Usaha dan ikhtiar saya sebelum di sahkan hamil.

Assalamualaikum. 

Actually ramai g xtau saya mengandung. Waaupun kadang2 terupdate jugak moment dan status di Instagram dan facebook.

Kalau status dalam beberapa minit je saya akan hide status tu. Kadang2 komen org pun x berapa nak bernas jugak. Jadi baiklaa takyah update apa2. Hihi.

So, nak dijadikan cerita.. ada kawan mintak saya share tips. Hmmm, bkn laa tips sangat pun. Tapi lebih kurang pada semangat dalaman dan juga ikhtiar dari segi zahir, batin dan rohaniah.

Boleh dikatakan, kalau setahun kahwin tapi masih belum ada tanda2 yg kita mengandung, hati dan perasaan mula tak tenteram. Bila dapat tahu pasangan yg kahwin lewat dari kita dah dapat rezeki awal, kadang2 termenangis jugak. Betul. Buat apa nak tipu.

Tapi saya set lah mind utk happy for dorang. Dah di tetapkan rezeki dorang dulu kan. Sampai satu tahap, takpe.. dapat bila2 pun tak kisah. Walaupun dalam hati, Allah saja yg tahu.

Jadi, apa ikhtiar dan usaha saya sebelum di sahkan mengandung?

1. Di sebabkan masalah hormon dan period tak teratur, geng2 TTC suggested utk mencuba kaedah BBT. Tapi saya tak buat pun. Sebab waktu tidur kadang2 tak menentu. Dan juga OPK (Ovulation Period Kit) yang ni saya cuba untuk 2 kali cycle.

2. Saya juga ada consult dengan Doktor Rahaya dari Pusat Rawatan Mesra, Serdang. Mencuba utk hamil dengan rawatan clomid. Tapi last cycle tu, saya tak habiskan makan pun. Sebab kesedihan yg melampau atas pemergian arwah nenek tersayang.

3. Kaedah OPK saya cuba utk 2 bulan cycle. Hmmm, memang kena rajin laa celup celup. 2 3 jam sekali. Tapi biasa saya start waktu petang.

4. Last cycle period saya adalah 9 May 2015, sehari selepas birthday 29 Tahun. Masa kat klinik, Dr Rahaya detect batuk saya teruk dan di khuatiri semput. Ya, saya alami batuk yg dasyat. Sampai tahap terkencing2 sebab tak boleh control dah.

Selepas pemergian arwah maktok, perasaan saya memang tak menentu. Menangis tiba2, sedih. Tapi saya mula sedar, semua tu takde guna dah. Saya dekatkan diri dengan Al-quran dan niat sekiranya ada pahala dari bacaan Al-quran ini, saya sedekahkan sepenuhnya buat insan-insan tersayang yang telah pergi menemui penciptanya.

Dan saya juga dah tetapkan dalam hati, waktu saya alami batuk yang teruk tempohari, kalau Allah dah tetapkan rezeki kita, sakit macamana pun, tetap akan ada.

Selepas dapat detect waktu ovulasi saya dengan OPK, saya juga amalkan zikir ya Musowwir sambil usap bahagian bawah pusat dengan arah lawan jam.

Yurp, itulah salah satu usaha saya dari segi kerohanian. Macamana kebergantungan kita pada Allah.

Pemakanan.
1. Sewaktu saya alami batuk yang teruk, saya dan suami amalkan makan madu samaada dengan kicap, ditambah air suam ataupun makan mentah saja utk rawatan batuk saya.

2. Ayah juga ada bekalkn suppliment Transfer Factor utk rawatan batuk saya. 2 botol jugak dapat habiskan. Kalau nak tahu kebaikkan TF ni rasanya boleh cuba google. Saya pun tak habis kaji lagi. Hihi
3. Selain itu, saya amalkan pemakanan yg mampu utk bantu boostkan hormon ketika waktu subur. Contohnya kentang. Memang seminggu saya makan sup kentang saja. Hehe.

Selepas cycle day 13, saya ada appoiment lagi sekali dengan doktor Rahaya utk scan telur saya. Tapi, saya ceritalah dkt doktor yg saya tak habiskan clomid seperti yang dijadualkan. Doktor suggest tak payah scan, kita rest sampai bulan lepas raya baru continue.
Tapi saya resist laa nak scan jugak. Doktor pun ikutkan kehendak saya ni. Selepas tengok scan, doktor pun cakap. Ada beberapa biji telur, tapi semua x besar. Size kecik2 dan tak matang.
Ok, clear. Barulah puas hati. Huehue. Walaupun ada sedikit kecewa dekat situ. Husband pun cakap, takpa laa. Ada rezeki bila2 ada laa. Saya dengan batuk lagi, tapi saya tanamkn dalam jiwa saya. Kalau Allah nak bagi rezeki, dalam sakit pun ada. InsyaAllah.
Surprisingly, Menerusi OPK, saya detect double line on cycle day 13 which means tengah subur. Errr, mcm tertanya2 betul ke?? Mcm tak cayaaa. Tapi kita usaha je laa. Hihi.
Awal bulan June, saya mula rasa tak sedap badan. Perut sakit2. Dan breast juga berganda2 sakit. Sebijik tanda mcm nak period. Saya tunggu lah seminggu, tapi cik P tak muncul2. Jadi saya try laa celup OPK lg sekali. Yups its double again.. on day 33 after period.
Hari yang sama, saya celup dekat 4 kali, utk pastikan yang double tu bukan error. Saya mcm pelik, eh aku subur lg ke??
Ok, next story kita sambung next part okay. Thanks for your read. :)

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?