Berakhir sudah status Pekerja.

Salam Rabu semua kawan².

Saya baru saja keluar dari bilik Pegawai Eksekutif Bahagian Projek. Nama pegawai tu Roslan, tp kami selesa memanggil beliau dengan nama singkatan Abg Lan. Abg Lan telah mengucapkan tahniah dan telah memberi beberapa kata perangsang di atas kejayaan saya melanjutkan pelajaran. Terima Kasih abg Lan, tunjuk ajar dan khidmat nasihatmu akan ku kenang. Begitu jugak dengan Pegawai Besar Syarikat, Dato'. Semalam saya sempat bertemu dengan Dato'. Dan Dato' juga nampak macam gembira bila tahu saya mahu menyambung pelajaran. Terima Kasih majikan. :)

Saya rasa, saya tidak pernah mengumumkan disini lagi. Mungkin sudah tiba masanya, saya memberitahu (walaupun tak de org nak tahu). Hari ini, genap 3 hari saya memberi surat perletakkan jawatan saya sebagai Kerani Akaun.  Ahh, hanya Kerani Akaun saja, bukan pegawai pun. Tapi ingin saya tekankan disini, KA (Kerani Akaun) disini bukan seperti di syarikat² yang lain. Walaupun bahagian akaun mempunyai 2 org kerani (termasuk feez) dan seorang assistant total adalah 3 orang staff. Kami tidak mempunyai seorang pun manager, malah eksekutif pun tiada. Bayangkanlah macamana serabutnya kami nak handle 4 akaun syarikat. Belum lagi termasuk kerja-kerja pengkeranian yang lain. Saya rasa tahap kerja saya kalau di tempat lain boleh di umpamakan seperti Officer ataupun eksekutif di tempat lain. Tapi, ini mungkin satu ilmu yang saya belajar disini. Bijak memilih tempat bekerja selepas ini.

Oklah, berbalik kepada persoalan mengenai perletakkan jawatan saya itu. Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelaran di peringkat Ijazah di MMU kampus Cyberjaya.

Selamat Datang ke MMU
Ini merupakan cabaran terhebat utk saya. Atas nasihat ummi dan ayah, saya mensambung pelajaran saya. Walaupun macam agak tua, umur dah 24 tahun tapi baru nak ambil degree. Habis nanti lagi 2 3 tahun. Lepas tu kena cari kerja, kumpul duit lagi. Hbs tu bila engkau nak kahwin? habislaa aku.. mesti kena soal siasat dengan makcik-makcik di kampung.

Ini mungkin rezeki saya untuk tahun ini. Pengeluaran dan perbelanjaan juga perlu di had kan. Bila dah biasa kerja, ada duit sendiri, belanja ikut suka hati, lepas ni kena belajar disiplin kan diri guna duit belanja RM5 sehari.. Cukupkah? Ehhh, walaupun agak berdekatan dengan rumah saya yang terletak di Puchong, tapi saya di minta duduk di Hostel. Ibu bapa menghalau gamaknya.. Bukan..bukan.. nak larik dari persekitaran perumahan yang serabut. Nanti pergi kelas harung jem yang maha hebat dekat Puchong ni. Lepas tu sampai kelas da stress, tak boleh nak terima input lecturer bagi. Hah, end up.. habislaaa.. haha..tak nak ah pk mcm tu..Duduk hostel boleh berdikari..itu saja alasan yang lalu di otak sekarang. :D

Hari terakhir saya adalah pada 26 May, jadi ada lebih kurang 4 minggu lagi utk saya settlekan kerja saya di sini. Sepanjang setahun saya bekerja disini banyak jgk ilmu diterima. Bahkan, byk jugak ketidakpuas hatian dan pelbagai dugaan saya lalui disini. Namun saya terima dengan redha atas apa yang terjadi disini. Mungkin ada hikmah. Biasalah manusia mana pernah sempurna. Pekerjaan ini juga yang memberi saya ilmu yang sangat manfaat. Mana tahu suatu hari nanti rezeki saya berada diatas, saya boleh memahami apa orang di bawah rasa. Saya tak nak saya mempunyai sifat riak, nampak orang di bwh sedikit, nak cemuh², nak pandang kecik besar kecik besar saja. Saya tak mahu! Ya Allah jauhkan laa hambamu dari sifat sedemikian.


Okay, sehingga bertemu lagi. Jaga diri rakan semua!

12 comments:

  1. rugi stop.. knpe xwat part time study je...

    if bro..lebih prefer cam tue

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  2. Bro Framestone: mmg rasa mcm rugi.tapi feez rasa tahap kemampuan feez tak mampu nk buat 2 kerja 1 masa..lg2 dekat office mcm ni.. :D

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya dengan pembelajaran ko nanti
    ya.. bila mau kawen? ahaks



    Latest:
    BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN

    ReplyDelete
  4. Kapten: thnks kapten.. haha..soklan cepumas.ckplah makcik2 aku tnya..

    ReplyDelete
  5. Good decision sis! study dulu, kejar cita2..kawen nanti2 bole. good luck! u amik course ape ek? dpt scholarship ke?

    ReplyDelete
  6. dhr: sist, feez stdy course Bachelor in Bussiness Admin. Tak dak scholarship.tp my mum ngah try nk dptkan satu.hiks..tq sist. :D

    ReplyDelete
  7. don't worry, i've been there-keje, resign, smbg belajor blk after years in keparat, eh-korporat world. :D Never stop adding more knowledge anytime you can. All the best & enjoy your life as student (back!).

    ReplyDelete
  8. Othman Juliana: tenkiu sist.. mcm berdebar2 sgt..takut pun ada.

    ReplyDelete
  9. don't worry-you'll enjoy the years there. Well, at least i did. Dan sekarang sangat rindu & mahu kembali pada waktu itu!

    ReplyDelete
  10. Othman Juliana: yeah, sgt cuak dan dalam waktu yang sama sgt nervous nak mengharung minggu orientasi..tak sanggup kena dera bila dah tua ni..hahaha

    ReplyDelete
  11. Jangan difikirakan umur. Masa saya belajar dulu, ada abg tu umur dia 40 lebih masih study untuk dapatkan higher diploma. Sekarang dia dah kat oversea tak silap.

    ReplyDelete
  12. Syafrizal: thks u.. insyaAllah, apa jua perkara kita kena ikhlas lakukannya..baru berjaya :D

    ReplyDelete

Kata Anda?