Best ke kahwin?

Assalamualaikum.

Have a blast Friday everyone.

Hmm.. hampir setahun menjalani kehidupan berumah tangga. Orang tua-tua bilang baru setahun jaggung.

Alhamdulillah, we ended our love story journey with 1 ikatan yg halal. 4 tahun bercinta melalui pelbagai onak duri dan dugaan yg tak seberapa.

Berkahwin dan dalam masa yg sama masih meneruskan usaha menamatkan pembelajaran di Multimedia Universiti Cyberjaya. Ramai orang tanya, tak nak tunggu habis belajar dulu ke? Tak nak simpan duit ke? Tak nak tunggu kerja dulu ke? Well, bak kata Sam Bunkface "when its time its time babe". Semua ni aturan Allah.

Bila masih belajar, walaupun umur dah nak hujung 20an. Saya masih lagi dikelilingi oleh kawan-kawan yang kebanyakkannya di awal 20-an. Bila berjumpa ramai yang tanya. Best tak kahwin? Dan kebanyakkan jawapan yg keluar dari mulut saya. Best!

Best tak best tu sgt laa general ye adik-adik. Bila dah kahwin ni, memang kehidupan kita totally berpindah ke satu suasana yang lain. Kalau dulu kita sorang-sorang je. Tidur pun sorang-sorang. Sekarang tidur berteman. Hihi.

Apa yang best?

Terus terang, di awal perkahwinan, tahap stamina saya tidak kuat. Maksud saya, dulu kalau nak sidai baju waktu duduk bujang, sidai untuk sorang je, sekarang baju jadi double. Dari sidai, lipat, susunatur, kekemasan. Semua double. Nampak senang kan? Tapi awal2 kan, memang belum biasa. Sekarang dah pakar tau.

Dari segi kesefahaman. Yg ni mmg kena dalami betul-betul. Walaupun bercinta lama mana, once dah duduk sama-sama memang kena bina kesefahaman yang baru. Dulu belum dapat, kalau merajuk pun, kenalah pujuk diri sendiri. Lepas kahwin, kalau merajuk memang kena pujuk betul-betul.. kalau tak, dapur tak berasap.. hahahhaa.

Rezeki juga. Memang betul, bila berkahwin ni rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah. Walaupun bukan lah sampai tahap tiba-tiba terus jadi kaya raya. Tapi bila dapat rasa nikmat satu perhubungan yg halal dan bahagia yg dipinjam kan Allah ni, itu sudah cukup. Ada orang jaga kita, didik kita, peluk kita, tenangkan kita tanpa perlu rasa takut dengan dosa. Bila dah jadi isteri ni, nak elak dosa senang je. Jangan melawan cakap suami selagi segala arahan dia tak bertentangan dengan agama. Bila jadi isteri amatlah mudah dapat pahala sehinggakan kalau buatkan air pun, free2 pahala di tambah. Alhamdulillah.

Kesimpulan best tak kahwin.

Tentulah best. Kalau kita tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul. Tanggungjawab terhadap keluar dan mertua. Adik beradik.
Tanggungjawab terhadap kehidupan mendatang.

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?