Travel: Backpackers to Perth | Day 1

Assalamualaikum. Mahap laa ye. Kalau ayat dalam blog ni tunggang langgang telingkup terbalik. Excited pulak nak hapdate macam-macam. Sekarang tengah bermood nak hapdate hari pertama di Perth, Western Australia. Yeah, kalau google banyak je info pasal Perth ni. Kalau tanya kenapa saya pilih Perth? Sebab saya ikot kawan saya, Atul. Hahaha. Memang tak berani lagi nak travel berdua je dengan suami.

Al-kisah. Hari pertama. Of course akan naik kapai terbang. Jujur saya cakap, ni pertama kali jejak kaki naik kapai terbang. Naik maksudnya fly to the moon. Hehe. Pertama kali rasa melalui imigrasi, pertama kali pegang passport sendiri. Semua pertama kali. Suami kali ke 2 kot.

Tu lah, orang kata rezeki manusia ni berbeza-beza. Eh bukan orang kata, Allah yang kata. :)

Dah settle check in, naik flight, duduk dendiam.. maka bermulalah perjalanan 5 jam plus plus. Depart on 12.05am 16 October and arrived around 5.40am 16 october 2014. Waktu ni langit Perth memang cerah dah. Ya Allah tak dapat nak imagine perasaan melihat kebesaran Allah. Indahnya matahari terbit. Walaupun waktu sama je dengan Malaysia, tak lari even sesaat pun. Tapi bila depa cerah dulu pukui 5.30 dah terang macam pukui 8, teruja sungguh. Allah maha besar.

Settle keluar flight. Nak lalu immigration Perth Airport pulak. Waktu dekat sini, kena disiplin sikit. Kena beratur ye. Tak boleh tangkap gambar. Even telefon berbunyi pun kena marah. Muka depa toksah cakap, cengerr je. Tapi kalau everything okay, passport okay, declare list okay depa okay je.

Dah keluar dari check out, pegi check bag pulak. Bawak declare list. Maksudnya, declare card tu depa check 2 kali. Dekat sini biasa ada anjing pengesan, tapi rezeki kami kot, anjing tu pulak dah habis shift bertugas. Hahaha. Sebab kami habiskan masa lama gilaa dekat toilet. So bila beratur nak check beg tu memang dah tak de orang dah.

Yang kat part ni, saya tak tau apasal tetiba cuak. Hahaha. Memang dah declare habis, tapi perasaan cuak tu memang membuak2. Depa tetap bukak jugak beg tu even dah bg list incredient.

So, settle kat situ. Keluar airport. Cari teksi. Actually kami cari prayer room, tapi x ketemu. Sighhh. Semua dah letih dengan tak cukup tidur semua. Kami decide balik hostel dulu.

Dapat teksi, senang je. Keluar airport belah kiri dah ada teksi beratoq. Abg teksi tu org sigh.. takde lak nak bersembang ngan kami. Kami pun diam lah sambil bersuara sesama kami.. cantiknyaaa.. sejuknyaaa. Haihh.. memang tak hirau lah kalau orang nak cakap kami Peghak.. memang peghak semcm. Terujaaa. Harga teksi tak silap kena AUD45 mcmtulaa.

Sampai Hay Street Backpackers Hostel around 7.30am. Masa ni memang dah cerah, terang benderang mcm pukui 10 pagi Malaysia. Tapi, kami memang takdak luck. Sebab receptionist tak bukak lagi. Office receptionist bukak pukul 8.30pagi. Maknanya kena tunggu exactly sejam. Angan-angan kami nak rest sekejap tidak tercapai.

Maka kami pun berkampunglah depan hostel. Jalan setapak dua kiri dan kanan hostel je. Takut sesat. Hahahaa.

Bila si gadis receptionist sampai. Pung pang pung pang.. dia kata check in around 2pm. Kami mencuba nasib je sebenarnya kot2 ada bilik kosong dan boleh check in awal. Tapi sekali lagi, nasib kami kurang luck masa tu. Hehe. So, moral of the story, masa booking dekat booking.com just isi je column expected to arrived tu ye. Lebih baik bagitau je korang di jangka tiba awal. Biarlah depa tunggu kita, jangan kita tunggu depa. Dalam booking tu inform je nak check in awai, at least depa faham dan boleh readykan siap2.

