Pages

The end of May. New life, new mood, new focus!

Assalamualaikum..

Gambar hiasan.
Tajuk dah gempak.. HAHA.. konon laa tuh.. 

Hey, Selamat berhujung minggu semua.  Selamat bercuti sakan, Selamat juga bershopping sakan.. Sbb dah gaji kn? hahaha..

hurmm, nak cakap apa? saja jek nak bikin 1 entry pendek pada hujung minggu.  Sebab saya jarang sangat merajenkan diri menaip pada hujung minggu.  Kecualilah dekat FB..  Konon hujung minggu kena bercuti dari segala-galanya.. HAHAHAHAMPAS.

Esok, saya akan bertukar rupa.  Dari seorang cantik berkerjaya, kepada rupa seorang pelajar yang skema.. HAHA.. bestnya kalau dapat berlakon masuk kelas ala² skema macam dalam drama tuh.  Konfem kena buli.  Nak-nak dengan student lelaki yang handsome.. Weh.. haha.. Orang suruh belajar lah, bukan menggatal.  Okay-okay.. Fokus!!

Perkataan fokus tu saya selalu sangat saya sebut-sebut sekarang.  Sampai kawan-kawan Getzzone tergelak-gelak sbb saya tak berhenti sebut perkataan fokus.  Saya kena lebih fokus, sebab sewaktu kerja dulu, kau pergi kerja lepas tu kau stress waktu kerja saja.  Balik rumah lepas tu kau dah boleh huuuuhaaaa dah.  Tak payah susah-susah nak fikir kerja apa kena buat lagi lepas tu melainkan kerja rumah seperti membasuh, mengemas, memasak, menyusukan anak.. :D

Sekarang, bila diri bertukar macam oltromen taro bertukar nak selamat kan bumi  menjadi student, kepala otak mmg kena aktif 28 jam.  Tiap-tiap pagi bangun kena pergi kelas, masuk kelas, jumpa pensyarah, prepare for kuiz, tutorial, assignment, kelab lagi.. Adoiii..  Haha.. tapi tak tipu, kehidupan sebagai pelajar adalah satu perkara yang paling enak di dunia.  Tak perlu fikir macamana nak cari kaedah sara hidup yang berkesan.. Macamana nak bagi hidup senang lenang, nak bayar bil itu ini, nak beli barang dapor utk rumah, dan sebagainya.  Itu semua cabaran lepas study lah. 

So, bagi saya mana-mana kehidupan dekat atas ada pro and conts dia.  Kau dah belajar, kena lebih fokus utk score seberapa baik yang kau boleh.  Sebab kena ingat, kau study ada orang tanggung.  Bukan duit sendiri.  Jangan nanti ada orang kecewa sbb selalu sangat main-main.  Dari tadika sampai ke universitas kau nak main-main.  Bila masa kau nak serious dalam hidup.  Bila masa nak happykan parent engkau?  Ini kata-kata cabaran utk diri sendiri.

Esok adalah hari pendaftaran.  Seminggu sessi orientasi dijalankan.  Harap-harap dapat jugak laa saya mencoretkan serba sedikit catatan pada minggu hadapan.. Kalau masa mengizinkanlah.. 

Saya akan merindukan rakan-rakan blog, twitter, FB saya kelak.. Kalau utk kawan-kawan dekat dunia realiti, dorang langsung tak rasa nak rindu, sbb dorang kata "eleh, macamlaa kau nak belajar dekat Penang ke, Sabah ke, Cyber tu macam jauh sangat laa kn dari sini."  Hehe..

Okay, tadi kata nak buat entry pendek, skrg nahhh.. rasakan pendek tak pendek. 

3 comments:

Kata Anda?