Kehidupan di universiti selepas berumah tangga

Hello, marshimellow.

Assalamualaikum.

Tajuk kemain kau. Ye la, dah tua bangka baru laa berpeluang masuk universiti. Tapi tu laa makin tua makin malas pulak.

Waktu dan ketika ini, saya berada di 2nd Semester of final year. Dari tahun lepas kemain kauu final year, tapi dah kantoi 2 subject. Padanlaa muka. So sem ni, just retake 2 subject ni je laa. Semoga berpeluang lulus dengan jayanya. Target for A for both subject. InsyaAllah. Impian haruslaa besar.

Untuk semester ini, saya akan memasuk peringkat umur 29 tahun. ternyata umur memainkan peranan yg sangat penting ye hadek hadek. Aku peratiii je anak-anak, adik-adik zaman sekarang masuk universiti. Macam-macam peel dan ragam, dan boleh nampak sangat korang ni kategori freshie. HIHI..

Takpe laa, akk tak kisah lagi. Sejak sambung belajar waktu usia 25 tahun sampai sekarang, saya dapat merasakan perubahan yang teramat berubah. Mungkin hormon selepas berkahwin kot. Effect juga perangai kat universiti. HIHI.

Sejujurnya (lagiii) waktu umur yg begini, saya lebih memikirkan ekonomi rumah tangga yg perlu di perbetulkan. kalau dulu, merata ajak kwn2 makan sana sini dan merata juga saya ikut mereka makan di sana sini. tapi selepas berkahwin, kalau pergi makan tempat best2 sikit, mula laa teringat2 dekat suami.. yang bertungkus-lumus bekerja, aku pulak habiskan duit, HAHAHA.

Ye laa, suami kerja siang malam pagi petang, weekend pun kadang-kadang kerja, cuti sekolah apa ntah lagi kan. Rasa mcm tak sanggup pulak nak berjimba mcm dulu.


Selain daripada itu, factor yg banyak effect kehidupan universiti saya sekarang adalah campuran kerja rumah dan kerja sekolah. Kerja rumah tu takde laa banyak sangat, tapi bila dah terbiar lama-lama jadi banyak laa. Contohnya, lipat kain. Huahua.. paaaling malas sekali.

Agaknya, sebab tu Allah tak beri rezeki anak buat kami lagi. Tanggungjawab saya dan suami sesama sendiri belum dapat catch up lagi. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala hajat kami.

- Nak habiskan belajar on time (InysaAllah on May 2015, grad Aug 2015)
- Nak cari kerja sebelum final exam last semester (kalau boleh nak start kerja on 1st June)
- Nak grad
- Nak itu ini. dan macam-macam lg.

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?