Showing posts with label Hang Out. Show all posts
Showing posts with label Hang Out. Show all posts

Jom Menari Chicken Dance

Assalamualaikum, selamat petang, sudah Hi tea?? Eh, baru jek lepas lunch. Dah makan tengah hari?

Saya nak kongsi dengan korang. Tarian terbaru yang bakal meletup. HEHE.. bukan tarian laa, lagu dia chicken dance=Ayam menari. Tapi ini juga adalah gabungan sebahagian gambar² pergi JB hari tuh.. Tengok lah kalau sudi. Gambar saya pun banyak kwn saya bernama Shaznemo letak :D

Meh laa riang kan mata korang dengan tengok video simple ni.. Mari menari kalau rajen :D




Info tambahan:

Getzzone is an online community from Malaysia that gathers owners of Hyundai Getz. The primary objective of Getzzone is to serve as a base for all Getz owners to get to know each other better, share ideas, knowledge & information on Hyundai Getz, more to experience the fun & joy of convoys & gatherings.

Siapa² yang berminat, kunjungi lah www.getzzone.com utk lebih info ya.. InsyaAllah, tak akan sia2 kalau join. Ehem, selain getzzone. kepada pengguna kereta jenama Hyundai, leh jgk join komuniti TeamHyundaiMalaysia.. Search dekat google okeh :D

Selamat menjamu mata.

Surprise tu best ke??

Assalamualaikum sahabat and bloggers..

Jom mengira, 1,2, dan 3. Yeah, tepat 3 hari saya bercuti sakan. Bercuti dari menulis sebarang entry. Sampai tak dak entry khas pun utk Hari Ummi.. uhukss..

Hari ini saya baru mula bekerja setelah bercuti selama sehari semalam (tak termasuk weekend). Hurmm, lesu ya amat. rasa nak bercuti lg saja.. Cpt lah hari tu tiba. uhuk..

Ok, mgkn jgk keletihan melawat bandar JB hujung minggu lepas masih ada.. Tapi rasa tak nak balik hari tuh.. Serious.. We have a greet meet up with Hyundai Getz owner from singapor.. WOW.. lepas tu tiba2 rasa teruja sangat nak berjalan ke Singapore. Nasib baik keadaan kewangan tak mengizinkan.. And tell u what, harga Hyundai Getz dekat singapore sama dengan harga sebijik Honda Civic dekat Malaysia setelah di tukar nilai mata wang sini.. Mahal sioott....

Oklah, nak cerita pergi JB tapi gambar tak de pulak dekat PC ni. Tunggu rajen sikitlah lepas ini okeh. Tp ini entry special thanks for My Love and all dear friends..

Syg and friends beli special kek kecil. CHOMEL.. WOW syg buat plan diam². Patutlah nampak berbisik² sakan, tercuit² sana, terkenyit² sini.. Duduk jauh² dari saya sampai buat saya terasa hati. Uhuks.. Tengah melayan merajuk tiba² lagu "Happy Birthday" kedengaran. Saya ingatkan utk org lain. Serious!! Geng from Singapore pun turut sporting menyanyi sama.. Tak boleh lupa.. ** Terharu sampai hari ni**.

Malam sebelum tu pulak dekat hotel dah kena 1 kilo tepung dalam bilik. Hayyoo, itu pulak plan lina.. Siap kau lina.. Akan ku balas dendam..

Lihatlah muka si gadis berumur 24 Tahun di hari Ibu.. Oh Ummi, Happy Mother's day.. Along tak da dekat rumah, tapi Along tetap telefon ummi.. sampai kehabisan kredit Along telefon.


Ini dia muka Lina. Ok, sapa ada idea apa nak buat sebagai balasan ganti rugi utk lina pulak nanti.. Yeahh, I wait da day is come. Siap kau..

Ok, cuba lihat betul² apa yg ganjil dekat lilin kek? Dorang letak 2 batang besar and 1 batang kecil saja.. Means saya berumur 21 tahun.. Hoyeahhh.. Happy, masih muda remaja.. HAKHAK.. nak wat surprise lagi sampai kelam kelibut.

Tenkiu sayang.. Saya sayang awak sangat².. Terima kasih kerana sudi menceriakan hari² saya..

Kalau orang tanya, best tak kena surprise? Saya jawab. Tak best sbb saya senang dapat saket jantung akibat terkejut. Korang suka ke kena surprise? Sila jawab di kotak comment yang comel.

