yeah..again..steamboat!!
ai like yuu..
tp kali neh bkn serangan ke Johnny..
tp ke Flamming Steamboat Buffet..
yg best nye..kt cnie ber"buffet"..
korang bygkn laa.. tngah perut lapa kn..
1hari menahan lapar & dahaga..**cewaaahh..
mmg kami pulun mkn byk² laa..
x inggat dunia laa kami time tuh..wahahahaha..

waktu berbuka pose smlm around 7.20pm kn??
tp kami dh ready memasukkn sume seafood ke dlm sup n tom yam tu,
10 minit awl..hahaha..
punye laa x sbr kn?? ;p


::tngok laa k.syikin, kemain sonok muke die..wahahaa ::

and almost sejam kami meneruskan aktiviti santapan,
abag aku pn dtg join sekali..
walaupn die x pose, and petang tuh pn die dh mkn,
tp die mkn mengalahkan org yg pose neh..
mane laa perut x naik yang oiii.. ;p

:: tngok, muke kusyuk gler kn? ::

oke, lebih 2 jam gak laa kami melepak kt sne..
makanan sume kt cnie halal taw..
itu yg penting.. susah nk cari steamboat restaurant yg di usahakan oleh org melayu..
yg dtg kt cnie smlm pn aku tngok 99% org melayu..
siap ade yg wat gathering smlm taw..

nak taw ke lokasi Flamming Steamboat Buffet neh kt ne??
die bersebelahan tempat letak keta Sunway lagoon..
and dkt sgt ngn Suns Inn Hotel and Sunway Pyramid..
senang jek nk cari tmpt neh..
;p
kalo x taw jgk, just give me a call..
feez sedia membantu anda..huhu..



dan, akhirnye kami pn pulang dgn perut kekenyangan..
;p

Lepak kt Old town white coffe..

:: Muehehe..konfem korang dh boring gler..asyik² gmbr b2 jek.. ::
Assalamualaikum..w.b.t..
Mari berlepak Chill ngn fizah di ujong minggu..huhu..
Ok, ari jumaat pas keje tuh..aku pg lepak kt Oldtown White Coffe The Summit USJ sementara nk menanti pkul 8pm..
kenapa dgn pkul 8pm??
sbb adik aku mintak tolong anta kn bju dan makanan die..
adik aku tuh stdy kt Adtec S.Alam..
so, aku mls nk patah² balik..gerak dr opis after keje je laa..
dan, akhirnye kami menikmati dinner kt Old town neh..
this is my second time kalo x slap..
dlu, teringin gak nk lepak kt cnie..
tp, xde rakan² yg sudi mnemani..
hoho...

:: Aku amik nasik lemak oldtown ngn Hazelnut white coffe ::

:: Sedapnye die mkn mee kari tuh..hoho ::

:: Mee Kari Oldtown..aku rs mee kari the best kot.. korang ade suggestio?? n tmpt lain x::


Soping² Day 2..

**Kasik layan gmbr b2 dlu k..**
Assalamualaikum..W.B.T. ^^
Monink u olss..

Hikss..nk cter soping-sopingan day 2 lak..

sambungan smlm..hehe..

Ari ahad tu lak, kami menyerang sunway pyramid..
mcm² misi telah diatur..
target² serangan di mana..


Aku mcm beselaa..
rembat 1 2 blusher, eye liner ngn lip gloss jek..

bese laa pompuan kn..
kalo aku dpt bonus skali mmg aku dh menawaf sunway pyramid utk bsoping bagai.. hikss.. ;p

Ok..mcm bese..of course laa aku yg teman abg aku neh bsoping kn..
bkn laa soping sgt pn.. die just nk tkr speak jek..
Mari layan gmbr sessi checking mata k..

hiks..cun aaa akak Focus Point neh..
kn??hehe..

** hehe..mari check mate... abg aku neh ckp malu kalo bkak speak dpn aku.. xtaw laa nape..hehe.. mate die sepet kot..

** hehe..siap kaber² muke lg taw..
tp aku snap jgk..aku x kre..pedulik pe aku..lalala ~~~~


** gmbr aku..smpt lg syok sendiri smentara tnggu abg aku p msuk bilik check kanta..


Soping² Day 1..


Assalamualaikum..
Hehe..gmbr apakah di atas?

Selalunye kn, kte dgr perempuan laa yg gler soping kn?
nk itu..nk ini..
itu xde.. ini xde..
hari neh mari kte layan kesah lelaki yg kaki soping..

Abg aku sorang neh laa sape lg..
mmg antu soping..
kalo leh sume kasut NIKE kt butik tu die nk kebas..
padahal baru bebrape ari lepas die baru kebas 1 pasang..

Ekceli kami stat memcari brg2 yg perlu since jumaat lg..
tp hnya dpt bersoping-sopinggan ari sabtu..

Ari sabtu yg dimaksudkan adelaa masa hari Earth Hour tu laa..
kami kuar agak lewat coz die keje aritu..

Tempat serangan kami adelaa di Mid Valley..
Agak lame jgk x kesane..
last time maybe around 2 years agoo..
hikss...jalan pn dh x henggat..
tersesat² smpai ke Bangsar jadinye..

xpe..kami merase jgk laa meround bangsar kn..
kalo x sesat, mmg x masuk laa bangsar tu..huhu..

Mlm tu kami mkn di Kenny Rogers..
wahh..sib bek dh hbs mkn..kalo x, mmg tersuap kt idong laa kot..
sbb Kenny Rogers kt ctu pn menyokong Earth Hour..
aku x heran sgt pn..
janji pewut kenyang..hati senang..huhu

Lepas mkn, kami meneruskn misi pencarian boot bola utk adik die n barang² die jgk laa..
Mentang² laa baru dpt bonus kn?
xpe..kasi can same die..huhu..

Aku hanya sempat snap 2 gmbr neh jek..
yg lain² lupe lak nak snap..
hoke..mari layan yek..
see u olls in the next entry..
tata..titi..tutu..


Topi half..agak smart kn?



he choose the white one..
nmpk oke laa sket coz kulit die gelap..
n agak contra laa..
so, we olls decide to take this..
ehem..bkn neh jek die rembat..pourch bag pn die rembat sekali..
melayang dekat RM 300 koo..hehe..
sib bek ms tu aku x bnafsu nk bsoping bagai kn??
kalo x..hehe.. **wink..wink**

eh uollss..ade kisah day 2 taw..
sile nnt kn k..lalala..

Hi5 Emoticon