Pages

Travel: Backpackers to Perth (Preparation)

Assalamualaikum.

So yeah. Here I am. Wanted to share my first experience ever about our vacation's aka honeymoon's 3.0

Hakhak. Awat sampai 3.0? First dlu pergi cameron highland. Yang tu mmg xplan. Sesaje habiskan cuti.

Second, pergi langkawi. Kekonon honeymoon tapi tak. Yang tu pergi jalan2 rumah makndak. Hehe. Yg tu harung je. Plan pergi, sampai sana tak tau pergi mana. Baru hegeh2 nak plan.

This time. Almost 5 months of preparation. Takde lah honeymoon sgt. Lebih kepada group trip. Group of 4 gittewww. Backpackers style.

Ok.. kalau tanya macamana nak pergi perth? Kat bawah ni saya bagi penerangan sikit2. Baca betul2. Faham betul2. Kalau tak faham jugak boleh tanya ye.

Okay, dekat bawah ni apa yg saya dan pasangan serta kawan2 buat. Kami pergi seramai 4 orang. 2 couple yang dah kahwin. So budget jadi double lah.

5 bulan before pergi.

1. First and foremost of course laa kena ada ticket flight. Plan, bulan berapa nak pergi. Dah beli tiket? Haaa dok dendiam. Tunggu lagi 2 bulan nak pergi baru plan itinery (jadual). So, cost of flight tickets was Rm1450++ mcmtu laa.

2. Plan your budget. Kumpul duit siap2 bagi yang rasa x mampu mcm kami tapi teringin nak jalan oversea.

3. Start search hotel or hostel. Kami pilih hostel je. Murah. Jenis double bed. Katil single. Nanti dah check in korang rapatkan katil je. Salah satu tips jimat kos. Hahaha. Total cost utk hostel for 5d4n was AUD300 which kalau convert almost RM800. And kiteorg pilih Hay Street Backpackers Hostel.

keep on continue tgk hostel and hotel mana korang nak. Kadang2 harga hotel ni ikut season. Macam kiteorg pergi waktu musim bunga. Agak mahal. Tapi bedal je laaa labuu.
2 bulan sebelum pergi.

1. Start draft itinary. Plan setiap hari tu korang nak buat apa. As for me and our group, almost 3 kali juga buat meeting. Meeting pasal iti laa. Sebab xnak laa ikot satu kepala je kan.

2. Confirmkan hostel yang korang pilih. Harga kalau tunggu makin lama makin mahal. So kalau dah rasa murah tu just booking je terus. Tak payah tunggu.

3. Kalau belum ada passport start buat passport. Macam saya buat utk 2 tahun je. Sebab buat untuk dua orang. Dua2 belum ada passport. Kesian tak?

4. After passport dah siap, kena apply visa. Untuk masuk Australia, mana2 bahagian pun lah. Kena ada visa. Cost utk buat visa ni rm20 je sorang. Buat kat mana tu boleh google. Sebab yang ni kawan saya, Atul yang handle.

5. Plan makanan apa nak bawak and nak masak dekat sana. Untuk tambahan pengetahuan, dekat Australia cost dia agak tinggi. Makan actually senang je. Tapi dah nama backpackers, harus laa adventure sikit. So kami plan masak je. Mudah cepat ringkas dan penting murah.

2 Minggu sebelum berlepas.

1. Kalau dah rajin sangat, boleh dah start packing masa ni. Macam saya dan suami, lagi sehari before berlepas baru habis packing. Hahaha..

2. Start buat list incredient untuk each of foods yang korang bawak. Type je. Sebab nanti bila lalu immigration dekat Airport Perth, mmg dorang akan check satu2 beg. Kalau ada list tu at least dia xde lah check beriya kan? Kami yang buat list pun dia tetap bukak beg jugak. Phewwa

3. Jangan lupa asingkan setiap brg yang berliquid atau cecair dalam satu clear plastik. Tidak nanti kena buang. For AirAsia punya tnc, kalau nak bawak cecair tak boleh lebih dr 100ml for each brg. And kena satukan dalam satu beg plastik.

1 hari sebelum berlepas.

Make sure everything dah ada. Passport, print out visa, alamat and contact num dekat sana, dan kalau boleh get ready gambar passport sebab dekat sana untuk certain hostel or hotel dorang mintak gambar passport.

Additional info, untuk yang tidak biasa naik flight atau pergi ke Australia, nanti masa dalam flight sejam pertama FA akan agihkan satu borang declare item which kena isikan betul2 dan jangan tipuuuu. Kalau tipu tapi x kena tangkap tak apa. Tapi kalau tertangkap nayaa woihhh. Make sure isikan alamat and contact no betul2. Kalau tak nanti depan2 immi sana kena isi. Memang seriau jugak tengok muka depa sambil isi form.

Oklah, rasa macam dah berjela. Nanti rajin2 kita update day 1, 2, 3, 4, 5.. kalau rajin ye.

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?