Chili's Dan Mr IronMan 2.

Yeaayy, sudah dpt tengok IronMan 2. Hasil usaha Nida beberapa kali mencoba utk booking tiket hari selasa lepas. Ok hari ini hari khamis, baru dapat bikin entry setelah entry ini dibengkalai dlm folder draft.. pheewww...

Hari tu dok meroyan bagai kat entry ni. Lepas tu semua suruh buat online booking. Sapa kata online booking senang? Nida cuba dekat 5 kali tahu nak booking ni. Itu pun dapat tengok pukul 11 punya tayangan. Org dah nak masuk tidur, kami pergi tengok wayang. Nasib baik cinema tidak menjadi bilik tidur kami.

Eh, apa kena mengena dengan tidur sambil nonton wayang? Mana tak mengantok, sblm tayangan bermula, kami telah serbu Chili's.. Masuk cinema, perut boroi di penuhi makanan bercirikan barat.

Pukul 9 dah tunjuk muka dekat OU tuh, pukul 11 tayangan. Habis nak buat apa 2 jam tunggu situ kn? setelah Nida pergi tuntut tiket, kami terjah laa restaurant yg berdekatan.. Kedai apa lg yg dekat yg betul² dekat bwh cinema kalau bukan CHILI's kn? hehe

Honestly, ini adalah pertama kali saya dan En Jebard cuba makan dekat sini.. Maklum sajalah, kalau tempat² mcm ni, harga menu dia org berduit saja mampu makan hari². HEH, saya kalau dapat makan kt situ hari², habislah kolestrol saya mencanak naik.

Maaf, gambar dibawah tidak disertakan dengan tajuk menu. Saya tak ingat pulak apa nama menu dia sebab pertama kali kn, tapi marilah cuci mata ya..



Burger ni En Jebard punya, En Jebard mintak medium well cook (kalau tak silap, mcmni la istilah yg digunakan). Sedap jugak. Kongsi dua orang pun cukup kenyang.

Menu yang tiba² datang membuatkan meja hampir separuh penuh ini dipilih oleh Cik Nida kita, byk betul dia punya side order.. HAHA.. style macam arab saja.. Macam dekat SABA' Cyberjaya punya roti pun ada.. bak kata hasyir "roti pratha dia beli dekat Giant":pandacloud_26: Saya rasa menu ini lebih bercirikan arab lah.

Ok, cepat teka sapa punya lamb grill neh? Ok, yg ini boleh diberi thumbs up. Walaupun harga dia lebih murah dr menu² di atas, tapi sgt menyayat hati bila dijamah. Super best! Feez like dis.

Ada lagi satu menu, hasyir punya. Tapi tak sempat disnap oleh kerana bateri kamera tengah semput. Hehe, sbb tu gmbr tak elok sgt. Sbb kena cpt² snap gambar sblm kamera mati kesemputan.. Menu Hasyir sampai lambat, tak dak rezeki laa aku nk tayang kt sini eh Hasyiaq. Oleh sebab kekurangan satu lagi menu, jd marilah saya letak satu tambahan gambar sebagai syarat cukupkan quota ya. Kalau ikut sunnah Nabi, lelaki boleh kawen 4. haha, takdak kena mengena.

Ini juga adalah sebahagian dari kesukaan saya.. Kadang² jadi peneman setia terutama dikala trafik jammed melanda. Walaupun kurang berkhasiat, tapi saya tetap suka.. hiks..

Ini lah dia, memperkenalkan Mr Mamee monster dan coklat. :pandacloud_27:  Ada janjy dekat Kak yan nak kongsi aritu, sorry la sist, dah habis 1 paket besar :D

Nota Hati:
  1. Air dekat Chili's boleh direfill byk kali.  Tapi air tak boleh kongsilah. Kira perperson. Saya suka perisa Lemonade.  Sedap!
  2. Abg IronMan makin hensem dengan uniform baru dia.  Tapi, kenapa cerita dia tak berapa nak handsome. byk sungguh petanyaan yg bermain diminda saya sewaktu menonton.  Tp dia punya teknology mmg terbaik.  Guna system komputer dekat udara.  Perghhh..  Mmg adakah teknology mcmtuh?  Mcm guna IPhone, tp versi komputer.
  3. Lepas ini, nak kena pergi tengok cerita Hooperz pulak.  Ada pass percuma yang tak digunakan lagi.  Seminggu di tangan, di beri free oleh Kakak & Abg Hot FM Viva Zoomers last week.

pstt, korang dah lunch? makan apa??

