Showing posts with label LuaHan hAfiZaH. Show all posts
Showing posts with label LuaHan hAfiZaH. Show all posts

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan.

Assalamualaikum, Salam Satu Islam, Salam Satu Malaysia.

Entry ini ada sedikit rasa kesedihan bersama.

Kalau korang tak tahu lagi, siang tadi tepat jam 5.30 petang adalah hari terakhir saya bekerja dengan bekas majikan saya.  Sekarang perasaan tak tahu nak bagitahu macamana.. Suka ada, sedih pun ada.

Ini merupakan gambar terakhir begaya dengan uniform.

Setiap tempat bekerja dekat mana-mana pun pasti ada rasa tidak puas hati dengan majikan bukan? macam tu jugalah dengan saya.  Tapi saya resign bukan atas sebab ketidakpuasanhati dengan majikan, tapi saya ada satu plan yang mungkin akan membuat dan membantu kehidupan saya bertambah cemerlang dan baik pada masa akan datang.. InsyaAllah.

Sebelum pulang tadi, saya sempat menerima amanat terakhir (eceh), dari manager saya merangkap GM dekat syarikat tu dan juga merangkap Manager bahagian Admin serta Akaun (bahagian saya). Sempat lah beliau berpesan utk belajar elok-elok.  Maklumlah, pangkat pun macam emak saya, amanat pun berbaur ke'emak'kan juga lah. Ada sikit pesanan utk Puan (harap dia tak bacalah)

Saya sangat berterima kasih kepada Puan Mastura, kerana Puan, saya banyak belajar dari sudut negatif mahupun positif tentang perkara-perkara yang saya rasa agak remeh satu ketika dahulu.  Input yang saya terima sepanjang saya membanting tulang di Syarikat milik Dato juga banyak saya perolehi. Semoga Syarikat akan terus maju (InsyaAllah) dengan berkat usaha staf-staf yg masih tinggal, pasti akan lebih maju =D 
 
Untuk kakak-kakak dekat bahagian saya yang kini tinggal seramai dua (2) orang saja,  dekat sini fizah titipkan sebaris dua kata.

Jagalah bahagian kita elok-elok.  Dan jagalah juga syarikat pakwe korang elok-elok. HAHAHA.. Semoga kalian success di sana atau di mana-mana.  Kita masih boleh berjumpa dan berjimba bersama.  Jangan risau, kalau korang lupakan fizah, fizah pasti akan lupakan korang.  HAHAHA.. ini ugutan!! tapi sekadar gurauan okeh.

Gambar diambil sewaktu makan malam hari tuh. gambar terakhir ber3. skrg tinggal ber2.

Apa yang saya rasa sedih adalah meninggalkan kerja-kerja yang saya buat dulu. Semua dah jadi kenangan dan sejarah.  Yang boleh disimpan hanya pengalaman saja.  Banyak perkara yang saya belajar dan terima dekat sini.  Dari tak berapa nak fasih buat akaun secara full set walaupun di waktu belajar dahulu saya ambil Kos Akauntasi, sekarang dah boleh buat. Walaupun ada satu dua perkara yang saya masih kurang tahu. Saya sangat lemah dengan akaun okeh.  Sbb tu saya cabar diri saya untuk mencari kerja dalam bidang akaun.

Selepas saya tamat belajar dahulu, pekerjaan saya yang pertama adalah dalam Marketing cumm Customer Service Officer.. Lihat, lari bukan? hanya 10 bulan saja saya mampu bertahan lepas tu terus kedek-kedek pergi cari kerja utk bahagian akaun.  Bila dapat kerja bahagian akaun, terus kena handle full set..  Hamikkk!!

Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal sebab masa cari kerja dulu, tak siasat latar belakang syarikat. Bila dah masuk baru lah kita tahu macamana situasi dia.  Kata perpatah, Tak kenal maka tak cinta.  Bila dah mula bekerja, hamik lagi sekali penangan Tonggang terbalik akaun.  Punyalah banyak back log.  Dengan anak syarikat dia yang banyak! Tapi anggap itu semua pengalaman kita.  Mana tahu lepas ni cari kerja, kita boleh berfikir secara lama sikit.  Tak lah membuat keputusan melulu kan.

Sehingga hari terakhir saya ini, sepanjang 1 tahun 2 bulan saya bekerja, Alhamdulillah saya dapat siapkan sebanyak 2 akaun syarikat untuk 2 tahun (tak banyak, tp saya bangga kerana itu back log yang berlaku ketika saya belum wujud lg).  Ini semua atas tunjuk ajar sifu saya iaitu Kak Syikin.. Tochee Sist.



Ada orang nak buat farewell party utk saya tak?okay fine. Takde. Larik masuk tidur.


Apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada satu titik penamatan.  Apa jua yang bermula, pasti akan ada pengakhiran.  Kehidupan perlu di teruskan.  Kita yang perlu pandai mencorak kehidupan kita sendiri, jika mahukan perubahan positif, risiko perlu diambil.  Jadi, andai peluang itu datang, jangan kita lengahkan.  Teruskan saja jika memberi kita seribu manfaat dan keutungan.  

Ahad ini, InsyaAllah bermulalah kembali kehidupan saya sebagai seorang pelajar.  Namun, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.  Mana tahu, tak jadi belajar pulak.  Siapa yang tahu kan.  So, jawapan seterusnya kita tunggu entry selepas 30 May ini okeh.

Nota Tangan Kecik: Semoga segala usaha dan kejayaan yang sedang atau bakal di kecapi kita dapat kongsikan bersama.  Jangan biarkan ada jurang pemisah antara kita umat ciptaanNya.  Kejayaan dan kecemerlangan yang sedang dinikmati waktu ini pasti akan ada juga pengakhiran.  Bersiap sedia lah untuk utk masa mendatang :D.  Kerana takdir Tuhan adalah penentu segalanya.


Lirik - Dan Bila Esok by Sofaz

 Selamat Tengahari.


