Chili's Dan Mr IronMan 2.

Yeaayy, sudah dpt tengok IronMan 2. Hasil usaha Nida beberapa kali mencoba utk booking tiket hari selasa lepas. Ok hari ini hari khamis, baru dapat bikin entry setelah entry ini dibengkalai dlm folder draft.. pheewww...

Hari tu dok meroyan bagai kat entry ni. Lepas tu semua suruh buat online booking. Sapa kata online booking senang? Nida cuba dekat 5 kali tahu nak booking ni. Itu pun dapat tengok pukul 11 punya tayangan. Org dah nak masuk tidur, kami pergi tengok wayang. Nasib baik cinema tidak menjadi bilik tidur kami.

Eh, apa kena mengena dengan tidur sambil nonton wayang? Mana tak mengantok, sblm tayangan bermula, kami telah serbu Chili's.. Masuk cinema, perut boroi di penuhi makanan bercirikan barat.

Pukul 9 dah tunjuk muka dekat OU tuh, pukul 11 tayangan. Habis nak buat apa 2 jam tunggu situ kn? setelah Nida pergi tuntut tiket, kami terjah laa restaurant yg berdekatan.. Kedai apa lg yg dekat yg betul² dekat bwh cinema kalau bukan CHILI's kn? hehe

Honestly, ini adalah pertama kali saya dan En Jebard cuba makan dekat sini.. Maklum sajalah, kalau tempat² mcm ni, harga menu dia org berduit saja mampu makan hari². HEH, saya kalau dapat makan kt situ hari², habislah kolestrol saya mencanak naik.

Maaf, gambar dibawah tidak disertakan dengan tajuk menu. Saya tak ingat pulak apa nama menu dia sebab pertama kali kn, tapi marilah cuci mata ya..



Burger ni En Jebard punya, En Jebard mintak medium well cook (kalau tak silap, mcmni la istilah yg digunakan). Sedap jugak. Kongsi dua orang pun cukup kenyang.

Menu yang tiba² datang membuatkan meja hampir separuh penuh ini dipilih oleh Cik Nida kita, byk betul dia punya side order.. HAHA.. style macam arab saja.. Macam dekat SABA' Cyberjaya punya roti pun ada.. bak kata hasyir "roti pratha dia beli dekat Giant":pandacloud_26: Saya rasa menu ini lebih bercirikan arab lah.

Ok, cepat teka sapa punya lamb grill neh? Ok, yg ini boleh diberi thumbs up. Walaupun harga dia lebih murah dr menu² di atas, tapi sgt menyayat hati bila dijamah. Super best! Feez like dis.

Ada lagi satu menu, hasyir punya. Tapi tak sempat disnap oleh kerana bateri kamera tengah semput. Hehe, sbb tu gmbr tak elok sgt. Sbb kena cpt² snap gambar sblm kamera mati kesemputan.. Menu Hasyir sampai lambat, tak dak rezeki laa aku nk tayang kt sini eh Hasyiaq. Oleh sebab kekurangan satu lagi menu, jd marilah saya letak satu tambahan gambar sebagai syarat cukupkan quota ya. Kalau ikut sunnah Nabi, lelaki boleh kawen 4. haha, takdak kena mengena.

Ini juga adalah sebahagian dari kesukaan saya.. Kadang² jadi peneman setia terutama dikala trafik jammed melanda. Walaupun kurang berkhasiat, tapi saya tetap suka.. hiks..

Ini lah dia, memperkenalkan Mr Mamee monster dan coklat. :pandacloud_27:  Ada janjy dekat Kak yan nak kongsi aritu, sorry la sist, dah habis 1 paket besar :D

Nota Hati:
  1. Air dekat Chili's boleh direfill byk kali.  Tapi air tak boleh kongsilah. Kira perperson. Saya suka perisa Lemonade.  Sedap!
  2. Abg IronMan makin hensem dengan uniform baru dia.  Tapi, kenapa cerita dia tak berapa nak handsome. byk sungguh petanyaan yg bermain diminda saya sewaktu menonton.  Tp dia punya teknology mmg terbaik.  Guna system komputer dekat udara.  Perghhh..  Mmg adakah teknology mcmtuh?  Mcm guna IPhone, tp versi komputer.
  3. Lepas ini, nak kena pergi tengok cerita Hooperz pulak.  Ada pass percuma yang tak digunakan lagi.  Seminggu di tangan, di beri free oleh Kakak & Abg Hot FM Viva Zoomers last week.

pstt, korang dah lunch? makan apa??

9 comments:

  1. memang betul betul lapar ni KAH KAH KAH eh, xpnah try mkn dkt chilis mcm pizza hut lg menarik hati T_T

    ehem ehem nak tgk IM2 tapi ramai yg ckp x best T_T

    ReplyDelete
  2. Liyanaa: hah, itu sorang satu menu ya. Bukan semua akak pnya.wakakaka.. hurm 1st impression ok laa..tp mahal sgt. wahh.. kena ada bajet terlebih baru boleh pegi.. Pizza tak best. dominos better..kehkeh..

    Try pg tngok..baru taw ape yg best ke tak.

    ReplyDelete
  3. hahaa....cite ni memang bes.. tapi, bosan sebab banyak membebel dan membebel dan membebel..hehe..singgah di entry ni pula ye..

    http://ayaisensei.blogspot.com/2010/05/aku-hantu.html

    =)

    ReplyDelete
  4. gue pun xxpenah mkn kat chili's...
    menarik ke??
    hehhehehee

    ReplyDelete
  5. shahrul : haha, mmg pn..hmpir tertidur

    mie: boleh tahan laa..hehe, kena cuba baru tahu..

    ReplyDelete
  6. Syafrizal: tak pe, ptg nnt nak pegi jog.

    ReplyDelete
  7. biasa kalo g kat chillis atau tony roma's mmg best.. lebih2 kalo amik set dari starter sampai ke dessert.. starter yg best triple play (3p) atau kicking jack nachos.. dessert paling best molten chocolate chip cake... da pernah gak buat review.. he... tp takleh lawan tony roma.. hehe

    http://www.mkstreet.com/2009/12/chilis-restaurant-bangsar-shopping.html

    ReplyDelete
  8. M.K : yups, tawu. tp kteorg tak termampu nk try dr starter smpai dessert. lgpn dia punya main dishes pun dah ckp kenyang. tak terhabis pn ada..

    ReplyDelete

Kata Anda?