Makan Malam di Pyramid Tower Hotel

Wah, bukan maen gah lagi tajuk kali ini.. Sebenarnya Makan Malam ini sempena meraikan Sinaran Passport kegemilangan 26th year Company Anniversary. Kalau tahun lepas kami buat disini, tapi kali ini kami hanya bersederhana. Hanya makan² secara buffet dan tema adalah Uniform sekolah Office.Kirannya dinner kali ini tidak brapa glamour laa saya seperti dinner tahun lepas. haihh.. tapi maintain comel bukan?

Hurm, not really enjoy it. Saya enjoy makan saja. Memang malas nk duduk borak apa semua. Duduk dengan geng keras saja. Tapi yang pelik, semua dok menyibuk datang port kami.. Hehe.. macam glamour pulak engkau eh.

Apa-apa pun, malam tadi (23/04/2010) berjaya menghabiskan separuh pinggan kambing golek. letak tarikh kerana nak catat rekod makan kambing terbanyak seumor hidup, sblm ni memang saya sangat penakut makan kambing. Apa yang saya tahu, kalau sapa-sapa yang tak tahan, senang pening kepala. Biasanya mmg pening kepala pn utk saya.. tsk..

Inilah kambing golek yang dimaksudkan. Buat pertama kali dalam sejarah saya berjaya memakan kambing golek secara banyak. Sampai semua orang suruh saya berhenti makan baru laa saya berhenti. Dorang kata kalau tumbang nnt dorang pulak yang susah. En Jebard pun tak makan. Dia cakap nnt dia kong.. haha

Ouh, pada yang tak tahu lagi, saya dan buah hati jantung pisang saya En Jebard mmg bekerja di bawah satu bumbung. Tapi lepas bulan 5, tidak lagi. Kami akan berjauhan. Tsk.. Tsk..

Eh, tiba² datang seorang peminat.

Peminat: Fiza, kawe nok begmba dengan fiza bolek tok? Bard, kawe pinje benta deh.

Omaigok.. Saya da jeling² En Jebard di depan. Dia senyum saja..
Ini lah gambar yang terhasil. Nama abg ini Tengku Naharudy.. wah.. tengku bergambar dengan aku.. :D

Lepas tu, kak ira pulak meminjam En Jebard. haha.. ok laa. Fair, masing² bergambar dengan orang laen. :D

Wuu, sweetnya.. Hasil tangan saya sendiri. mereka sengaja duduk rapat-rapat. Tapi apa ku kesah, kak ira dah kawen aaa.. hiks..

Alahai, tiba-tiba, idea mati. Otak kering, kepala pening. wahh, bahana kambing sudah datang. Padan muka engkau. Sapa suruh makan secara banyak. tsk..tsk.

Gambar ini saya letak sebagai kenangan pada masa akan datang. Mungkin menjadi gambar terakhir saya disini.. Eceh..

2 Dara, satu isteri orang. wahh.. Account Dept, Iryas Incorporation

Notakaki: Antara 3 orang ini, saya paling muda. Sila Percaya. ^__^. Maaf ya jika loghat yang digunakan tidak kena. sila betulkn jika saya salah. :D
Notakaki2: Tengkiu my dear ynnainul.. Kotak oren saya sudah jadi.. mwaxxxx... yeaayyy.. "Lompat² keriangan"

Musim Bunga berserta cinta

Hujung minggu yang lalu, En Jebard dengan rasa cintanya ingin membawa saya berjalan-jalan di negara org.. Semuanya En Jebard yg tanggung. Sgt teruja, teruja sgt. Pertama kali menaiki kapal terbang ke negara yang di rahsiakan. Konon mahu suprisekan saya katanya.. huh.. Jadi seawal pagi saya bersiap sakan, menunggu kedatangan teruna idaman.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke air-port, tak berhenti mulut saya mentanyakan ke mana kah gerangan tempat yg ditujui? En Jebard tersenyum simpull.. Tiba-tiba..


saya terdengar suara org menyebut dan menyeru nama saya.. owh En Jebard rupanya. terpisat-pisat saya kembalikan diri ke alam nyata, sempat juga saya tertidur sepanjang perjalanan. Tapi perasaan menjadi hampa, hati menjadi duka.. Dialog singkat berlaku

Feez: Kt mana ni by?
Jebard: laa, kita da sampai laa sayang
Feez: ooo, da sampai ke airport eh, tp kenapa nmpk mcm hutan?
Jebard: Apa airportnya?? kita da sampai ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Omaigod.. Rupa-rupanya perasaaan indah yg saya rasa sebentar td hanya mimpi semata-mata.. Jgn mimpi laa dpt ke negara org tanpa mengeluarkan duit sendiri.. huhu.. 