Tiba² jadi serba tak kena, jadi serba murung, jadi serba sedih. Di sini saya dedikasi kan lagu terbaru dari Sofaz utk rakan² yang menganggap saya sebagai kwn.. Hmmm,  semoga terhibur dan kalian gembira di samping keluarga dan rakan.. I love all my friends (termasuk rakan blogging).. Untuk rakan² di dunia blog, walaupun kita tak pernah bertemu, tapi kalian adalah orang² yang kuat mendokong, berkongsi tips, kata perangsang dan teguran.  Saya mohon maaf sekiranya selama saya membebel di blog ini, twitter mahu Facebook pernah membuatkan kalian rasa menyampah.. HAHA.. :D ok, just enjoy da song.. buat masa ini, lagu ini merupakan lagu yang melekat dekat hati saya :D

Catatan Terakhir #23

Hari ini hari Jumaat, Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yg manis skali. Hari ini saya pergi kerja dengan berkain batik, berbaju kurung Riau kuning cair, bertudung hitam ala² tudung Ekin. Eceh, lama sangat tak berbaju kurung, biasa hari² pakai uniform Merah Putih (sebijik macam mak guard T___T).

Ini bukan entry nak promot baju kurung okeh. Kakak Saudara En Jebard ada membuka tempahan baju kurung, pembaca di sekitar Seremban yg mahukan tempahan dengan harga berpatutan boleh hubungi saya segera. oppps, terlebih sudah.HAHA. 

Eh, sebenarnya ini entry khas sempena hari terakhir saya berumur 23 Tahun.. Sob..Sob.. Dah tua aku T__T, tp Alhamdulillah, masih bernafas.

Marilah layan gambar dibwh, rasa sungguh lama tak menampal potret sendiri di ruangan entry. Bila dah lama, tak tahu pulak perubahan ketara dekat muka sendiri. Sekarang rasa macam berbelah bahagi nak letak ke tak.. Oh men, gemuk sgt. T__T

Ini dia muka 23 tahun, nnt hari terakhir 24 tahun, kita tengok beza tak beza.. Tu tunggu tahun depan lah okeh.

 Ada lagi satu kat bawah.  Sure korang mst tak puas tengok.. HAHA.. 


Banyak sebenarnya wishlist sempena birthday tahun ini.  Tp saya nak simpan dalam hati, sbb saya nak usahakan sendiri, nnt bila betul-betul dah dapat, baru boleh buat tayangan amal dekat sini.. Bukan nak menunjuk atau meninggi diri, tapi nak buktikan saya boleh dapat sendri. HEHE. 

Nantikan saja entry bila-bila dari sekarang.

Marilah saya letak satu lagi gambar yang lebih membuatkan saya berazam mahu kecikkan sedikit saiz pipi.. Sob sob.. 
Sebab tu kalau bergambar saya lebih gemar mengiringkan muka saya ke sebelah kanan. kalau depan² macam ni. haiyooo. kalah Sin Chan, tapi comel macam Mia Sarah Nasuha (Amani) pulak.. Okeh, dia dah setat perasan.. HEHE..

Ok, beransur ke meja kerja dahulu. 

Happy weekend ya. Minggu ini ada aktiviti berjalan ke JB.  Doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang.  Blogger di JB yg ternampak saya bersama konvoi Getzzone.com sila lah tegur² ya.. :D Jaga diri korang, jgn nakal².  Tolong jaga belog oren ini ya..

Welcome May! Bulan Kelahiran.

Sebelum cakap apa-apa, kena jugak laa wish Selamat Hari Pekerja. Untuk saya, bulan terakhir menjadi seorang pekerja sebelum begelar pelajar.

Tema Hari Pekerja 2010: Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi

So, kepada semua pekerja, bekerja laa dengan tekun dan tawaduq. Pekerjaan itu kan salah satu punca rezeki kita. Pekerjaan itu jgklah amanah untuk kita. Majulah pekerja, untuk mentransformasikan Malaysia!

Habis soal Hari Pekerja.. Babai April..

Kita cakap pulak soal bulan May. Yehaaa.. Bukan ada apa2 pun. Cuma saya rasa bulan May tahun ini banyak benda akan berlaku. Iya, bermula dengan hari kelahiran sehinggalah ke hujung bulan May adalah hari pendaftaran perskolahan. Saya cuma berharap, semoga May tahun ini memberi perakhiran dan permulaan yang baik untuk saya.

+Kepada yang menyambut hari kelahiran pada Bulan May, Selamat Hari Lahir saya ucapkan.
+Kepada yang mendaftar pengajian, Selamat menempuh alam pembelajaran saya titipkan.
+Kepada yang menanti kelahiran, Selamat melahirkan dan semoga semuanya selamat.
+Kepada yang menanti hari perkahwinan, Selamat Pengantin Baru untuk kalian. Semoga kekal abadi di pengakhiran.

Berakhir sudah status Pekerja.

Salam Rabu semua kawan².

Saya baru saja keluar dari bilik Pegawai Eksekutif Bahagian Projek. Nama pegawai tu Roslan, tp kami selesa memanggil beliau dengan nama singkatan Abg Lan. Abg Lan telah mengucapkan tahniah dan telah memberi beberapa kata perangsang di atas kejayaan saya melanjutkan pelajaran. Terima Kasih abg Lan, tunjuk ajar dan khidmat nasihatmu akan ku kenang. Begitu jugak dengan Pegawai Besar Syarikat, Dato'. Semalam saya sempat bertemu dengan Dato'. Dan Dato' juga nampak macam gembira bila tahu saya mahu menyambung pelajaran. Terima Kasih majikan. :)

Saya rasa, saya tidak pernah mengumumkan disini lagi. Mungkin sudah tiba masanya, saya memberitahu (walaupun tak de org nak tahu). Hari ini, genap 3 hari saya memberi surat perletakkan jawatan saya sebagai Kerani Akaun.  Ahh, hanya Kerani Akaun saja, bukan pegawai pun. Tapi ingin saya tekankan disini, KA (Kerani Akaun) disini bukan seperti di syarikat² yang lain. Walaupun bahagian akaun mempunyai 2 org kerani (termasuk feez) dan seorang assistant total adalah 3 orang staff. Kami tidak mempunyai seorang pun manager, malah eksekutif pun tiada. Bayangkanlah macamana serabutnya kami nak handle 4 akaun syarikat. Belum lagi termasuk kerja-kerja pengkeranian yang lain. Saya rasa tahap kerja saya kalau di tempat lain boleh di umpamakan seperti Officer ataupun eksekutif di tempat lain. Tapi, ini mungkin satu ilmu yang saya belajar disini. Bijak memilih tempat bekerja selepas ini.

Oklah, berbalik kepada persoalan mengenai perletakkan jawatan saya itu. Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelaran di peringkat Ijazah di MMU kampus Cyberjaya.

