Pages

Renungan - Perempuan Tua Penjual Tempe

Assalamualaikum, Salam Hari Jumaat.  Hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita mengenai seorang perempuan tua yang mencari rezeki melalui jualan tempe.  Cerita ini saya ambil dari Forum GZ.  Agak panjang, namun banyak iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ini.  Okay, enjoy read guys.. :D

//
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyarahidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah
kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe. Amin."


Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya
berfikir mungkin doanya masih belum dimakbulkan oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu. Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. 

Dia percaya mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah tempe ini. Amin."
Lebih kurang mcm ni laa nenek tu punya tempe.. Tenkiu abg Goo


Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak putus-putus membaca doa di dalam hatinya. Sampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. MasyaAllah, tempenya masih belum menjadi. Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana menganggap doanya tidak dikabulkan oleh Allah. Dengan perasaan sedih, dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Walaupun dia tahu bahawa hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia ditegur oleh seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin." (aik, sudah tukar doa kaa...???)

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang tempenya masih belum menjadi. Dia pun rasa betapa bersyukurnya pada Allah. Wanita itu pun borong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang
sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.



MORAL

1. Kita sering memaksa kehendak kita supaya dimakbulkan Allah, sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Redhalah apa jua yang berlaku dalam hidup kita kerana setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” ( Al Baqarah : 216 )

Doa umum yang terbaik untuk diamalkan: "Ya, Allah, Ya Tuhanku, kurniakanlah apa jua yang terbaik untuk diriku, ibubapaku dan keluargaku di sisiMu. Sesungguhnya, berilah kami kebaikan dunia dan di akhirat.”

2. Jangan sekali-kali berputus asa untuk berdoa kepada Allah. Kita kena percaya dan yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan keperluan kita.

3. Kita sering ingin Allah memenuhi kehendak kita tetapi kita tidak mahu memenuhi hak Allah seperti menunaikan SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA, berkata-kata perkara yang baik dan berpesan ke arah kebaikan...

SEKIAN. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang2 yang beruntung di akhirat kelak. Sharing is Caring.


3 comments:

  1. ehem..jom dtg blog ellis..ade gamba adik LISA SURIHANI yang hot..

    ReplyDelete
  2. ye.. kita memang jangan putus berdoa pada Allah
    tapi doa org yg dizalimi terus dimakbulkan
    jadi jangan zalim kat org..
    tak elok

    ReplyDelete
  3. ellis suriyani: dah singgah :D

    Syafrizal: yups..sbb tu kita jgn suka2 nk zalimi org..

    ReplyDelete

Kata Anda?