Bunga apa ini? Cantik? sapa ada baja, boleh kasi?

Ini gambar utk cover album terbaru, heh :D


Gambar-gambar yang saya letak disini mmg kenyataan.. Kau rasalaa musim bunga dalam rumah empat musim yg kena byr 3 ringgit bila nak masuk. Heh..tak ape laa.. Merasalaa jugak macamana musim bunga kt negara luar. Walaupun Bunga-bunga cinta kembang mekar mewangi, mmg sejuk.. Patut laa org negara luar suka pakai baju tebal-tebal.. :D

Selain daripada menjejaki Rumah Empat Musim Berharga RM3, sempat laa juga kami mendaki menaiki bas sehingga ke hujung pucak bukit. Dekat atas tu ada satu empangan apa ntah..tak ingat.. tp mmg sempoi, kalau terjatuh dalam empangan tu, xdak sapa leh selamatkn kau.. Mmg dalam. Menurut pakcik penjaga dekat situ, penyelam scuba pun tak berani menyelam. Dalam dia tataw laa berapa kaki sebab pakcik tu pun tak pernah turun.. "sempat lg kau melawak pakcik eh"

Dekat empangan tu pulak boleh memancing.. sapa² kaki pancing boleh laa cycling sampai puncak.. Pastu pasti  tercungap-cungap tak hinggat dunia. Terus kena lupakan hasrat nak dpt ikan besar..Kebetulan ada sangkar ikan mereka ternak utk dijual. Kami berdua sempat laa juga mensedekahkan makanan utk ikan-ikan kt situ.. Mmg lapar, menggelupur dorang berebut.. hehe..comell..

Apa yg best kt sini, dapat laa menghirup udara yg sangat nyawan. Even waktu da cecah pukul 12, still sejuk lg. heh, lepas pkul 1 bertukar laa jadi panas gilaa.. adoiii..

Jikalau mahu bertandang ke Taman Pertanian Cahaya Seri Alam yang terletak di bandar Shah Alam, silaa laa google maps dlu.. sbb jalan dia agak tersorok.. Pada yang tak biasa dengan Shah Alam, pasti sesat. :D Saya nak terangkan karang, panjang lebar pula. Selain daripada 2 tempat yang dicatatkan oleh saya sebentar td, ada byk lagi tempat menarik. Ada juga swimming pool, Painta Ball dan macam2 taman lagi disana. Namun saya tak sempat nak jelajah satu taman.. Tak smpt, sbb tengahari perut sudah setat mendendangkan lagu, terpaksa beransur pulang. Hajat utk jelajah taman menggunakan basikal pun tidak kesampaian. Basikal habis! hoh.. bukan rezeki.. Tapi pasti akan kesana semula utk berbasikal.. Mengidam neh.

Oklaa..saya kasi hadiah utk kamu semua.. Akibat kekecewaan tak dapat naik kapal terbang konon.. Nah.. amik laa..


Rumah comel bersama kincir air.. Ohh..cantik sungguh.. kalau laa kt Malaysia wujud permandangan macam ini..mmg saya serbu rumah tersebut hari-hari.. :D


Akhir kata, Tata.. Jumpa lagi.. Adios.. Entry Habes!

Pertama kali menonton bola sepak..

Pertama kali menonton bola di stadium.. selama neh tngok kat tv jek.. tu pn x lekat lama.. Selalu boleh melekat 15 minit pertama jek.. lepas tu naek perasaan boring.. ngeh..

Hey, selamat pagi sumer.. iye, hari neh rasa nak berbicara pertama kali saya jejakkan kaki ke stadium menonton perlawanan bola.. Citer lame weih.. da 2 hari lepas da pn.. tapi.. ttp nk cerita juga..

Mula-mula, kena laa beli tiket dulu.. Sorang dewasa RM10.. Kanak-kanak RM5..