Selamat Datang ke MMU
Ini merupakan cabaran terhebat utk saya. Atas nasihat ummi dan ayah, saya mensambung pelajaran saya. Walaupun macam agak tua, umur dah 24 tahun tapi baru nak ambil degree. Habis nanti lagi 2 3 tahun. Lepas tu kena cari kerja, kumpul duit lagi. Hbs tu bila engkau nak kahwin? habislaa aku.. mesti kena soal siasat dengan makcik-makcik di kampung.

Ini mungkin rezeki saya untuk tahun ini. Pengeluaran dan perbelanjaan juga perlu di had kan. Bila dah biasa kerja, ada duit sendiri, belanja ikut suka hati, lepas ni kena belajar disiplin kan diri guna duit belanja RM5 sehari.. Cukupkah? Ehhh, walaupun agak berdekatan dengan rumah saya yang terletak di Puchong, tapi saya di minta duduk di Hostel. Ibu bapa menghalau gamaknya.. Bukan..bukan.. nak larik dari persekitaran perumahan yang serabut. Nanti pergi kelas harung jem yang maha hebat dekat Puchong ni. Lepas tu sampai kelas da stress, tak boleh nak terima input lecturer bagi. Hah, end up.. habislaaa.. haha..tak nak ah pk mcm tu..Duduk hostel boleh berdikari..itu saja alasan yang lalu di otak sekarang. :D

Hari terakhir saya adalah pada 26 May, jadi ada lebih kurang 4 minggu lagi utk saya settlekan kerja saya di sini. Sepanjang setahun saya bekerja disini banyak jgk ilmu diterima. Bahkan, byk jugak ketidakpuas hatian dan pelbagai dugaan saya lalui disini. Namun saya terima dengan redha atas apa yang terjadi disini. Mungkin ada hikmah. Biasalah manusia mana pernah sempurna. Pekerjaan ini juga yang memberi saya ilmu yang sangat manfaat. Mana tahu suatu hari nanti rezeki saya berada diatas, saya boleh memahami apa orang di bawah rasa. Saya tak nak saya mempunyai sifat riak, nampak orang di bwh sedikit, nak cemuh², nak pandang kecik besar kecik besar saja. Saya tak mahu! Ya Allah jauhkan laa hambamu dari sifat sedemikian.


Okay, sehingga bertemu lagi. Jaga diri rakan semua!

5 Kerja paling tekanan di America tahun 2010

Hye Peps.. Ini hanya rekod sahaja. Mahu letak.. Bukan berlaku di Malaysia, rekod ini tercipta di Amerika. Terang lagi bersuluh tajuk begitu. Jangan tanya lagi ya..

Saya jumpa 5 kerja paling tekanan di yahoo finance. Wah, rajen pagi2 engkau baca artikel segala. Eh, tak tak.. tak kuasa, itu secara kebetulan, tertengok dan segera membaca sebagai bahan rujukan. Mana laah tahu suatu hari kelak, boleh engkau buat carta pekerjaan paling tekanan kn?

Marilah meneruskan acara, pemenang pertama jatuh kepada..


1. Ahli Bomba @ Fire Fighter


 Stress Rank: 200
Stress Score: 110.936
Unemployment: 0%-4%
Hours Per Day: 11
Time Pressure: Very High
Competition: Low 

"Firefighters frequently work irregular or unusual hours, or remain on call throughout the night. They risk heat exhaustion, smoke inhalation, and serious injury while on the job, and even the state of anticipation preceding a major threat can be highly stressful in itself. Firefighters are also sometimes required to spend long hours outdoors in bad weather," says CareerCast.com.


Catatan Feez: 

Haih, dah nama pun ahli bomba,mestilah cara bekerja macam tuh, cuma dekat Malaysia, Ahli bomba di tambah perkataan penyelamat dekat belakang. Jadi, secara tak sengaja, kerja mereka bertambah laa kan. Cuma Ahli Bomba dekat Malaysia ni macam beruntung dari segi keadaan cuaca, hanya ada panas atau hujan sahaja.. :D


2. Eksekutif Korporat.
Stress Rank: 199
Stress Score: 108.625
Unemployment: 0%-4%
Hours Per Day: 11
Time Pressure: High
Competition: High 

"This highly competitive field requires detailed knowledge of the financial community, economic trends as well as technological developments and implications. Senior executives are expected to excel in many different fields at once, and face daily pressure to make far-reaching decisions that can affect numerous employees and their company’s bottom line," says CareerCast.com.

Catatan Feez: 

Dalam bidang korporat, target dan pencapaian adalah sangat penting. Setiap hari target perlu dicapai untuk memberikan kemasukan kewangan utk syarikat. Oleh itu, tahap bekerja juga perlu meningkat dan memberi sepenuh tumpuan. Bukan sahaja utk excutive malah feez rasa kerani juga turut terbabit utk menyempurnakan tugasan ini.

3. Pemandu Taxi

Stress Rank: 198
Stress Score: 100.491
Unemployment: 14%+
Hours Per Day: 9.5
Time Pressure: Moderate
Competition: Moderate
"Taxi drivers generally work erratic hours, including late nights and weekends. High speed driving in traffic, especially in major cities, is quite dangerous, and they frequently drive in bad weather conditions as well. In addition, taxi drivers are confined to their vehicle all day with a supply of cash, making them vulnerable to criminals," says CareerCast.com.

Catatan Feez: 

ehem.. bukan nak ckp apa, stress yang melampau sampai menganggu-gugat aktiviti jalan raya. Pemandu teksi di Malaysia sangat-sangat @#$%^*&^^%%. Saya tak tahu pula kalau anda semua tidak pernah mengalami dan memaki terhadap pemandu² teksi ini. Bukan mahu biadap, taappppiiii sangat kurang pemandu teksi yang bersifat lemah gemalai sekarang.. Saya ULANG sangat kurang.. haihhh.. *keluhan lagi sekali.. Okey cukup!!


4. Doktor Bedah @ Surgeon

Stress Rank: 197
Stress Score: 99.463
Unemployment: 0%-4%
Hours Per Day: 11
Time Pressure: Moderate
Competition: High 

"Surgeons can be required to work at odd hours, and many operations take hours to complete. Operating calls for extreme precision and attention to detail, and can require quick decision making with life or death consequences. In addition, rising malpractice insurance costs are a major cause of stress for many surgeons," says CareerCast.com.


