Tolak ansur dalam hubungan

Assalamualaikum.

Semalam, hari yg sgt tought buat suami. Satu hari kena marah dengan boss ats kesilapan teknikal yg dilakukan dlm pekerjaan.

Lumrahlah. Mana manusia x buat silap kan?

Dari pagi aku yg nervous. Taknak suami bertindak melulu. Fahamkan amarah lelaki. Walaupun kesilapan dilakukan tu tak besar mana, kalau dah bos, marah dia melampau2.

Dari pagi aku bagi support. Ingatkn suami supaya ingat pada Allah, zikir, istighfar.

Alhamdulillah, suami bgtau dia ok. Walaupun penat kena dengar bebelan free dari pagi sampai petang.

Ok, tu cerita pagi.

Being a normal pregnant women, biasalah. Ada saja benda nak makan. Nak2 dah masuk trisem 2 ni. Menginjak bulan ke 5.

Aku teringat2 roti telur goreng dengan cheese. Menjadi aku adalah amat malas untuk keluar waima ke kedai sekalipun. Kelas Isnin dan Selasa je. Boleh dikatakan waktu kelas je aku keluar.

Dan mcm biasa, petang aku order mcm2. Mintak suami belikan roti dan cheese. Telur masih ada. Aku tunggu. Tunggu.. dan tunggu.

Suami whatsapp bgtau balik lambat. Singgah kedai gunting (botakkan) rambut. Hehehe. Xleh panjang sikit. Mesti nak botak.
Aku tunggu lagi. Bila dh dgr kunci nak bukak pintu. Aku eksaitedd. Terus bangun. Tunggu depan pintu. Baby dok mintak roti telur cheese. Sapa tak eksaited.

Sekali aku tgk tgn suami kosong. Aku tanyaa. "By x beli ke roti?"

Suami jwb "Allah, by lupa sgt.. sorry syg. Nnt by belikan eyh."

Aku, dalam rasa kecewa terus senyap. Merajuk. Cebik muka. Hentak kaki.

Tak tahu kenapa perangai cmni sejak preggy.

Suami keep on pujuk. Dia nak keluar beli. Aku ckp xyah laa. Mmg dlm hati xnak dia keluar balik. Kesian dia penat. Tp di sebabkan kuasa merajuk menguasai 99% aku xleh control diri. Aku masuk bilik.

Lepas tu aku dgr kunci ngn pintu di bukak. Haaa. Dia betul2 nak keluar. Aku terus keluar bilik then ckp xyah laa by. Dia terus keluar.

Aduh!! Rasa apa masa tu? Jgn ckp. Menyesal merajuk.

Lepas beli segala pesanan. Suami balik. Aku dh terperuk dlm bilik. Suami ckp "by dah belikan"

Senyap.

Dia terus masuk bilik air. Mandi.

Sebelum solat maghrib dia tanya. "Bby taknak makan ke? Tu by dh beli tu"

Aku geleng. Merajuk lg. Tp rasa bersalah jgk sebenarnya.

Suami ckp, "bby x kesian kat by ke? Dah laa satu hari ni by kena ngn boss, balik bby cmni plak."

Air mata bergenang. Suami teruskan solat.

Aku bangkit dgn rasa bersalah. Terus buatkn roti telur cheese. Tanpa kata. Dalam senyap.

15 minit berlalu. Roti telur cheese siap. Suami selesai solat.

Dia tanya aku. Bby dah maghrib? Masih tenang suaranya.

Aku geleng. Terus masuk ke bilik.

Senyap.

Selesai aku solat, suami masuk. "Jom makan."

Senyap.

Aku keluar. Makan. Senyap beberapa ketika. Tak tahu mcmana nak start.

Bingung.

10 minit berlalu. Habis roti cheese aku. Suami suap baki dia ke aku. Dia tahu aku nak lagi.

Aku geleng. Tp mana tahan. Huhu.

Aku mintak. Sesi suap2 pn berjalan.

Dia peluk aku. Aku rasa sebak pulak. Salah aku, tak faham situasi dia. Tp dia usaha faham perangai dan peel aku. Allah.

Dalam kehidupan berdua ni. Selain hubungan sesama manusia, jg hubungan kita dengan Allah juga. Aku tahu, ramai mana lelaki sanggup menahan peel rajuk perempuan. Walaupun perempuan yg salah, lelaki tetap cuba faham.

Kalau laa suami tak solat, tak berdoa, api yg marak mana boleh reda tanpa air dan pasir. Mcmtulaa dengan marah dan rajuk. Solat, doa mohon pd Allah. Lembutkn hati pasangan masing2. Faham memahami.

Ni baru nak masuk 2 tahun. Hidup berdua. Masih sedang mengenali isi hati masing2.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?