Dari luar da dengar penyorak-penyorak punya suara.. Gila kentang aahh.. mcm ape jek bunyi.. mana laa hati tak excited kn.. eceh.. padahal diri sendiri tak reti nk tngok ape yg terjadi kt tengah padang bola tu.. yg hanya tahu, GOllllll saja.. 
Go Selangor.. try next game..
Pemandangan penyokong pasukan Selangor.. yaa.. saya hanya mampu melihat dari jauh macamana semangatnya penyokong negeri tempat saya dibesarkan.. wahh.. semangat..semangat..
Saya "terpaksa" duduk kt tmpt penonton penyokong N9.. sbbb.. abg botak penyokong kuat negeri dia.. hehehe..

Separuh masa pertama, gawang pasukan N9 dapat dibolosi.. hehe.. aku bersorak senyap-senyap laa kt tmpt duduk.... smbil jeling-jeling muka bengang abg botak.. ekekeke..

Abg Botak bersorak
Lepas rehat, masuk pulak separuh masa kedua, haaa amik.. 2 goll x smpai 2 minit.. ehehe.. bersorak riang-ria smbil bernyanyi-nyanyi.. aku pn ikut menyanyi sama weih.. x tahan.. kahkah.. mcm lalang laa plak rasa..

Perlawanan berakhir dengan N9 mengungguli permainan menewaskan Selangor 2-1.. xpe, next game maseh ada.. try lebih terbaek Selangor..

Menonton dengan uniform opis..
Oklaah.. nak balek.. saya mmg tak tahu berbicara mengenai bola sepak.. namun, harapan saya semoga kualiti dan produktiviti pasukan negara dan negeri Malaysia lebih berkualiti dari sekarang.. kena melihat dan menilai dari semua aspek.. Kualiti permain, pengurus dan pengadil juga harus di ambil perhatian.. jgn pejam mata saja.. kalo macam tu macamana nak maju kn? opps.. jgn marah.. x semua mcm tu kn?? eheh.. 

oklaa.. nk cerita lebih-lebih nnt  tersasar ke salah arah plak.. sehingga berjumpa lagi..

Rongeng Hari Minggu..

Citer mcm da basi.. saya mmg tiada kesempatan nk taip apa-apa ujung minggu arituh.. sebab apa, full beb.. tiada masa.. tiada waktu.. kononnya.. padahal waktu terluang ko pegi tdow kn? kehkeh.. horr!!

x apa.. x apa.. tetap jgk cuba menaip malam ini.. nak buang rasa malas.. nk buang rasa nebes sbb esok ada 2 temuduga.. ya Allah, syukur sebab dapat peluang walaupun hanya untuk temuduga..


Pesta Buku Antarabangsa 2010, PWTC.

Hari sabtu.. ada dua aktivit.. pertama sekali menjejakkan kaki ke KL menggunakan STAR LRT.. hehe.. kali ke 2 naek  after bulan Jan aritu.. itu pun sebab interview jgk.. PB kali neh sgt teruja nak pergi.. sebab saya sangat kepingin nak berjumpa dengan Kak Ain Maisarah.. eceh beza umor berapa ja, tp mahu juga memanggil kakak.. Saya sangat kagum terhadap beliau, tak silap dalam masa 2 tahun sudah memiliki 9 buah novel yang beliau tulis.. kagum.. kagum.. sewaktu membaca buku versi AKU MAHU 2 tahun lampau, saya sangat2 terpikat dengan watak yang beliau cipta.. seyes kagum.. macam org dulu-dulu cipta watak cindrella, snow white etc..

kalau x percaya, sila pergi kedai buku.. cuba beli satu okeh.. 
Ain Maisarah dan Izanor
Nak amik gambar muka depan-depan, x smpt.. manusia ramai gila beratur.. sgt sesak.. hehe.. dapat amik gmbr tudung jek.. itu pun boleh buktikan itu ain maisarah yang betul.. sebab dia punya trademark mmg tudung mcm tuh.. patern yg macam itu. hee.. anyway nice to meet you sist.