Kisah kami hari pertama di Perth, sebenarnya plan nak gerak ke Caversham Wildlife Park pagi2 lepas sampai tu. Macam nak gerak pukui 9am laa sebab nak kejar show pukui 10am. Tapi semua hanyalah angan-angan. The exact time kitaorg keluar adalah 11am lebih lebih sikit.

Oh lupa nak cakap. Kadang2 kita rasa dah nasib malang kan? Alhamdulillah, nasib baik ada jugak utk kteorg haritu. Akhirnyaaa kami dapat jugak check in awal. Pukui 10.15am kitaorg dah masuk bilik. Punggah2 barang, suami lena kejap. Sempatlaa juga dia mimpi2. Hehe..

makanan pertama kami sementara nak tunggu bilik siap. Lepak2 dekat kitchen dan berehat dan merayap sekitar hostel.

So, after dah ready, kami kejar laa red cat bus. Masa ni first time nak naik free public transport. Rasa teruja sangat. Dah laa free, kekerapan bas datang setiap 10 minit dan sentiasa tepat mengikut jadual yang disediakan setiap hari. So kita boleh plan nak naik pukui brapa sesiap.

Dari depan Hay Street Backpackers, kami bertolak ke Perhentian Keretapi Bandaraya Perth.  Dari situ, kami naik train ke Midland dan akan berhenti di stesen kecil Guildford. Dari stesen kecil Guildford, akan naik bas semula dan akan berhenti betul2 di depan Caversham Wildlife Park. Jika kurang pasti, boleh minta bantuan dari staff yang jaga di bahagian kaunter di Stesen Train dan juga pemandu bas. Abg bas sgt baik. Kalau rasa tak confident bas tu berhenti ke tak dekat tempat dituju, kita tanya je dia. Dan dia akan bantu. Of course sebagai pelancong kita tak pasti bila patut tekan loceng kan? Tak payah tekan pun.. depa berhentikan bas dan bagitau dah sampai. Senang, mudah.

Harga tiket untuk perkhidmatan Transpert untuk kedua-dua jenis Train dan bas adalah AUD8.80 seorang (Pergi AUD4.40, Balik AUD4.40) dan valid selama 2 jam. Agak tidak berbaloi sebab jika hari minggu, harga untuk sekeluarga 2 dewasa 4 kanak-kanak adalah AUD12.10 dan valid untuk seharian. Boleh berjalan turun naik transpert sakan.. HIHI.

Lepas tu, jangan tanya laa macamana story dia. Bas berhenti2, penumpang turun dan naik. Hari pertama, biasalah.. hari pembelajaran.




Hari pertama sempat melawat Caversham sahaja selain menerokai CBD, Perth. Bandar Perth takde laa besar sangat. Dari tengah2 bandar ke lokasi hostel kami dalam setengah jam jalan kaki je. Memang lenguh habis dah kaki.. Bersengkang mata jugak dok baca-baca maps. First day, semua haru biru sikit. Tapi belum sampai tahap sesat lagi lah. HIHI

di bawah adalah status saya yang di share di facebook. sebab rindu nak blogging masa tu, end up jadi macam karangan dekat blog dh rupenye. HEHE


Bismilllahhirahmanirahim. ‪#‎coretcoretperth‬ 
First experience naik flight. For 5hours ++. Alhamdulillah. Rasa mcm travel naik bas je. For me takde mabuk2 pelik. Alhamdulillah. 
Let me just write shortly here about our experiences. Sharing our moment and tips. Before nak tulis panjang lebar dkt blog nnt. Hehe. InsyaAllah. 
So harini lepas turun flight, dan melalui pengalaman imegresen yg panjang dan cemuih nak jawab itu ini dgn depa. Depa too strict ye bab2 benda nk masuk country ni. So make sure everything kena declair dlu before korang lalui imegresen. Jgn lupa isi segala info masa korang kt sini. Sbb for sure x lepaih nk masuk. So approximately keluar dr airport around 7am selepas mendarat pukul 5.40am. Lama tak?

