Tips Putus Cinta. Jangan mengalah pada cinta.

Salam to all readers.
:pandacloud_45:Siapa tak pernah alami perasaan putus cinta, sila angkat siku? mungkin ada sebilangan dari kita semua tak pernah pun mengenali apa itu cinta. Tapi ada jugak kebanyakkan dari kita pernah mengalami kekecewaan dalam sesuatu perhubungan. Saya juga pernah alami nasib yang sama dengan korang yang sedang putus cinta. Tapi masa tu saya rasa tahap permikiran saya belum matang dengan secukup rasa. Jadi, masa tu, hanya air mata menjadi peneman setia. T_T itu waktu muda belia dulu lah. Kalau situasi itu berlaku sekarang, mungkin saya jadi kuat sikit kot. Sikit sajalah mungkin.. Tak tahu lagi mcmana.


Jangan kata putus cinta, putus tak bercinta pun saya pernah rasa. Tapi rasa tuh saya simpan sajalah dan biarkan kenangan itu berlalu bersama masa. Namun, saya kerap termimpikan dia pulak sekarang. Tak tahu kenapa. (By syg, by tahu kan sapa, jgn terasa okeh kalau baca) =D

Putus cinta atau dalam bahasa pasar couple adalah "clash" atau "break up". Eh, ada beza jugak antara dua perkataan tersebut. Bagi saya lah, perbezaan dia adalah:

:pandacloud_10:"Clash" = Korang putuskan hubungan terus. Tak dak sambung² lagi.
:pandacloud_10:"Break up" = Korang macam rehatkan hubungan. Kiranya, lepas masing² cool, baru sambung balik. Ini mmg kerap sangat terjadi di kalangan pasangan bercinta yang serious tapi bergaduh. eheh.. :D


Apa yang penting, kita jangan mengalah dengan perasaan, andai kata hubungan itu masih baru tapi dah nak putus, percayalah itu bukan lah cinta sejati yang korang cari. Tapi andai kata hubungan tu dah dibina bertahun², selamatkanlah selagi rasa masih mampu untuk diselamatkan. Cuma, jgnlah sampai maruah dan ego korang di pijak². Ada batas jugak macamana hendak control situasi macam ni. Kalau terpaksa putuskan juga, perlu diINGATkan disini, kawalan minda dan perasaan sangat penting. Jangan pulak kau pergi serang bekas kekasih kau dekat asid. Atau terhegeh² macam Dani kejar Maya. HAHA. ok².Ini Serious.

Di sini ingin saya kongsikan cara-cara rawatan kesembuhan cinta yang mungkin boleh diaplikasikan suatu masa kelak :D


  • Berdoa, solat jangan tinggal (itukan memang wajib), berzikir dan mengaji. Tak di nafikan, kita mungkin cepat lalai dan leka ketika melalui saat² gembira dan bahagia. Sebenarnya kita sering terlupa tentang kekuasaan Allah yang telah mentakdirkan setiap Jodoh, pertemuan dan perpisahan. janganlah lupa kita titipkan doa untuk bekas kekasih kita, tak kira berapa jahat sekali dia. Doakan kebahagiaan dia. Mengaji dan berzikir adalah salah satu aromatherapy jiwa kita sendiri. InsyaAllah, kita akan tenang untuk hadapi ujian jiwa ini.
  • Sertai kegiatan yang mengembirakan diri Sendiri. Buatlah apa sekali pun, tapi masih berlandaskan akal fikiran manusia. Mungkin utk perempuan, korang boleh pergi shopping ke, bercuti ke, atau buat drift dekat trek yang dibenarkan. Jangan buat dekat jalan raya ya, boleh membahayakan orang ramai :D. Untuk lelaki pulak, korang tak yah susah² pergi terus ngorat awek lain.. HIHI.. atau nak lebih gah lagi, pergi main flying roller coaster dekat Genting Highland, atau pergi panjat gunung kinabalu. Okeh, dah setat makan kerepek.

  • Pergi jumpa member kamcing korang yang dilupakan semasa hangit bercinta. Perasan tak, ada jugak sesetengah org tak ingat langsung member masa tengah hangit bercinta. Member ajak lepak, mentah² di tolak. Sian member. Hah, lepas ni pergi cari balik member² geng main guli dulu tuh, pergi mintak ampun maap. Lepastu, anjurkan satu doa selamat sebab kau dah sedar atas kesilapan yang lalu sbb lupakan member. Kiranya doa selamat tu macam ko belanja member yang telah lama ko lupakan.