Lagi x percaya, kebanyakkan kanak-kanak sekolah rendah dan awal sekolah menengah jek beratur.. selebihnya ada sorang org dewasa xdak  anak merangkap penulis blog ini dan 2 org mak nak bayarkan utk anak.. hehe.. x malu pn.. rasa bangga.. Kak Ain ada bertanyakan soalan kepada saya.. lebih kurang mcmni laa dialog dia.. selepas sessi bertanya nama beliau bertanya,

Ain: Umor berapa fizah?
Fizah: cuba kak ain teka..
Ain: hurrmmmmm... dalam 16 tahun..
Fizah: MasyaAllah... mudanya u teka umor I.. hahaha... 24 lah..
Ain: wahhh.. neh mesti awet muda.. nampak muda sangat. :))))

okeh, cukup senyum kambeng feez.. sambung cerita... haha.. after that lepas salam2.. terus pergi ke tempat lain.. nafas mula sesak masa neh.. ingat nak balek jek..

tp odw mencari jalan keluar dewan PWTC yg tibe x nampak, kteorg terserempak dengan booth Kartunis Karikatur.. Saya turut mencuba.. nak tngok wajah kartun sendiri.. x lama pn bro neh buat.. 10 minit jek. mmg tangkas laa tangan beliau.. 

See, saya control senyum.. senyum control sangat. x tahan tngok abg kartunis tuh.. dok senyum2 sambil lukis gambar saya..

Gmbr closed up utk karikatur gambar saya hari tuh.. tp utk full version nanti-nanti laa k.. sebab x sempat nk snap laa.. hehe.. tp sgt kiut weih.. kena tngok.. wahahaha.. aku sendiri x tahan tngok gmbr sendiri..

lepas itu kami pulang dengan hati lapang.. peruntukan masa di pesta buku lebih kurang sejam saja.. x masuk pergi balek naik STAR LRT tu lah.. 
..........................................

Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2010

Dekat pesta buku x lama.. sampai rumah balek dalam pukul 4.30pm.. terus dipanggil nard utk bersama-sama pergi tngok belon besar-besar ini.. teruja sangat.. lepas siap-siap ala kadar, terus bertolak.. bertolak tngok belon gemok.. haahaa.. org sgt ramai.. macam pasar malam antarabangsa pn ada.. bersepah-sepah org parking kereta.. kalo silap besar abg polis wat rush.. hehe.. kaya dorang weih..


Belon-belon baru nk terbang

Dekat pesta belon pn x lama.. after maghrib terus balek.. balek ke Alamanda.. hehe.. x dapat sgt nk enjoy sbb perut lapar.. dekat sana plak makanan byk dah hbs.. so,tidak mengapa lah.. ada jgk pengalaman dpt tngok belon gemok bukan? nnt kalo org tanya, eh kau pergi x tngok belon kt putrajaya.. at least saya boleh jawab, pergi.. pergi.. haha.. 

Next year kot-kot ada rezeki ber DSLR kena pegi jgk laa.. heee.. baru best dapat amik gmbr dari jauh saja..doakan saya murah rezeki okeh..
Ok, see you next entry.. taraaadaaaa...

This Is It..


Yeah.. really..this is..

Selepas siang harinya xtvt bersama GZ.. Malam harinya berjimba (bak kata rizz - rizz I pnjam ayat yu oke) di Sunway Pyramid..
Menonton wayang kn adalah xtvt sampingan aku..
Tp Filem kali ini laen.. Tiket sudah dibeli 2 Minggu lebih awl sblm tayangan..
Dan sgt laa limited tiket die.. If terlambat beli, For sure korang akan melangut x dapat tngok citer neh...

Alhamdulillah.. nasib kami ber6 sgt baek.. dpt seat tngah²..
xdak laa lenguh kepala tengkuk dok melangut sahaja kn..
hee.. Seyes, penuh aku rasa pawagam arituh.. walaupn kami terlewat beberapa saat utk masuk ke pawagam..
Dan nasib kami baek sbb seat tidak dicurik.. Selamat..


Tontonan ini turut disertai oleh teman² rapat dalam komuniti GZ..

 
: di depan - nida, hasyir & bard
di belakang - Korie & qrisya (xnmpk muke) ;p :

MJ & This Is It Film was so great (itu laa saja ayat yg boleh saya bgtaw).. Honestly, saya tidak laa berminat sgt ke atas diri MJ.. Tidaklaa saya berminat sehingga perlu beli segala album dia.. saya hanya mengenali dia sewaktu kecil melalui lagu black & white itu..
itu saja lagu yg saya ingat.. Tp melalui filem documentary ini, barulaa saya tahu kenapa peminat beliau sgt² menyayangi dan meminati beliau.. baru laa saya tahu kenapa setiap kali konsert yang di anjur dan dijayakan beliau, penuh panggung.. wahh.. sangat bertuah saya rasa pada malam itu.. dan saya juga hampir menangis.. menangis sbb melihat kesungguhan beliau dr segala aspek utk konsert terakhir beliau yg x smpt beliau persembahkan.. Marilaa kta sama² sedekahkan Al- Fatihah utk beliau.. Aminn..


