Journey 2014.


2014 akan pergi melabuhkan tirai. banyak kenangan sudah tentu. suka duka pahit manis hempedu. 

sedikit coretan sepanjang 2014. 

nah. memang awalnya kita rasakan dan sentiasa mendoakan sepanjang 2014 akan berlalu pergi dengan tenang dan penuh keriangan. 

genap juga setahun berumah tangga. Alhamdulillah. semoga bahagia yang di pinjamkan Allah berkekalan hingga akhir hayat kami. Di sini, saya coretkan juga perasaan saya sepanjang 2014. 

mohon jangan ada sesiapa tersentap, ini sekadar berkongsi perasaan saya. bukan bermaksud saya cemburu dan iri hati dengan keadaan tersebut. perasaan mana boleh paksa, dia lahir sendiri tanpa di pinta. 

January 
  • 14 Januari. Sambutan kecil-kecilan hari jadi suami yang ke 33. pertama kali sambut sebagai suami isteri. agak manis buat kami. Birthdaynya kali ni saya belikan kek sebijik sejiban macam kek perkahwinan kami. cuma corak ditukar sama sekali. flavornya saya order sama mcm kek perkahwinan. sebabnya, rasa ralat tak dapat rasa kek kahwin sendiri. HIHI. 

Februaru
  • Masih berdua dan menunggu perkabaran org ke 3. masa ini, saya belum period lg. memang sebelum kahwin lagi period saya tunggang langgang. cuma tetap akan keluar sebulan sekali wlaupun lewat. HIHI

March
  • Berbulan madu ke Pulau Langkawi. actually tak laa bulan madu sgt. lebih kepada melawat mak ndak saya di sana. Alhamudlillah. peginapan kami di Eco Resort yang berdekatan dengan kereta Kabel Langkawi di taja sepenuhnya oleh Mak ndak dan Pak ndak. Syukur.. Malam terakhir, kami menginap di rumah Mak ndak dan adakan sedikit sessi makan2 dan BBQ. 
  • Period datang buat pertama kali di awal bulan March. mengharapkan ada sirna. kononnya. tapi siapa tahu rezeki yang Allah rahsiakan kan?

April
  • Hidup berjalan seperti biasa. 
  • Period tetap lewat. Tiada period. hmm
  • Berkira-kira ke Perth bersama atol dan suami. sedang berkira-kira juga tarikh dan bajet yang sesuai. selepas perbincangan, tarikh sekitar october telah dipilih. tiket juga dibeli dengan segera. sementara murah kan. huhu
  • Suami bercuti hampir sebulan selepas melepaskan jawatannya sebagai designer di tempat lama. Allah know best. mungkin rezeki kami selepas kahwin. walaupun gaji d tempat baru agak rendah, tapi kami tetap bersyukur. janji kami happy, suami kurang stress. kurang gugur rambutnya. hehe

May
  • awal tahun di jalani penuh kegembiraan, suami membuat kejutan kekononnya, belikan kek sewaktu hari jadi saya. tapi dah terkantoi dulu sebab saya jumpa resit dalam beg plastik. HIHI
  • suami mula bekerja di tempat baru. Alhamdulillah.
  • sekitar hujung bulan, mendapat perkabaran duka. Rumah pakcik kepada suami terbakar di kampung. doa saja yang dapat kami mengiringi. 
  • Period kembali di hujung bulan. 
  • Sekitar hari ahad di hujung bulan May, sehari selepas kebakaran, saya mengikut suami pulang melawat kesan kebakaran. semua adik-beradik ipar termasuk emak dan abah mertua turut datang. sewaktu ini juga, kakak dan adik ipar saya berkongsi berita gembira. Mereka serentak sedang hamil dalam minggu ke 3 dan 4. Saya juga turut tumpang gembira dan berdoa, semoga ada juga rezeki kami nanti. :)

June
  • awal june, says amat sibuk dengan urusan saya di universiti. sedang berkira-kira mahu teruskan semester atau mulakan latikan praktikal. sebab subjek yang hanya tinggal 3 ini sepatutnya dihabiskan dulu, tetapi bila dah dok clashing, jadi tunggang langgang dah schedule. jadi selepas perbincangan dengan lecturer, saya berkeputusan untuk meneruskan latihan praktikal. walaupun agak tergesa2 tetapi Alhamdulillah, berkat pertolongan biras saya, Kak Ina, saya dapat tempat di Karangkraf Network. it such a good opportunity for me. indeed.
  • Atul berkongsi berita gembira. hamil lebih kurang 2 bulan masa tu. syukur ya Allah. penantian Atul sudah berjawab. saya masih menanti. 

