Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan.

Assalamualaikum, Salam Satu Islam, Salam Satu Malaysia.

Entry ini ada sedikit rasa kesedihan bersama.

Kalau korang tak tahu lagi, siang tadi tepat jam 5.30 petang adalah hari terakhir saya bekerja dengan bekas majikan saya.  Sekarang perasaan tak tahu nak bagitahu macamana.. Suka ada, sedih pun ada.

Ini merupakan gambar terakhir begaya dengan uniform.

Setiap tempat bekerja dekat mana-mana pun pasti ada rasa tidak puas hati dengan majikan bukan? macam tu jugalah dengan saya.  Tapi saya resign bukan atas sebab ketidakpuasanhati dengan majikan, tapi saya ada satu plan yang mungkin akan membuat dan membantu kehidupan saya bertambah cemerlang dan baik pada masa akan datang.. InsyaAllah.

Sebelum pulang tadi, saya sempat menerima amanat terakhir (eceh), dari manager saya merangkap GM dekat syarikat tu dan juga merangkap Manager bahagian Admin serta Akaun (bahagian saya). Sempat lah beliau berpesan utk belajar elok-elok.  Maklumlah, pangkat pun macam emak saya, amanat pun berbaur ke'emak'kan juga lah. Ada sikit pesanan utk Puan (harap dia tak bacalah)

Saya sangat berterima kasih kepada Puan Mastura, kerana Puan, saya banyak belajar dari sudut negatif mahupun positif tentang perkara-perkara yang saya rasa agak remeh satu ketika dahulu.  Input yang saya terima sepanjang saya membanting tulang di Syarikat milik Dato juga banyak saya perolehi. Semoga Syarikat akan terus maju (InsyaAllah) dengan berkat usaha staf-staf yg masih tinggal, pasti akan lebih maju =D 
 
Untuk kakak-kakak dekat bahagian saya yang kini tinggal seramai dua (2) orang saja,  dekat sini fizah titipkan sebaris dua kata.

Jagalah bahagian kita elok-elok.  Dan jagalah juga syarikat pakwe korang elok-elok. HAHAHA.. Semoga kalian success di sana atau di mana-mana.  Kita masih boleh berjumpa dan berjimba bersama.  Jangan risau, kalau korang lupakan fizah, fizah pasti akan lupakan korang.  HAHAHA.. ini ugutan!! tapi sekadar gurauan okeh.

Gambar diambil sewaktu makan malam hari tuh. gambar terakhir ber3. skrg tinggal ber2.

Apa yang saya rasa sedih adalah meninggalkan kerja-kerja yang saya buat dulu. Semua dah jadi kenangan dan sejarah.  Yang boleh disimpan hanya pengalaman saja.  Banyak perkara yang saya belajar dan terima dekat sini.  Dari tak berapa nak fasih buat akaun secara full set walaupun di waktu belajar dahulu saya ambil Kos Akauntasi, sekarang dah boleh buat. Walaupun ada satu dua perkara yang saya masih kurang tahu. Saya sangat lemah dengan akaun okeh.  Sbb tu saya cabar diri saya untuk mencari kerja dalam bidang akaun.

Selepas saya tamat belajar dahulu, pekerjaan saya yang pertama adalah dalam Marketing cumm Customer Service Officer.. Lihat, lari bukan? hanya 10 bulan saja saya mampu bertahan lepas tu terus kedek-kedek pergi cari kerja utk bahagian akaun.  Bila dapat kerja bahagian akaun, terus kena handle full set..  Hamikkk!!

Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal sebab masa cari kerja dulu, tak siasat latar belakang syarikat. Bila dah masuk baru lah kita tahu macamana situasi dia.  Kata perpatah, Tak kenal maka tak cinta.  Bila dah mula bekerja, hamik lagi sekali penangan Tonggang terbalik akaun.  Punyalah banyak back log.  Dengan anak syarikat dia yang banyak! Tapi anggap itu semua pengalaman kita.  Mana tahu lepas ni cari kerja, kita boleh berfikir secara lama sikit.  Tak lah membuat keputusan melulu kan.

Sehingga hari terakhir saya ini, sepanjang 1 tahun 2 bulan saya bekerja, Alhamdulillah saya dapat siapkan sebanyak 2 akaun syarikat untuk 2 tahun (tak banyak, tp saya bangga kerana itu back log yang berlaku ketika saya belum wujud lg).  Ini semua atas tunjuk ajar sifu saya iaitu Kak Syikin.. Tochee Sist.



Ada orang nak buat farewell party utk saya tak?okay fine. Takde. Larik masuk tidur.


Apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada satu titik penamatan.  Apa jua yang bermula, pasti akan ada pengakhiran.  Kehidupan perlu di teruskan.  Kita yang perlu pandai mencorak kehidupan kita sendiri, jika mahukan perubahan positif, risiko perlu diambil.  Jadi, andai peluang itu datang, jangan kita lengahkan.  Teruskan saja jika memberi kita seribu manfaat dan keutungan.  

Ahad ini, InsyaAllah bermulalah kembali kehidupan saya sebagai seorang pelajar.  Namun, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.  Mana tahu, tak jadi belajar pulak.  Siapa yang tahu kan.  So, jawapan seterusnya kita tunggu entry selepas 30 May ini okeh.

Nota Tangan Kecik: Semoga segala usaha dan kejayaan yang sedang atau bakal di kecapi kita dapat kongsikan bersama.  Jangan biarkan ada jurang pemisah antara kita umat ciptaanNya.  Kejayaan dan kecemerlangan yang sedang dinikmati waktu ini pasti akan ada juga pengakhiran.  Bersiap sedia lah untuk utk masa mendatang :D.  Kerana takdir Tuhan adalah penentu segalanya.


4 comments:

  1. ya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

    All the best for your future undertaking. selamat menjadi pelajar semula~.

    ps: nt kemsalam kat mamat2 hensem kat mmu tu tau ;)

    ReplyDelete
  2. nie rupanya pengusaha ladang ternakan anggur seketika

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  3. bagus la kalau awak ada perancangan tersendiri hehe

    ReplyDelete
  4. Aisyah Ibrahim: Thnks aisyah. :D nnt akan ku sampaikan.

    Bro Framestone: haha..seketika selama 2 hari, tak termasuk cuti wesak Jumaat ni :D

    ReplyDelete

Kata Anda?