Nie die adik MJ.. wakakaka.. perasaan menjadi perasan nk tiru MJ.. (sila muntah cpt!!)
Aksi telah dirakamkan oleh penulis sendiri ketika otw ke PD.. hehe..





Tapikan, menonton wayang selepas balek mandi manda di PD, sgtlaa tidak di galakkan.. kerana anda akan merasa sangat mengantok dan ingin ketiduran di dalam cinema.. "membazir ok.. da laa tiket neh ko beli awl.. lepas tu ko masuk and nak tidor plak.." (itu antara pesanan saya terhadap diri saya sendri) ;p

Ok, nie lg 1.. saya janji yg ini kiut.. wakakaka.. (sile meluat)
Credit to Mr Korie utk sponsored topi MJ itu.. sile kasi pnjam lg skali.. Smiling Smiley

























Menonton wayang secara free - Whiteout



Selamat hari Jumaat..
dis week agak slow kn update? no mood laa..
skrg bzy dgn FB plak..haha.. bkn wat kje sgt pn.. ;p

this posting story about menonton wayang secara free again..
haip.. dont get jelous k..
bkn sume dpt tngok citer tu b4 di publish kn ke kalayak ramai..
harr~~ thanks again to abg apai ats bantuan mereservedkn tiket for us..

that nite we ols tngok citer whiteout..
agak thrill jgk citer tuh.. aku yg penakut neh, lg laa x bleh tngok citer tuh..
sib baek ade hand bag.. leh laa jgk wat ttp muke.. hehe..
story line die x berape menarik..
ending yg x berape best..
dan citer die kte da taw mcmane kesudahan die..

di hujung² citer tu, aku ade dgr juge penonton² laen merungut..
antara ayat dorang "sib baek laa free.." haha..
dlm hati aku pn ckp cmtuh juge..

eh..eh.. apsal aku sebut we ols.. oh i mean mcm ramai kn??
bkn berdua jek.. thanks again to abg Apai kerana mereserved kn sebyk 6 tiket utk kami..

=)

tmpt juge sama spt last week.. di TGV OU..
ouh.. mlm tu terjadi miss comunication antara kami..
sian kwn² aku.. aku lupe lak kt OU tu ade 2 cinema..
x kasi taw pn dorang which one cinema yg harus ditujui..

dan, mereka juge terpakse menapak dr GSC ke TGV..
sape² yg besa dgn OU, mst taw berape jauh kn antara 2 cinema tuh..

mlm tu antara yg terlibat ialah:


: Hasyir, Nida, Nard and friend and olso My ♥ :


of course laa more thanksfull to My♥ sbb abg Apai kasi tiket tu kt die..
dan aku hanya menumpang 2 kaki jek.. :D




Feez aka Fyzah: kenape gmbr aku xde mlm tuh??
sbb aku rase diri aku agak gemuk sgt sekarang..
rase malu tngok diri sendiri..

Kepada kwn² yg x dijemput.. sorry guys.
len kali aku bwk korang lak k..

Hangout with my girlfriends..



Selamat Ptg..
hee... agak lmbt utk aku hupdate weekend xtvt kn?
harineh no mood at all. mgkn akibat terlebih aktf makan di hujung minggu..
hahaha..

ok, spt tajuk diatas.. saya disini ingin mengumumkan.. erkk.. nk umumkan ape??
xde².. xde kena mengena.. saje jek nk wat gempak..
eh.. gempak ke?? harr~~

ouh.. hari Jumaat malam arituh.. nad telah mengajak aku utk berhuha dengan girlfriend yg laen..
girlfriend is kwn perempuan.. i'm not le&*%$ ok!!..
horr~girlfriend diwaktu zaman study dahulu kala..
girlfriend berdiploma di polisas dahulu..
walaupn sudah lama kami berdekatan..
tp baru harituh dpt berdatingan..

whos my girlfried??
mereka..


from left: nard, Fadh and oya.
oya is my housemate mase sem terakhir di kuantan..

malam tu ekceli xtaw pn nk plan wat pe..
nk karok.. mak aih. al maklum laa.. tiap mlm mggu sure mhl gler kn?
baik aku spend duwet tu utk soping.. haha..

akhirnye kami da discuss and bersetuju mahu menonton filem..