Catatan Feez: 

hurmm.. no comment..rasa2 semua doktor perlu berkorban sebegini rupa. Cuma Doktor Bedah ini terdedah kepada mainan perasaan.. **eceh, ayat engkau.. Betul laa.. cuba bayangkan kalau anda seorg doktor bedah yang dedikasi, andai kata anda membedah seseorg pada suatu hari. tapi org itu tak dapat di selamatkan akibat komplikasi² tertentu.. Bukankah boleh terjadi perasaan bersalah dan pada masa yang sama sangat sedih.  Lagi² dok terfikir-fikir macamana kita nak bagitahu ahli keluarga pesakit tersebut. haihh.. ** keluh kesah lagi sekali.

5. Pegawai Polis

Stress Rank: 196
Stress Score: 93.893
Unemployment: 0%-4%
Hours Per Day: 9.5
Time Pressure: Moderate
Competition: Low

"Police officers face potentially life-threatening situations daily. Shifts can be long and strenuous, especially in emergencies, and work requires both physical and emotional strength.

Catatan Feez:
hurmm..hurmm..hurmm.. nak cakap apa.. dekat Malaysia semua Pegawai Polis stress kah? hehe. .ada pegawai polis mahu jwb? ada..ada?? mana.. mana?? ehem, pak cik polis kat Malaysia mmg baek hati. betul, tak tipu..
Oklah, cukup sahaja setakat ini, ada tambahan boleh di kemaskini di lain hari. Cuma, korang bygkn sekarang 5 pekerjaan ini adalah paling tekanan di sana, bayangkanlaa lagi 5 tahun sudah cukup..agak² berapa byk lg pekerjaan tekanan yang lain. 

Sebenarnya tekanan ini kadang² bukanlah datang dari pekerjaan 100%. Adakalanya lahir dari sifat dan cara kita sendiri hadapi pekerjaan tersebut. Strees itu mesti ada, tapi utk menghadapi stress secara terurus dan tersusun bagaimana? Korang saja yang tentukan okeh. Jangan sampai menganggu gugat perasaan, boleh terlepas ke Tg Rambutan.. Mahukah?? Tepuk dada tanya Iman.

Nota kaki: segala pendapat dan huraian adalah dari sudut pandang minda Feez sendrii, jika tersalah atau terlebih, minta tegur dan moga boleh diperbaiki masa akan datang..

Source : boleh rujuk dekat.. Finance.Yahoo.com. Iya, aku copy paste.. Ada masalah???

Lagu terhangat dalam hati..

Ok la.. mlm neh nk jiwang2 sikit.. oleh sebab malam kn.. harus jiwang.. nak2 malam2 Jumaat mcmneh.. syahdu jek.. Buat masa ini, mood saya mcm ada up side down sikit.. sikit-sikit touching.. sikit-sikit nak meleleh.. bukan meleleh air liur taw.. ini meleleh air mata punya cerita.. 

mungkin jugak disebabkan pertukaran hormon di tengah bulan.. tp x kan laa bila dengar lagu pn nak nanges feez oii.. oh, dulu-dulu kan masa kt asrama sekolah menengah kebangsaan seksyen 11, Shah Alam.. ha hamik. trus feez bg nama sekolah penuh.. saya digelar sebagai minah jiwang.. itu dululaa.. sebab suka sgt dengar lagu-lagu jiwang.. dulu yg popular masa zaman-zaman saya membesar mcm screen, scoin, spoon, stings dan macam-macam kumpulan jgk yg tumbuh mcm padi kt sawah yg menggunakan huruf S di hadapan.. Owh x lupa jgk kumpulan Q-Face dan Antz.. haha.. kumpulan favourite dulu tuh..

eh, mcm da larik tajuk pulak.. karang kurang markah cikgu beri.. =)
meh laa smbung cerita lagu di hati masa ini.. masa ini bermaksud ketika ini ya..

Pertama, lagu ini kerap kedengaran di corong-corong radio sekarang.. kerap di putarkan.. bila dengar saja mahu nangis.. sgt touching lirik2 dia.. sgt mempersonakan melodi dia.. sgt mendayu-dayu alunan lontaran suara Sabhi saddi ini.. saya jatuh cinta dengan suara dia.. lagu bertajuk NADIKU ost TARI TIRANA..






source: http://www.laadvamore.com (tqvm)


Kedua pula, lagu ini juga kerap bermain-main di akal fikiran sanubari.. lagu lama.. namun tak lekang dek zaman.. Kalo dengar hotfm janji rock mesti keluar punya laah.. Enjoy second songs from me tonite Karam by Zabarjad.. serious x pernah tahu nama penyanyi lagu ini.. dengar odw balek kerja td baru tahu.. hehe..













Ok guys.. enjoy 2 songs from me.. semoga kalian sehat aman makmur bahagia..

Notacinta: 1st time berblog di luar.. mmg byk idea keluar..

Masalah keguguran rambut. Ada Tips?

Salam Selasa untuk semua kaum blogger sekalian.. Sejak dua menjak neh feez menghadapi satu masalah yg maken lame maken serius.. sgt serius.. mule2 ingat keguguran besa jek.. xde laa risau sgt.. tp still risau jgk..
lame kelamaan, tanpa disedari rupe² rambut feez dibahagian depan mcm da xde rambut.. aduyai..tu pn baru perasan pg td.. pg td gabra jgk laa.. sib baek feez jenis bertudung.. kalo x, mst rasa x yakin hbs.. ble dok pk2 balek, punca² tu semua dtg dr mana ntah tataw laa..

lepas dok google td, ada laa jmpe punca² die.. boleh rujuk kt sini.

mcmana neh?? takut laa.. neh belum kawen, pastu mengandung, pastu bersalin lg..

kwn² ade satu dua tips x? kongsi laa ngn feez eh..harap2 tips yg senang dan ringkas.. dan boleh dibuat dirumah.. xnak laa suh pg pusat rawatan yg riban² tu.. mmg x mampu laa aku neh.. :D


p/s: xde gmbr.. malu laa nk tunjuk..

Jgn Sedut kalo x mampu beli..

