Musim Bunga berserta cinta

Hujung minggu yang lalu, En Jebard dengan rasa cintanya ingin membawa saya berjalan-jalan di negara org.. Semuanya En Jebard yg tanggung. Sgt teruja, teruja sgt. Pertama kali menaiki kapal terbang ke negara yang di rahsiakan. Konon mahu suprisekan saya katanya.. huh.. Jadi seawal pagi saya bersiap sakan, menunggu kedatangan teruna idaman.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke air-port, tak berhenti mulut saya mentanyakan ke mana kah gerangan tempat yg ditujui? En Jebard tersenyum simpull.. Tiba-tiba..


saya terdengar suara org menyebut dan menyeru nama saya.. owh En Jebard rupanya. terpisat-pisat saya kembalikan diri ke alam nyata, sempat juga saya tertidur sepanjang perjalanan. Tapi perasaan menjadi hampa, hati menjadi duka.. Dialog singkat berlaku

Feez: Kt mana ni by?
Jebard: laa, kita da sampai laa sayang
Feez: ooo, da sampai ke airport eh, tp kenapa nmpk mcm hutan?
Jebard: Apa airportnya?? kita da sampai ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Omaigod.. Rupa-rupanya perasaaan indah yg saya rasa sebentar td hanya mimpi semata-mata.. Jgn mimpi laa dpt ke negara org tanpa mengeluarkan duit sendiri.. huhu.. 

Bunga apa ini? Cantik? sapa ada baja, boleh kasi?

Ini gambar utk cover album terbaru, heh :D


Gambar-gambar yang saya letak disini mmg kenyataan.. Kau rasalaa musim bunga dalam rumah empat musim yg kena byr 3 ringgit bila nak masuk. Heh..tak ape laa.. Merasalaa jugak macamana musim bunga kt negara luar. Walaupun Bunga-bunga cinta kembang mekar mewangi, mmg sejuk.. Patut laa org negara luar suka pakai baju tebal-tebal.. :D

Selain daripada menjejaki Rumah Empat Musim Berharga RM3, sempat laa juga kami mendaki menaiki bas sehingga ke hujung pucak bukit. Dekat atas tu ada satu empangan apa ntah..tak ingat.. tp mmg sempoi, kalau terjatuh dalam empangan tu, xdak sapa leh selamatkn kau.. Mmg dalam. Menurut pakcik penjaga dekat situ, penyelam scuba pun tak berani menyelam. Dalam dia tataw laa berapa kaki sebab pakcik tu pun tak pernah turun.. "sempat lg kau melawak pakcik eh"

Dekat empangan tu pulak boleh memancing.. sapa² kaki pancing boleh laa cycling sampai puncak.. Pastu pasti  tercungap-cungap tak hinggat dunia. Terus kena lupakan hasrat nak dpt ikan besar..Kebetulan ada sangkar ikan mereka ternak utk dijual. Kami berdua sempat laa juga mensedekahkan makanan utk ikan-ikan kt situ.. Mmg lapar, menggelupur dorang berebut.. hehe..comell..

Apa yg best kt sini, dapat laa menghirup udara yg sangat nyawan. Even waktu da cecah pukul 12, still sejuk lg. heh, lepas pkul 1 bertukar laa jadi panas gilaa.. adoiii..

Jikalau mahu bertandang ke Taman Pertanian Cahaya Seri Alam yang terletak di bandar Shah Alam, silaa laa google maps dlu.. sbb jalan dia agak tersorok.. Pada yang tak biasa dengan Shah Alam, pasti sesat. :D Saya nak terangkan karang, panjang lebar pula. Selain daripada 2 tempat yang dicatatkan oleh saya sebentar td, ada byk lagi tempat menarik. Ada juga swimming pool, Painta Ball dan macam2 taman lagi disana. Namun saya tak sempat nak jelajah satu taman.. Tak smpt, sbb tengahari perut sudah setat mendendangkan lagu, terpaksa beransur pulang. Hajat utk jelajah taman menggunakan basikal pun tidak kesampaian. Basikal habis! hoh.. bukan rezeki.. Tapi pasti akan kesana semula utk berbasikal.. Mengidam neh.

Oklaa..saya kasi hadiah utk kamu semua.. Akibat kekecewaan tak dapat naik kapal terbang konon.. Nah.. amik laa..


Rumah comel bersama kincir air.. Ohh..cantik sungguh.. kalau laa kt Malaysia wujud permandangan macam ini..mmg saya serbu rumah tersebut hari-hari.. :D


Akhir kata, Tata.. Jumpa lagi.. Adios.. Entry Habes!

No comments:

Post a Comment

Kata Anda?