Itu adalah serba sedikit rawatan sebenarnya ada byk lagi rawatan yang korang sendri boleh cari dari dalam dlm diri sendri. Janganlah ingat bila dah putus cinta, dunia korang pun dah berakhir. Tidak ok, fikirkan keadaan sekeliling korang. Korang masih ada ibu, ayah, abg, kakak, adik kawan². Gunakan masa yang ada untuk perbaiki hubungan korang dengan keluarga.

Sewaktu bercinta dulu mungkin pernah korang lakukan kesilapan yang membuat pasangan korang rasa macam nak hentak² kepala dekat dinding (Stress). Jadi, pelajarilah kesilapan² yang pernah dilakukan. Pelajari dan perbaiki setiap kesalahan. Jangan ulangi andainya korang bertemu cinta seterusnya. Dan kita kena buang ayat ini "lelaki semuanya sama saja" atau "perempuan semuanya macam tuh". Tak semua ok.. Kalau putus cinta tu jangan laa salah kan satu pihak saja, kita gali balik salah silap kita sebelum ni. Jangan sesekali ingat diri kita terlalu perfect. Tak ada manusia yang perfect dekat dunia. Cuma kesilapan lalu, boleh diperbaiki utk masa depan. Itu yang penting.

Psssstttt, Meh laa kongsi dekat sini macamana korang handle perasaan perit semasa melalui masa-masa putus cinta? Senang kah nak terima kenyataan korang direject??


Oklah, habis membebel. Selamat tengahari.

14 comments:

  1. Bro : ehem, tu tak dak pengalaman lg. eheh, tp biasa lah, kalau cerai and putus tenang, mungkin lebih berat dr putus cinta.

    Lebih besar jgk cara nak mengatasi kekecewaan tuh kot.

    ReplyDelete
  2. Bgsnya tips...
    Perit siot kalau putus cinta...

    ReplyDelete
  3. SyAmSuL AnUar: hanya semangat utk kwn2 yg sedang bersedih :D mmg perit.. bagai dihiris2.. uhukk

    ReplyDelete
  4. Bila putus cinta ia ibarat mematangkan kita. Dekatkan diri kepada Allah, Insya Allah tenang. Ada hikmah disebalik yang terjadi.

    ReplyDelete
  5. Syafrizal : yeap.InsyaAllah, belajar sesuatu dari kesilapan yg lalu.

    ReplyDelete
  6. kalau saya. saya nangis kuat2 dalam 1 hari. esoknya luahkan kat kawan. lusanya start mencari kawan laki. berhibur. last, enjoy hidup! ;D

    NISECA suka merapu

    DIA SHOW GAMBAR TAK AYU AKU

    ReplyDelete
  7. emm.. p karoke.. xpn tido... atau bz knn diri sndiri supaya x engt kt org tu..
    tp law sy la lps kne tinggal, sy msty akn scara automatik nye wat aty org laen plak hancur..huhu jahat gak sy ni kn..tp x sgaja ar.... :DD

    ReplyDelete
  8. mulut kata kuat..tp bila duduk sorang2 tiba2 air mata mengalir...waaaaaa...sedih woooooooooo... so, saya dekatkan diri pd Allah.. lagu2 jiwang pn xmo layan.. asal ingat dia je, mmg terus istighfar.. tp,off course lamenganggu produktiviti keje saya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. @Anonymous tak pe..semua tu ibarat pelajaran buat kita.. andai kata kita ketemu cinta yg baru, kita boleh belajar dr kesilapan lampau.semoga anda bahagia :D

    ReplyDelete
  10. susahnya untuk kita terima kenyataan bahawa dia telah tinggalkan kita,,setelah 3 tahun kita bercinta,,she leave me just like that..jauh di letakkan sebagai alasan untuk tidak meneruskan percintaan,,tindu yang membuak2 di dada hancur berkecai apabila dia kata macm tu,,seoalah2 kita ada buat salah yang sangt besar...org kata,,lebih baik di tinggalkan drpd meninggalkan,,,tetapi hakikat hakiki di tinggalkan lebih sakit dari meninggalkan.....

    ReplyDelete
  11. putus cinta mmg sakit tp biar sakit skg jgn sakit kemudian hari , mungkin ada hikmah sebalik apa yg terjadi ,walau perit cam mana sekali pon kte kena lalui lame2 kte akan lupa jgak cinta tu . so jgn buang masa tok fikirkn si dia kerana dia blom tentu fikirkn kte, dia happy2 kte nk sedey2 watpe!!! go girl~

    ReplyDelete
  12. emm...kalau asyik putus je mcm ne?? cari new guy...then, tup tap tup...ptus lagi...ley haru hidup t...sooo...sad...

    ReplyDelete

Kata Anda?