Yeaayy, sudah dpt tengok IronMan 2. Hasil usaha Nida beberapa kali mencoba utk booking tiket hari selasa lepas. Ok hari ini hari khamis, baru dapat bikin entry setelah entry ini dibengkalai dlm folder draft.. pheewww...
Hari tu dok meroyan bagai kat entry ni. Lepas tu semua suruh buat online booking. Sapa kata online booking senang? Nida cuba dekat 5 kali tahu nak booking ni. Itu pun dapat tengok pukul 11 punya tayangan. Org dah nak masuk tidur, kami pergi tengok wayang. Nasib baik cinema tidak menjadi bilik tidur kami.
Eh, apa kena mengena dengan tidur sambil nonton wayang? Mana tak mengantok, sblm tayangan bermula, kami telah serbu Chili's.. Masuk cinema, perut boroi di penuhi makanan bercirikan barat.
Pukul 9 dah tunjuk muka dekat OU tuh, pukul 11 tayangan. Habis nak buat apa 2 jam tunggu situ kn? setelah Nida pergi tuntut tiket, kami terjah laa restaurant yg berdekatan.. Kedai apa lg yg dekat yg betul² dekat bwh cinema kalau bukan CHILI's kn? hehe
Honestly, ini adalah pertama kali saya dan En Jebard cuba makan dekat sini.. Maklum sajalah, kalau tempat² mcm ni, harga menu dia org berduit saja mampu makan hari². HEH, saya kalau dapat makan kt situ hari², habislah kolestrol saya mencanak naik.
Maaf, gambar dibawah tidak disertakan dengan tajuk menu. Saya tak ingat pulak apa nama menu dia sebab pertama kali kn, tapi marilah cuci mata ya..

Ada lagi satu menu, hasyir punya. Tapi tak sempat disnap oleh kerana bateri kamera tengah semput. Hehe, sbb tu gmbr tak elok sgt. Sbb kena cpt² snap gambar sblm kamera mati kesemputan.. Menu Hasyir sampai lambat, tak dak rezeki laa aku nk tayang kt sini eh Hasyiaq. Oleh sebab kekurangan satu lagi menu, jd marilah saya letak satu tambahan gambar sebagai syarat cukupkan quota ya. Kalau ikut sunnah Nabi, lelaki boleh kawen 4. haha, takdak kena mengena.
Ini juga adalah sebahagian dari kesukaan saya.. Kadang² jadi peneman setia terutama dikala trafik jammed melanda. Walaupun kurang berkhasiat, tapi saya tetap suka.. hiks..

Nota Hati:
- Air dekat Chili's boleh direfill byk kali. Tapi air tak boleh kongsilah. Kira perperson. Saya suka perisa Lemonade. Sedap!
- Abg IronMan makin hensem dengan uniform baru dia. Tapi, kenapa cerita dia tak berapa nak handsome. byk sungguh petanyaan yg bermain diminda saya sewaktu menonton. Tp dia punya teknology mmg terbaik. Guna system komputer dekat udara. Perghhh.. Mmg adakah teknology mcmtuh? Mcm guna IPhone, tp versi komputer.
- Lepas ini, nak kena pergi tengok cerita Hooperz pulak. Ada pass percuma yang tak digunakan lagi. Seminggu di tangan, di beri free oleh Kakak & Abg Hot FM Viva Zoomers last week.
pstt, korang dah lunch? makan apa??