Pages

Diary Dengan Maktok (DDM): Maktok dan Toi





I really2 miss my arwah maktok. Masa 2 bulan pertama permergian arwah, kalau terkenang memang menangis teresak2. Tapi sekarang, Alhamdulillah beransur tabah walaupun kadang2 berjurai2 jgk airmata.

Sejak pemergian arwah, aku memang amalkan bacaan al-Quran secara harian. Semoga ada sedikit sedekah buat arwah nunn jauh di sana.

12 May 2015, memang aku akan ingat sampi akhir hayat. Rasa mcm cepat sgt mak tinggalkan kami. Tp, siapalah dpt jangka Ajal Maut. Semua tu takdir Allah dah tetapkan lamaaa dah.

Bila teringat arwah ni, teringat conversation terakhir kami pasai kucing.
Arwah ada bela sekoq kucing nama dia TOI. Aku yg duduk lama dengan arwah ni, tahu sangat perangai arwah. Mana pernah suka kucing. Dia akan halau2 kucing yg dtg dekat ngn rumah. Org penang kata penghambat.

Aku tahu, org tua tu sunyi. Tokwan pun tak sihat, arwah ngn tokwan mana ngamm. Dok gaduhh2 manja jaa sokmo. Hehe. Biasalah org tua. Aku dh lali dah sgt dgn perangai depa.

Ok, berbalik citer pasal kucing. TOI, satu family dh tahu, Toi dah xde. Mati dlm rumah arwah masa arwah dan tokwan kena duduk kt rumah paklang since arwah dan tokwan sama2 tak sihat. Yg lagi sedihnyaa, arwah sampai dia Pi, xtau pun toi dah mati. Sedihnyaaa.

Aku adalah citer2 kt arwah, borak2 kosong biasalah. Pasai budak 3 ekoq ni. Dok cita2, tetiba keluaq ayat "apaalaa nasib toi tu, makan ke tidak. Risau pulak mak"

Masa tu ada cousin aku si kecik darjah 4 Mira. Dh dok tunjuk2 silent mode letak jari dkt bibir.

Aku angguk2 laa tanda fahamm. Aku pun pusing laa ckp "Alaa mak, jgn risau laa. Toi tu pandai cari makan sendiri."

Masa tu arwah tunduk. Muka sedihhh sgt. Hmmm.

Lepas tu kami dua pusing laa kot cita lain. Buat2 gelak, xmau bg arwah teringat sgt kt Toi.

Tak sangka, tu laa saat terakhir aku teman arwah. Duduk borak, sembang mcm2 walaupun arwah masa tu dh tak berapa nak dengar. Tp still kuat lg, jalan bangkit sendiri. Xnampak pun tanda uzur masa tu.

Mak, Along rindu sgt dekat mak. AL-FATIHAH.


No comments:

Post a Comment

Kata Anda?