TTC: Kesan Diane ke atas diri sendiri.

Assalamualaikum.

Hello, and have a good day everyone.

Kembali kepada kisah TTC saya. Alhamdulillah, kesan Diane 35 menampakkan perubahan kepada aliran kitaran period saya. Selepas berusaha memakan dan disiplinkan diri selama 21 hari akhirnya, period kembali pada day 28.

Saya belum mampu buat BBT lagi. Waktu tidur agak tunggang langgang. Sebabnya, bila dah tidur siang (kadang-kadang terlena), jadi malamnya agak susah tidur. Seperti pagi ini. Waktu saya menaip entry ini sekitar pukul 4 pagi. Ayam pun dah berkokok. pffttt

Berbalik kepada tajuk di atas.

Sewaktu cycle yang lepas, Diane 35 memberikan kesan yang agak terkesan pada saya. Antara kesan sampingan yang saya dapat:

- Muntah dengan tiba
- Perut rasa macam sengugut yang sakit teramat2 sakit. Sakit tu kerap kali tiba
- Miss B saya rasa membengkak rasa mcm nak pecah. pffttt

itu sajalah kesan yang saya masih ingat, kita tengok cycle kali ini mcmana.

Pagi tadi, saya kembali ke Pusat Rawatan Mesra, Serdang. Berjumpa kembali dengan Dr. Rahaya yang lemah lembut gemalai comel. semuanya lah. HIHI

Banyak persoalan yang sempat saya bertanya tadi. Alhamdulillah, Dr. Rahaya sangat laa rajin melayan setiap perasaan saya. Bila saya mengadukan perihal kesan Diane, Dr nak tukar pulak ubat hormon tu. tapi saya cakap saya mampu lagi nak tahan semua ini. InsyaAllah. Semoga saya kuat.

Jadi, daripada consultation siang tadi. Dr. Rahaya bekalkan saya beberapa pil. Antaranya Pil Diane 35 (untuk betulkan period, supaya cycle cantik), Pil Clomid (untuk di makan pada hari ke 2 - 6 untuk menstruasi akan datang) dan Acid Folic (Dr suggest supaya start makan dah untuk cycle ini).

Kos hari ini adalah RM115. Alhamdulillah. tak mahal seperti gynae yang lain. ehemmm

InsyaAllah kembali berjumpa Dr next cycle. Kita tengok apa Dr nak bantu. Mohon doa rakan-rakan ye. Saya dan suami cuba beruasaha dari sudut dan cara begini. Segala rezeki dan ketentuan semestinya dari Allah s.w.t.

Keep strong, keep doing, keep praying. Semoga Allah bersama kita semua ya warga TTC-ian.


No comments:

Post a Comment

Kata Anda?