Sebuah Hobi.

Dari kecil, sering kali kedengaran nasehat ummi dan ayah. Kalau nak pandai kena rajen baca buku. Apa-apa buku pn tak kesah, asalkan buku. Tapi kalau baca buku matematik, mmg nak kena piat ah telinga tu kn.. hehe

tp tngok tajuk, mcm nak buat karangan pulak kn? 

Assaalamualakum.
Hari ini kepingin benar saya nak berkongsi dengan kawan-kawan hobi sepanjang kehidupan saya. Sejak kecil, saya dididik dengan merajenkan diri untuk membaca. Tapi kalau mengadap buku sekolah, konfem saya hanya mampu membuka dan mengadap buku tu tak sampai 1/2 jam. Saya tahu, ramai dikalangan anda sangat suka membaca, tak kira lah pembacaan dari sudut ilmiah, fiksyen mahupun ringan-ringan. So, marilah kita kongsi hobi itu sama-sama.. Kalau ada bacaan yang best untuk dikongsi, tinggalkan saja di kotak komen okeh.. =D

Teringat zaman kanak-kanak ketika masih dibangku sekolah rendah. Hurmm.. walaupun ketika usia masih di muda kanak-kanak, setiap kali mendapat tahu ada van jual buku cerita akan datang keesokkan hari, pasti saya tidak sabar mahu pulang ke rumah.. Di rumah, menanti ummi pulang dan menunjukkan borang yang perlu di isi, masa tu saya dan adik kedua saya Mija, akan berlumba-lumba menunjukkan buku yang mana mahu di beli. Ummi mmg tak kesah, lagipun waktu itu harga buku jauh lebih murah dari sekarang. Kadang-kadang, saya menjadi antara pelajar yang paling banyak borong buku cerita dekat van tersebut. hehe. 

Eh, zaman sekarang ada lagi ke van datang jual buku kt sekolah??


Antara jenis buku fiksyen remaja yang saya sangat gemari dulu adalah jenis yang bercirikan penyiasatan. Paling saya ingati sehingga kini adalah buku Siri Penyiasatan Hadi. wahh, sangat mengujakan. Mahu saya berkurung berjam-jam di dalam bilik. Makan pun tak lalu kalau sesi pembacaan belum selesai..



Koleksi ini kebanyakkan sudah hilang sewaktu perpindahan keluarga dari Pantai Dalam ke Puchong sekitar 10 tahun yang lepas. T___T

Ini pula ciri-ciri komik kegemaran sewaktu masa senggang.. yeah, koleksi Kawan sangat digemari waktu dulu kala. Tak tinggal beli setiap siri. Waktu tu selain komik Anak-anak sidek, komik kawan turut mendapat sambutan hangat.


Berkongsi juga minat saya dengan adik bongsu, Komik Conan kami beli sama-sama.. hehe.. banyak sangat sentimental value. Adik bongsu saya, OA turut mengikuti jejak saya. Sekarang minat bacaan beliau lebih terarah pada komik version Jepun yang sudah di alih bahasa.. Tak ingat pula apa tajuk-tajuk komik tersebut. Tapi setiap tajuk yang direka pelukis, sangat comell..

Kalau Mija pula, dia lebih gemar mengumpul majalah seperti Nur, Dara dan yang sewaktu dengannya.. hehe.. saya pula amat jarang beli majalah-majalah.

Hurm, sekian dulu perkongsian untuk waktu ini. Di lain hari, saya akan berkongsi pula cerita buku yang menjadi kegemaran saya sekarang ok. =D

4 comments:

  1. sampai sekarang masih minat membaca. dulu mase sekolah rendah suke gak bace siri penyiasatan- salmah hamid, anak2 hadi, enid blyton.pastu berangan jd penyiasat! =) sekolah menengah minat novel ahadiat akashah. pastu plak english novel- daniel steel, christopher pike (horror),cecelia ahern,sophie kinsella (now ade complete set of shopaholic's)currently, tgh bace twenties girl (kinsella's).Magazine dulu minat remaja (mase tu mude belia), pastu mase zaman2 free hair saye suke majalah2 fesyen mcm in-trend.skg da kawen n dah hampir 3-series mula la beli mingguan wanita kalo kene topiknye.buku pun da start bace buku2 motivasi, panduan2 rumah tangga,agama,ilmiah and politics.

    p/s:sorry komen da jd entri! peace!

    ReplyDelete
  2. dhr: good comment sist.. tp akak pna citarasa lebih kurang mcm feez..tp feez kurang sket layan novel english.. ssh sgt nk msuk.. :D

    ReplyDelete
  3. komik doraemon! aily sukee!

    ReplyDelete
  4. aily: yup..suka smpai bila2.. tak pernah boring.. :D

    ReplyDelete

Kata Anda?