After that, kteorg naik teksi ke hostel. Dalam setengah jam mcmtu. Sampai hostel, reception tak buka lagi. Dalam 7.40am cmtu kenalaa tunggu sampai 8.30am. Kteorg decide xnak jalan jauh. Since barang banyak dan malas nak ngangkut. Tercongok laa kami depan hostel.

Lepas receptionist sampai, dia bagi kteorg masuk. Then kami melepak laa kt kitchen sampai pkl 10. Alhamdulillah, around 10.15am dpt check in awal. Malas nak berjalan wpun dlm itinenary dh plan nak letak bag wash up then trus gerak ke Caversham Wildlife Park. Tapi kite hanya mampu merancang. Sbb dh penat lalui flight n x dpt tdo nyenyak kteorg rest jap sampai dpt bilik.

Lps settle down wash up and touch up. Wpun x tkr baju. Haha. Kteorg teruskan misi nak ke Caversham. Biasalah hidup di bumi asing for day 1st. Masing2 blur. Wpun sini di sediakan bas awam free.. still blur. Kteorg naik Red Cat bas kt stesen 5 betul2 dpn hostel utk ke railway station. Tips kt sini, percaya kt google map. Sebab kteorg rupanyaa boleh je turun kt stesen lg awal. Tapi sbb x caya and nak jgk turun dkt stop Perth station, kteorg dibawak round 1 city. Wakakaa.. 15 pit stop instead of 5 je. Pheww..

Kt railway station pn blur. Sbb on reseacrh nak amik pakej for 1 day payment for family ride cmtu. Rupenye family ride only applicable time cuti sekolah. Terpaksa tkr bajet dr aud11.20 seorg ke aud4.40 for train bas for 1 way per person. Jd total aud8.80 utk 2 org for 1 way je. Tips lg. Jgn convert. Wakakakaa.

1 thing yg best. Org sini sgt penyenang. Kalau kita tanya skali, dia tlng smpai kita dpt. Dalam train, jgn tido. Tkt terlepas stesen. Hahaa. Dan kteorg slmt smpai caversham pukul 12.30pm. Nk kejar Farm show pukul 1pm. Kt sini kena Aud25 per person. Kt sini korang leh tgk farm show. Cmne dorang buang bulu biri2. Mcmne perah susu lembu. Cmne dorang train animal kt sini. Best!!

Lps show tu kteorg g berjalan kt kangaroo walkway. Boleh bg kangaroo mkn. Mmg jinak. Tips jgn jd penakut mcm ceq je la. Hakhak.

Dalam pukul 3pm dh grk blik dh sbb x larat nk jalan. Skrg musim bunga. Cuaca lebih kurang mcm kt cameron pagi2. Wpun panas terik. Angin dia menten sejuk. Nikmat sgt cuaca kt sini.

Balik city mmg rasa dekat sesgt. Balik singgah carik nasik kt insan cafe. Nasi goreng kampung Aud10.50 :) lepas tu menapak berjalan setengah jam ke hostel. Org sini mmg rajin berjalan. Salute sgt dgn dorang. Kereta takde double park pn. Jalan semua 1 way.

Harini nya cost:
Taxi: Aud20/2 person
Hostel: Aud300/5d4n
Deposit hostel: Aud20
Cat red bus: Free of charge
Transperth (bas and train to caversham): Aud8.80/person
Caversham tix: Aud25/person
Small mineral water: Aud2 x 2
Icecream: Aud1.8 x 2
Fridgemagnet caversham: Aud5.00
Nasi goreng kampung Insan cafe: Aud10.50
Teh tarik: Aud3.5
Groceries: Aud8.80
Total for first night: Aud443

Alhamdulillah. Settle hari first. Esok and seterusnyaaa akan lebih cut cost. Doakan kami survive ye.










No comments:

Post a Comment

Kata Anda?