Assalamualaikum.. sebelum meneruskan bacaan ini, terlebih dahulu feez nk mintak maap kot2 ade yg terase hati kn.. hehe.. x berniat pn taw..

haih.. rase2 nye entry kali neh agak panas, sepanas sedutan die.. hehe.. jgn salah sangka, feez bkn nk menghentam org yg merokok.. bkn.. bkn.. mmg x de niat.. bg feez merokok adalah hak milik peribadi individu.. Incik bard ♥ sendiri menyedut asap x sihat neh.. tp tu sume tolak ketepi laa.. sape isap sape x isap.. cume feez teringin nk meluahkan sesuatu..

Luahan yg x terluah.. rase mcm nk hampuk kepala org yg jenis mcm neh.. tajuk pn da menerang segalanya.. oklaa.. straight to da point.. Soalan yg pertama, kenapa perlu merokok kalo suka pow rokok org laen? alahaaaiii, lemah laa weih.. setiap kali jmpe, mst nk pow.. cube laa consider sikit.. ingt rokok tu beli pakai daun ke.. takat sebatang tu kre ok laa.. tp kalo dua, tiga, empat, lima pastu kira sendiri laa.. hehe.. mane laa nk cekau weih.. cm kena tanggung rokok dia plak kn? alaa.. kalo mmg time tu rokok die da abis, xpelaa.. mmg ptt kwn tlng kwn.. tp, xkan everytime jmpe.. rokok ko hbs eh? pelik jgk kn?

ouchhh... ada yg terasa ke neh? sorry laa beb.. feez xde laa nk ngutuk atau mengata sesape..
tp tpu laa kalo antara di antara kwn2 kita x pernah berkelakuan mcm neh..

dan pertanyaan feez, mcmane korang handle perangai kwn yg jenis gini?
tlng tinggalkan jwpn kt kotak komen yg cun tuh..

kita semua sedia maklum, keburukkan merokok mcmna kn? tp kalo dah menghisap rokok pn senang mendapat penyakit, jgn laa mencari penyakit laen dengan member sendiri lak kn?

ok, kt sini ade la sikit info setelah penat lelah diri ini mengoogle td.. =)
Info-info mcm neh pn da byk kali dikeluarkan oleh jabatan kesihatan dan kementerian.. =)
tp hari ini biar laa feez plak jd klinik kesihatan lak eh? haha.. jm tngok =)

Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Hehe, semoga anda2 yg merokok terbuka hati laa nk berhenti.. oppss.. entry ini jgk khas utk Incik Bard ♥ hati saya.. feez xleh nk pakse.. kalo hati dah terbuka nk benti, teruskan niat anda.. jgn mudah putus asa..

dan kepada sahabat yg berkelakuan ganjil-suka-mintak-rokok-dekat-sahabat dia.. ubah laa sikap anda.. kalo x mampu beli, senang citer benti jek.. xyah merokok.. bdn pn sehat.. ;p
jgn terasa weih.. aku x mengata sesape.. sape mkn petai, mulut dia yg bau busuk taw..
haha.. peace bebeh..

sebelum berundur diri, mari laa saksikan poster kt bwh neh..


tarra, katakan xnak pada incik rokok.. =)
p/s: sorry sgt2 ya.. ini bkn serangan peribadi.. kalo ada antara kwn2 yg nk beri komen, feez sedia menerima.. thanks..



Kenyataan Perasaan.

rasa seakan sudah lama tidak mengetuk keyboard.. padahal tiap2 hari aku ketuk keyboard..

eh..eh.. heyy.. hye.. long time no see.. eheh.. ^sambil tersengeh lagak kerang wangi^
Assalamualaikum.. x jwb dose dik non..
Ape khabar wahai sahabat² ku yg jauh dan dekat.. korang mst x ternanti pn entry baru aku kn..
sbb bkn korang nk sgt baca tulisan kampung aku neh kn?? btol x?? baek ngaku cpt!! ^eheh, pakse² plak^

rasanya sudah lama aku tidak mengeluarkan entry berbaur perasaan.. perasaan?? ya, byk untuk aku huraikan tentang hati dan perasaan.. tp di sini bkn laa aku nk mengata atau mengumpat tntg perasaan sesape.. aku x nak cmpur hal org pn.. tp ini tntg perasaan aku sndri..

sejak dua menjak ni atau sejak setahun yg lepas, aku byk memendam duka.. duka? ouh, sgt sensitif utk berbicara di sini.. tp bg aku, aku juga berhak utk berkata² tntg hati aku..
Aku neh mmg agak pemendam orgnye.ya, skrg aku rasanya sifat pemendam ini seakan memberi impak yg besar utk kesaketan hati aku neh..hanya org² terdekat saja menjadi tmpt luahan aku.. dan disini juga aku jadikan tempat utk aku meluahkan perasaan.. tp tidak laa 100% kn? oklaa fine.. da byk sgt perkataan perasaan dikeluarkan dr mula entry..

Seminggu yg lepas, aku rasa hidup aku x ceria lgsng.. aku harus keluar dr perasaan itu.. tp aku x taw mcmne.. sedih, sebak, malah kdg² minda aku down terus.. aku rasa aku perlukan byk motivasi.. aku harapkan org sekeliling dapat mendokong dan menyokong aku.. dan sejak sebulan yg lepas juga, aku mengalami saket bahagian dada sebelah kiri dan effect terus smpai ke bahagian belikat.. aku xtaw napa.. kalo nk bergerak, jd x sekuat dlu.. xspecially ble angkat barang,mst rasa sgt saket.. tp, effect die xde laa berterusan.. cuma, bila dia datang, aduhaii.. tahan sajalaa.. An kata, saket cm neh sbb toksin dlm badan.. tok kata sbb saket urat.. dokter x kata apa lg sbb aku x smpt nk pegi dating ngn dokter.. alahaii..

ya Allah, penderitaan apakah ini, atau sekadar ujian utk hambamu?? T__T


ya, aku terima ini sebahagian dr ujian Allah.. doakan aku cpt sembuh ya kawan² =)
dan semoga hari² korang bertambah ceria, ceria dan gembira..

wassalam..

PERAGUT.. Damn kamoo..!!!

Assalamualaikum.. secara bersabar dan penuh kesabaran..
entry ini penuh dengan kata2 kesat yer kawan2


Sebelum ni aku hanya mampu utk mendengar kisah org diragut melalui brite..
sebelum ni jgk aku ckp hangin dengan peragut.. tetapi skrg bkn sekadar berangin.. aku menjadi benci sebenci-bencinya kepada insan yg digelar peragut ni.. benci2..!!! damn!!..
ok, agak beremosi di situ.. kenape aku hangin sangat neh?? why??


