Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Sebuah Hobi.

Dari kecil, sering kali kedengaran nasehat ummi dan ayah. Kalau nak pandai kena rajen baca buku. Apa-apa buku pn tak kesah, asalkan buku. Tapi kalau baca buku matematik, mmg nak kena piat ah telinga tu kn.. hehe

tp tngok tajuk, mcm nak buat karangan pulak kn? 

Assaalamualakum.
Hari ini kepingin benar saya nak berkongsi dengan kawan-kawan hobi sepanjang kehidupan saya. Sejak kecil, saya dididik dengan merajenkan diri untuk membaca. Tapi kalau mengadap buku sekolah, konfem saya hanya mampu membuka dan mengadap buku tu tak sampai 1/2 jam. Saya tahu, ramai dikalangan anda sangat suka membaca, tak kira lah pembacaan dari sudut ilmiah, fiksyen mahupun ringan-ringan. So, marilah kita kongsi hobi itu sama-sama.. Kalau ada bacaan yang best untuk dikongsi, tinggalkan saja di kotak komen okeh.. =D

Teringat zaman kanak-kanak ketika masih dibangku sekolah rendah. Hurmm.. walaupun ketika usia masih di muda kanak-kanak, setiap kali mendapat tahu ada van jual buku cerita akan datang keesokkan hari, pasti saya tidak sabar mahu pulang ke rumah.. Di rumah, menanti ummi pulang dan menunjukkan borang yang perlu di isi, masa tu saya dan adik kedua saya Mija, akan berlumba-lumba menunjukkan buku yang mana mahu di beli. Ummi mmg tak kesah, lagipun waktu itu harga buku jauh lebih murah dari sekarang. Kadang-kadang, saya menjadi antara pelajar yang paling banyak borong buku cerita dekat van tersebut. hehe. 

Eh, zaman sekarang ada lagi ke van datang jual buku kt sekolah??


Antara jenis buku fiksyen remaja yang saya sangat gemari dulu adalah jenis yang bercirikan penyiasatan. Paling saya ingati sehingga kini adalah buku Siri Penyiasatan Hadi. wahh, sangat mengujakan. Mahu saya berkurung berjam-jam di dalam bilik. Makan pun tak lalu kalau sesi pembacaan belum selesai..



Koleksi ini kebanyakkan sudah hilang sewaktu perpindahan keluarga dari Pantai Dalam ke Puchong sekitar 10 tahun yang lepas. T___T

Ini pula ciri-ciri komik kegemaran sewaktu masa senggang.. yeah, koleksi Kawan sangat digemari waktu dulu kala. Tak tinggal beli setiap siri. Waktu tu selain komik Anak-anak sidek, komik kawan turut mendapat sambutan hangat.


Berkongsi juga minat saya dengan adik bongsu, Komik Conan kami beli sama-sama.. hehe.. banyak sangat sentimental value. Adik bongsu saya, OA turut mengikuti jejak saya. Sekarang minat bacaan beliau lebih terarah pada komik version Jepun yang sudah di alih bahasa.. Tak ingat pula apa tajuk-tajuk komik tersebut. Tapi setiap tajuk yang direka pelukis, sangat comell..

Kalau Mija pula, dia lebih gemar mengumpul majalah seperti Nur, Dara dan yang sewaktu dengannya.. hehe.. saya pula amat jarang beli majalah-majalah.

Hurm, sekian dulu perkongsian untuk waktu ini. Di lain hari, saya akan berkongsi pula cerita buku yang menjadi kegemaran saya sekarang ok. =D