Papadom


mmg x sia² citer neh menang byk anugerah masa FFM arituh..
korang pn patt tngok.. pegi cpt2.. jgn lambat..
sokong laa filem tempatan kiter..

anda pasti akan tertawa terbahak-bahak smpai lupe BF korang kt sblah..
and anda pasti akan menangis teresak-esak tanpa perasaan malu terhadap org di belakang..
dan anda pasti akan teringat dialong afdlin yg sentiasa slumber.. huu..



and, after kami tangis-tangisan dan gelak-gelakan menonton filem itu..
kami berangkat utk ke kedai di sebelah sunway pyramid pula..


Menonton wayang secara free..

Hari Isnin di waktu kala sedang ralit bekerja dan melayan FB..
tbe² Incik Bard menginterkom aku..

"bby, mlm neh nk tngok wayang x?? abg apai nk kasi tiket free tngok cter Surrogates.."
ouh.. tket free?? huh.. sape xnak kn?lalala..~~~
aku pn ape lg.. dengan senang hati trus stuju ..x toleh kiri kanan depan belakang da..
:p



mlm Isnin arituh, kami ber2 together pegi ke TGV One Utama utk menebus tiket free
atas nama Apai iaitu, abg kepada Incik bard..
aku xtaw laa nk sebut event ke ape..
tp xtvt neh anjuran Majalah Klik..
hehe.. aku jarang pn beli majalah yg berunsur komik tuh..
besa aku baca G3 jek.. tu pn ble abg Apai kasi free..kekee..
sekali jek aku penah terbeli.. |terbeli.. matilaa xnak ngaku :p|

actually, at the 1st time aku dgr dpt tket free, aku x sure pn citer ape yg dimaksudkan..
rupe²nye citer ini..



citer neh bleh dikatekan gempak hbs laa.. penuh ngn teknology canggih malah manggih pn turut serta sekali..
dan x rugi pn anda pegi tngok berkali2..ape tah lg beli dpt tiket free..
aku nk tulis review pn maleh laa..
nnt korang p laa tngok sndri eh..




ouh, sblm terlupe.. once kteorg da redeem tket yg di booking td..
wartawan magazine tu ckp derang nk amik gmbr kteorg berlatar belakang kn banting Surrogates tuh..
means, nnt gmbr kteorg akn kuar dlm majalah klik..
yeahuuuuu... glamer sekejap.. | huh.. gler glamer betui minah neh :p |



Getzers Bermaen bowling @ Summit USJ



Assalamualaikum kembali..
wahh..giler kentang.. haku wat marathon update entry lame..
hakhak..
idok ngape ye wahai teman² sekampung..

Ini entry smbungan utk entry yg sblm neh..
hehe.. aku menggunakan masa bujang sebaek²nye utk bergelak tawa bersama rakan..
orait..: : -bersambung..

After berbuke posa and solat, xtvt seterusnye dirancang..
ke mane eh?? x laen x bkn.. ke summit usj..hehe..
mcm dh jd port kteorg jek..
kalo kt summit of course laa xtvt bermaen bowling smpai lebam berlaku..hehe..
tp mlm tuh perfomance aku agak hancusss berderai akibat xde supporter terhebat aku..
xpe laaa. redha jek..hehe..

ok, aku taw..korang mst ckp, bln posa pn nk berhibur..
xpe laa babe.. kasi laa can.. lgpn aku bknnye leh posa lg.. wakakaka..

mari laa tngok gmbr kami..
kalo x nak sudah!!


Getzerss yg join bermaen bowling.. yeah, nmpk ramai dr sblm berbuke posa krn mrk tiba lewat dr kami..

dan lagik...

xtvt karok berlaku dgn tbe2.. haha.. ats ajakan mereka,
aku dh menyerakkan sore itik aku neh..
dan smbutan merdeka berlaku di sini tnpa kami mnyedari dh 31 ogos..



di karaoke tersebut kami mengambil 2 buah bilik..
sbb x muat laa weh.. xkan sengaja kot..
jdnye, ble time aku x nyanyi.. aku sebok² g bilik gmbr belah kanan..
sebok nyanyi ngn amik gmbr..huhuuu



ok.. sekian laporan..
citer dh hbs.. nnt smbg citer laen plak k..
muaaxx...