Nenek aku telah diragut semalam.. sewaktu nenek sedang mengerjakan sawah.. tok wan saket, jadi nenek gantikan tempat tok wan utk mencari rezeki sampingan mereka.. siot btol aaa peragut tuh.. da laa ko ragut time nenek aku sorang2.. x advanture btol.. penakot.. mmg ko x selamat dunia akhirat.. aku doakan ko mati digilis ketaapi, sbb nenek aku doakan beliau-org-yg-tak-gentlemen tu mati kena langgar lori jek.. aku kasi lg kejam.. haha.. padan muke ko..
nenek aku telah kehilangan rantai emas pusaka datok nenek moyang piyut.. ish.. sib baek x mendapat kecederaan serius.. kalo x...

aku hangin sgt-sgt ngn peragut kt luar tuh.. korang mmg xreti nk cari rezeki sdri ke? kalo korang rase nk isap dadah ke ape ke, bli laa dadah tu gune duit sndri.. nih duit da x ckp, korang pegi meragut plak... weih.. jgn ingat korang senang lepas cmtuh jek.. anything happen to my nenek, siap korang.. aku bkn sekadar berdoa, tp aku akan lakukan dengan ape cara sekali pn selain dr perbuatan yg syirik utk dapatkan korang.. phm x?? huh.. kalo laa ketua peragut terbaca ape yg aku tulis nie.. tolong laa kembali ke pangkal jalan.. org yg ko ragut tu da laa kategori warga emas.. tu pn sib baek laa peragut tuh, nenek aku x pegang parang ke ape.. kalo x mati katak laa ko kt situ..


kt akhirat sok, pembalasan yg korang akan terime adelaa ini!!!

** thanks to mr google for the cute picta**
haa.. sile clik utk gmbran yg jelas dan terang.. khas utk peragut yg sengall..
damnn again!!



Tiada Selera..

After balek dr berkursus.. jiwa seperti kacau bilau.. byk benda datang difikiran.. lantaran hati tertanya-tanya..
SIAPA AGAKNYA JODOH AKU??.. bkn laa tidak menghargai siapa yg bersama kita ketika ini..
tetapi, bercinta dengan org itu, belum tentu itu jodoh kta.. (by, berdoalaa.byk2 okay!)

Ya Allah.. aku mohon padaMu.. semoga hubungan aku ketika ini adalah hubungan yg telah engkau tentukan dan diperjodohkan.. aku tidak mampu utk mengharungi perpisahan yg entah kali keberapa yg akan mendatang.. namun andai itu takdir yg telah ditentukan.. aku berserah..

Ouh, saya bknla despreate nak kawen.. tetapi setelah mendengar hujahan² dan nasehat² dr ustaz, barulaa saya faham erti susah senang alam perkahwinan.. bagus juga ya kursus kawen ini.. huh.. byk info yg diterima.. rasa seperti nak pergi tiap2 minggu saja.. (psstt.. ustaz, ade x pakej kursus sebulan??) hehe.. ape laa yg ustaz tu nk bersyarah kalo Sebulan 8 hari pakej kursus kn..

berbalek kepada tajuk.. Ape kena mengena dgn tajuk diatas? heh..
saya sebenarnye tiada selera utk menaip entry secara panjang lebar.. 
sekian entry di hari Isnin..


Counting days..


:gmbr normal.. tiada pengeditan berlaku:
Salam Fellas...

yeah.. entry neh sekadar utk aku menghilangkan rasa bosansakethatiygxberkesudahan.
Kerjaygsemakinbertimbunxretinaksurut neh membuatkan kepala aku semaking
pusing-pusing cili api..

Ouh.. kenapa tajuk pengiraan hari ya??

Nak kira hari ape tuh?? hari tunang? hari nikah? hari sanding? hari honeymoon?

Sorry babe.. xde lg perancangan itu utk masa tedekat neh.. ape yg aku dok kira adelaa...

Port Dickson.. here I come.. hahaha.. Sabtu neh ade pengembaraansecaraaman ke PD..
I'm happy.. walaupn bkn sekadar enjoy and plus ade keje bersama getzzone..
Aku ttp happy.. sbb da lame sungguh aku x ke sana..

Recce again.. yeah.. yeah.. |Jom lompat²|

Korang doa kan aku selamat pegi n pulang taw..
Lps balek, mlm tu ade berdatingsecarakeramaian pula menonton Filem MJ "This it".

Ok Fellas.. See yu next entry.. (Menjadi jgk dpt ilangkan rasa mengantok lepas taip entry neh).


Kesudahan raya..

Alhamdulillah.. Syawal da berlalu pergi.. byk kenangan suka duka sepanjang syawal..
mase tu laa nk gather ngn kengkawan lame kn? (sorry laa..bukak topik pasal raya lg)..

Just nk share sesame kwn².. ape yg berlaku sepanjang syawal..
ape yg kte xnak, mst terjadi.. btol x? mksd aku ape yg kite rancang, mst tersasar..
yeap.. ini adalah takdir..

1st yg berlaku sekali dekat diri aku.. ahha.. ape ka?? my weigh mencecah 55kg..
apakah itu?? eeeiii ngeri giler.. mcm xleh nk turun jek.. mase posa arituh, ummi aku ade ckp..
"Along neh org pose kurus.. die posa badan kemain naek".. erkk.. aku pn xtaw ape yg aku
amalkan sepanjang posa.. mgkn terlebih tidow kot.. ataupn lepas sahur, aku terus tidow..
tu laa yg menyumbang kepada kadar-kenaikan-berat-badan-yg-melampu (sila baca secara satu napas hoke)..
Then, bayangkan laa.. sewaktu berpuasa pn badan aku da naek.. ini kn plak time raya..
tiap² mgu open house.. huarrghh.. seriusly, aku sangat takut utk meminang menimbang berat badan aku.. xnak!!

