KERETAPI Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Laluan Pelabuhan Klang - Sentul - Pelabuhan Klang bermula hari ini. Manakala laluan Rawang - Seremban - Rawang akan dilaksana pada 15 Mei 2010. - Foto Effendy Rashid
Wow, saya rasa ini satu pembaharuan yang bagus. sangat ke depan. Kelak, berkurangan sikit masalah meraba-raba dan selokan dalam train. Ish, mintak simpang okeh. Walaupun saya sendiri pernah alami. Teringat masa pergi interview dekat bangunan Bursa, KL. Interview utk astro awani. :D tp tak dpt pun. Pegi balek saya naik Star LRT. Masa balik petang tu, saya di usha oleh seorang pakcik yang berserban. Kira kalau utk org perempuan habis tutup laa aurat dia. Tapi saya pelik, kenapa dia asyik pandang². Bila dia pandang macam tu pun saya da rasa takut sangat.. Gila ah. Ingatkan dia turun dekat destinasi awal dari saya, rupa²nya sama.. Aisehh.. macam mana ntah saya nak lari masa tuh. Risau sangat if dia follow saya sampai ke kereta. Tapi nasib baik. Saya jalan habis laju. Boleh dikategorikan sebagai larik juga laaa.. T__T
Lepas ni kalau da ada Gerabak khas utk wanita, Alhamdulillah. Rasa selamat sikit. Mintak-mintak dekat semua pengangkutan awam macam Star LRT dan Putra LRT pun buat service macam ni. Jangan laa dekat komuter KTM saja eh. :D
Sumber: Facebook Berita Harian