July
  • Puasa dan akan menyambut hari raya. persiapan raya kami cuba sedaya upaya usahakan. sesungguhnya suami sgt di uji. dari segi kewangan terutamanya. waktu ini kami sedang cuba serasiakn aliran tunai dengan kehidupan kami yang agak sedikit berubah. ye la, saya baru praktikal, jadinya kewangan keluar agak laju masa tu. dari puchong ke shah alam sememangnya terasa jauh bagi saya selepas beberapa minggu berulang alik. di tambah dengan jammed dan tol. 
  • Sambutan raya juga kami sekat sama sekali. tiada baju baru yang berplastik2. kami lebihkan kepada aliran tunai untuk pulang ke kampung terutamanya bila ulang alik dari Penang ke Negeri Sembilan. phewww..
  • waktu ini, suami velum confirmed lagi untuk jawatannya. faham-fahamlah kalau dikira gaji hari mcmana. memang terasa sebenarnya. 

Aug
  • saya agak sibuk dengan praktikal. preparation report dan presentation juga. 
  • period kembali di penghujung aug.
  • Selepas raya, kami mula berpindah ke rumah sewa. Alhamdulillah. banyak jasa umi ayah dan adik2 bagi kami tumpang bertedung sementara. sekarang belajar hidup sendiri.

September
  • oleh kerana saya rasa agak stress memikirkan masalah period saya, saya membuat keputusan untuk mencari klinik yang sesuai dan boleh berkongsi perasaan saya. akhirnya, setelah google saya membaca beberapa review mengenai Pusat Rawatan Mesra. walaupun agak jauh dari rumah, saya cuba juga ke sana. Dari puchong ke serdang, sekurang-kurangnya ambil masa 20 minit. huuu
  • Di pertengahan september, saya menamatkan latihan praktikal saya. sesungguhnya saya tidak sukakan perpisahan. hubungan baru mulai rapat dan mesra. 3 bulan, macam-macam perkara saya belajar dan di ajar. 

October
  • mula bercuti. bertenangkan diri. 
  • Period datang awal october. rasa macam cepat pulak cycle kali ni. mungkin berkat saya amalkan Jus Delima Gulsan.
  • Bercuti ke Perth, Alhamdulillah. kalau sebelum ni mcm bermimpi jejak kaki ke negara orang. sekarang dah jadi realiti. memang rasa bersyukur sgt2. semoga ada lagi peluang dan rezeki kami di kemudian hari. insyaAllah

November
  • Di hujung november, saya mendapat khabar gembira dari sepupu yang baru saja berkahwin pada penghujung october. Isterinya hamil hampir sebulan. ya, sapa tak gembira. tetapi, berita tersebut umpama menyentap perasaan saya juga. mungkin terlalu sensitif. rezeki manusia kan berbeza2. itu saya pegang. Allah sebaik-baik perancang.
  • Penghujung November saya kembali ke Pusat Rawatan Mesra. mungkin akibat tersentap dengan perkabaran dari sepupu. saya rasa macam tak boleh berlenggah lagi. risau dan mcm2 perasaan bersarang. risau kalau2 ada penyakit yang tidak nampak dengan mata kasar.
  • kali ini doktor Rahaya scan perut saya. beliau mengatakan rahim saya dalam keadaan cantik. tidak nampak ada cyst atau pun sedang membengkak. dan sememangnya "kosong".
  • Doktor Rahaya membekalkan ubat turun period dan juga pil hormon Diane 35. secara mata kasar dari seorang doktor, badan saya mengalami gangguan hormon, jadi Doktor cadangkan saya membuat rawatan hormon dlu. InsyaAllah kita usaha dulu dengan cara begini. Alhamdulillah. mujur jumpa doktor Rahaya, yang lemah lembut, setiap perkataan yang dikeluarkan sangat lembut. memang senang berurusan dengannya.

December
  • awal december period mula turun selepas makan ubat turun period 5 hari berturut-turut
  • hari ke 2, saya mula amalkan diane 35 tepat pukul 10 setiap malam. kadang2 terlewat juga 10-20 minit. hehe..
  • 20/12/2014 setahun sudah menjalani hidup berumahtangga. suami seorang yang sgt bertanggungjawab. tempat saya menumpang kasih, tempat saya tumpang bahu bersandar, tempat berkongsi suka dan duka, menangis ketawa. setahun bersama, suami mula tahu gerak geri saya. bila saya akan menangis, bila saya tiada mood. Alhamdulillah ya Allah. 

Bergaduh beberapa kali itu perkara biasa. tapi suami seorang yang tidak suka panjang-panjangkan cerita. walaupun saya salah, dia yang akan datang memujuk. walaupun dia salah, dia juga yang akan datang pujuk. hehe. 

membebel bukan sifat saya, mungkin dari kecil saya banyak memendam. kadang-kadang terbebel juga. hihi.

semoga 2015 datang dengan membawakan perkabaran yang indah buat kami. kami tunggu ya Allah, jika rezeki kami pada tahun2 akan datang. semoga ada rezeki buat kami untuk merasakan perasaan menjadi ibu dan ayah.

mungkin betul, jika ada sesiapa terbaca post ini, yang belum menimang cahaya mata lagi. 3 atau 4 tahun masih menunggu. semoga kita sama2 sabar dan tabah menanti. jangan berhenti berusaha. insyaAllah di setiap kesulitan pasti ada kegembiraan dan kesenangan Allah akan lahirkan. 

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?