2nd bajet tersangat laa larikkk.. larikk bkn sbb berjoli maut atau bersoping sakan.. larikk sbb byk berjalan..haha.. xpe laa.. next month leh back up balek.. need to work hard..
(selame neh x ckp kuat ke?? ) InsyaAllah

3rd huwaaaaaa.. ni yg sgt nk menitiskan air mata air neh.. last saturday (17 oct) was my families open house.. then ari yg same juge merupekan majlis persandingan utk My big bro merangkap my kekaseh gelap (wakkakaka..statement.. weih, jgn speku ok!)..
nmpknye.. aku terpaksa memungikiri janji terhadap beliau.. sebulan yg lepas aku berjanji nk dtg tngok die bersanding kt seremban nun.. tp, ape kan daya.. tanggungjwb perlu dilaksanakan..
harap-harap, time weeding aku nnt, beliau dpt laa menghadirkan diri yek..

4th Ini lg laa bikin hati gua panas.. huh.. ape tuh? ekceli dis year raya konon² nk wat sesi memperkenalkan abg♥ kt my parent mase majlis open house arituh..
tp kn.. tp kn.. tp kn.. eh, nk ckp ke x?
tp kn, laen yg rancang laen yg jadi.. xpelaa.. tngu lg setahun ye syg.. sape suh awk dtg lambat ari tuh.. dan sape suruh awk balek cpt sgt..!!

5th Tahun neh, x beraya sgt mcm tawun2 lepas..(xberaya sgt?? hehe)
bkn ape, upacara melawat rumah rakan² sekolah x smpt dilaksanakan dek kerana kebizian aku dengan ahli forum getzzone.com sorry eh korang..
aku bkn xnak beraya ngn korang..
dan sorry sgt mase open house arituh aku x smpt nk jmpt..
sesetengah je yg aku ajak.. len kali kte jmpe lg k.. I luv u all damn..

begitu laa kesudahan raya.. bye² syawal..

hurm..aku rase ckplaa kot sesi karangan tengahari neh..
rase macam da lame sangat berhenti buat karangan..
last aku buat karangan sewaktu menjawab kertas BM 2, karangan dan rumusan..hahaha..
chow sin chin fellas.. jmpe next entry k..

090909

Assalamualaikum
salam 19 Ramadhan..

Mlm neh genap sudah tarawih mlm yg ke 20 Ramadhan..
bermakna kita semua menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan..

Ckpkah ibadah kita utk Ramadhan kali ini..
aku?? InsyaAllah, walaupn bzy dengan perkara² lain dan tidak berkesempatan lagi melakukan solat sunat tarawih, tp aku ttp juge mengisi malam² Ramadhanku dgn mengaji..

hurm, lagi 10 hari puasa..
mst ada yg dok sibuk membuat persiapan raya kn?
for me, raya kali neh simple glaa..
xdak laa cam taun² lepas.. nk kena ada itu baru, ini baru..

adehh.. no mood to update actually..
ntah nape sejak 2 3 hari neh selera nak update blog berkurangan..
tapi kalo selera mkn bkrgn leh gak diet kn? hihi..
saje jek aku melalut harineh..
nk letak 1 entry utk tarik 090909.. hari radio Malaysia..

dan emosi kebelakangan ini sgt laa becelaru..
harap² aku pnye akal leh lagi berfikir sblm buat sumting yg leh burukkn diri sndri..

ok, ckp laa.. mmg xtaw nk melalut ape lg..


Kisah Jamban..


Assalamualaikum..w.b.t.

hye u ollss..
sehat x?? ckp x tdow?
aku x ckp akibat xdpt tdow mln td.. sighhh.. cian kt aku neh..

ok, arineh agak berbeza topik contengan..
kisah pasal jamban.. spt gmbr diatas..
tp gmbr tu hnye sekadar hiasan yek.. ;p

Ade ape dgn Jamban? smpai si cik fizah kite neh sebok² wat entry pasal jamban..
Ok, Jamban bkn laa sape² ataw ape².. Jamban adelaa tmpt khas kita utk membuang bahan² kumbahan.. orite.. sume for sure dh taw kn?
dr kecik korang gune jamban.. xkan laa x knal.. hekhek..
;p
ok, gurau² ja.. don't take serius..

Pasal jamban neh bkn laa ape..
aku pelik sket ngn tahap kebersihan jamban..
mksd aku semase digunakan.. bkn keadaan jamban tuh yg sedia ada kotor..
tidak, jamban itu pada asalnya sangatlaa bersih..
tp oleh kerana digunakan oleh org² yg xtaw menjage kebersihan,
die telah menjadi kotor, hamis dan busuk..
iyakkkeekk... geli gler..

dan yg paling aku pelik, org² yg xtaw menjage kebersihan jamban neh bknlaa kanak² mahupn remaja yg meningkat dewasa..
apetah lagi bayi yg baru lahir..
Jamban ini khas digunakan oleh mak² kanak² td dan mak² kepada bayi td juge perempuan yg perasan lawa... oppss...
**posa, jg ayat fizah..

orite.. xnak ckp byk..
ini hnya sekadar luahan hati..
mane ko x saket hati kalo hari² g toilet tersebut..
tp ade jek material yg busuk kt tepi² toilet tuh..
dah tu dgn x flash jek.. baw kepam wehhh...
aku nk buang air pn x senang.. kalo wangi xpe gak kn?
at least leh jd perfume tmbahan..
dan yg aku sgt terkilan, bnda² mcmneh xkan laa nk kena ajar..
nak suruh baru nk wat.. bnda neh tntg kebersihan..
haiiihhhh...

Kan best dpt guna toilet cam kt atas neh.. cantik..pink²..
dan yg penting bersih dr material busuk tuh..

Dan ape yg pasti, citer neh xde kena mengena dgn umah aku..
umah aku toilet bersih ok.. =)

Hati yg lara..

Assalamualaikumm..
Selamat Pagii.. dan tengah malam..
Hari Sabtu,290809 berlalu dgn pantas dan padat..
Byk bnda nk di update berkenaan dgn hari ini..
Bermule dr membuat bubur lambuk smpai laa xtvt mlm hari meneman umi ku ke Tesco..
Namun begitu, aku x berkesempatan lg nk update sbb gmbr xdpt nk di upload..
nnt laa ye.. aku akan update jgk..

Anyway, entry kali neh wujud ats dasar kesedihan yg tersandar di hati aku hari neh..
Kesedihan yg aku x mintak hadir...
Kemarahan trut bercampur baur..
entah knape teremo lebih mlm neh.. touching smpai nanges2 jgk laa..
Aku nanges dlm diam.. hati aku saket..

Org yg kita harap dan sayang sendiri xdpt nk memahami hati kita..
Bile adik sendiri memaki hamun kita..
Berckp dkt kita neh mcm kita xde perasaan..
Aku jd sedih, hati marah, tp aku thn kn sumer tuh..
aku simpan dan pendam dlm hati..
xpe, biarkan abaikan jek fizah.. aku pjuk hatii aku..


Aku terima dan redha jek ats ape yg berlaku hari neh..

Kejadian Ari Isnin

Assalamualaikum..
selamat petang sumer..

Today mahu berbicara mengenai dia..

Ari Isnin arituh, aku wif bad g lunch same2..
everyday ble time keje, mmg kami akan lunch sesame..
Tp Isnin arituh kami lunch kt luar..
**bese bwk bekal jek..

Tngah syok² borak.. tbe² fon bad msuk 1 msj..
aku x syak sape² pn.. tp aku jeling² gak sape yg anta msj tuh..
and guess wat sape yg msj die?
his ex ok.. bername AJA.. ** xde maknenye aku nk sorok2 name lg ok..

Aja: awk, dh sehat ke??

orait, lets straight to the point..

melalui ayat yg si Aja tu bg, mstlaa ade kesinambungan msj dorang kn..
and aku pn terfikir, cmne die leh taw bad demam time tuh..
WTFF..
padahal aku baru jek tngok inbox bad.. xde pn msj dr aja tuh..
then, aku tnye laa bad..

Aku: hows she know yg u demam??
Bad: Mlm td by msj jap ngn die.. sbb by tertekan num die then ter'Call..
pastu Aja msj by, die tnye nape call.. by jwb la tercall..
Aku: hbs tu nape xde pn msj die dlm inbox by??
Bad: By dh delete coz nk jge ati bby..

weih.. geram gler aku..

aku x rase kalo die x delete, die buat aku marah.
ble jd mcm neh, lg laa aku marah..
xleh lupe laa.. ye laa.. if my ex call pn, aku akn bgtaw die..
ni plak msj, nape perlu die sorok²??

ble dh jd mcm tu, buat selera mkn aku ilang.. sib baik x hbs nasik sket je..
kalo x, membazir.. =(


Sape mkn cili...???

Assalamualaikum..
selamat pg kwn².. **cewahh..

ok, xmoh laa ckp pasal kecik ati lg..
ckp² laa sbb smlm dh dipujuk..
aku di bawa jalan² dan makan² di e@curve & the curve..
kahkah.. di belanje tgok wyg lg..
tu laa.. kna laa wat sesi pujukan sbb dh wat kesalahan..**eh, bkn kesalahan.. tp kerelaan..
aku suke gak.. heee.. bkn slalu aku majuk² n kecik ati cmneh..

hurmm.. aku nk citer situasi di office aku lak skrg neh..
I wondering, nape org slalu menindas org yg baek ati cam aku neh..
opss.. kahkah.. bkn aku je,
3 org di account dept..
which is me, k.kin, k.ira..

****

kenape laa org yg baek hati cm kami neh, slalu di pndg rendah..
di pndg hina.. dipndg keji.. **ok, ini tipu..
x, aku rs org² kt company neh slalu sgt menindas kami..
membuli, dan memijak kepale..

yee... slalu ckp kami neh x profesional dlm bekeje.. komunikasi lemah dan sebgainye..
aku mls nk tulis byk2.. if sape² yg bace neh terase pedas,
tolong laa berubah.. ingt Allah jdkn manusia neh x sumer nye perfect..
mst ade jgk kelemahan kt mane²..

aku bg contoh serba sedikit ye..
misal kate nk tegur English kami teruk menampakkn kami fool...
oke, that is a English problem, tp bg aku, kalo English ko tu bgs sgt..
tp keje lembab cam kura² naik perahu..
baek xyah laa nk ckp diri ko tu perfect & professor professional..
orait.. thats one problem..
Komunikasi kn penting.. nape ko slalu pesan cmtu kpd kami,
tp awk sendiri failed dlm berkomunikasi..
tuduh² sumer slh kami.. kteorg leh terime kalo betul itu salah kteorg..
tp tngok jgk, kalo salah kteorg tu berpunca dr siape???

hurmm.. one more thing, pesanan utk si dia..
jgn rs diri ko tuh bos kteorg k..
ingt, awk tu pn makan gaji cm kami..
this is not ur company..
dan bkn ko sorang jek bekerja dlm company neh..
please respect perasaan org lain k..


fizah: seorg yg proffesional boleh terima jika mereka ditegur dan menerima kelemahan diri sendri dgn seadanya.. bukan menunding jari ke arah org lain yg tiada kena mengena dgn diri dia.. sorry if my English menampak kn diri sy FOOL..

Luahan Hati di petang hari.

Assalamualaikum..
selamat ptg sumer..

jam menunjukkan pkul 6.12pm..
hari neh hari Isnin..
Mood: Kecik Hati..

haa..fizah kecik hati..
kecik hati ngn sape tuh??


tuuu..gmbr kt ats neh..
aku kecik hati ngn abg♥.. =(
tp die xtaw pn aku kecik hati ngn die..


hari neh abg♥ half day..
die kna p airport amik adik die balek dr Sweden..
dan after amik adik die kt airport,
truuuuusssssss menuju ke Bukit Jalil..

haa..ade ape kt bukit Jalil tuh..
mst laa fan² Man U taw kn arineh dorang rematch balek ngn team Malaysia..

chaiiyookk Malaysia.. hee..smpt lg tuh..

of course laa die g Bukit Jalil tuh nk g tngok game kn..
xkan laa nk g beli goreng pisang lak ptg² neh kt ctu..heeee...


oke, xmau merepek..
mari sambung balek..
aku seharusnye ikut die g tngok match tuh..
tp oleh kerane pas percuma x ckp, aku gak terpakse berkorban..
merelakan bakal adik aku yg g..
haaaa... nk nanges.. walaupn aku neh bkn peminat bola..
dan aku jgk x kenal pemain Man U tuh..hahaha..
aku teringin nk merase tngok match yg berpaskan pas free..
x silap aku Press pas kot.. best tuh...
abg long die yg dpt... tp yg ade balance tnggal 2 jek..

ape yg aku harus lakukan??
ptg² cmneh, besa aaa.. x bersenam kt tmn depan umah aku neh..**ceh, sejak ble..kahkah
jom bersenam dlm bilik..
T.I.D.O.